Umno parti Islam
10 Sep 2009 10:31PMSIK:Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, UMNO adalah sebuah parti Islam yang sebenar walaupun ia tidak menggunakan label Islam dalam membela dan merancang pembangunan umat Islam dan negara ini.
Katanya, UMNO sememangnya membela dan menaikkan taraf hidup umat Islam dengan membasmi kemiskinan menerusi pelbagai program kerajaan terutamanya menerusi rancangan Felda.
“Dalam Islam, kemiskinan itu menghampiri kekufuran dan UMNO sejak 53 tahun yang lepas berusaha membasmi kemiskinan di kalangan umat Islam dengan membuka tanah rancangan Felda dan adakah ini bukan tuntutan Islam?,” kata beliau ketika menghadiri majlis Rahmat Ramadan di Felda Teloi Timur di sini hari ini. / Bernama
Perjuangan Umno maju negara selaras tuntutan Islam
SIK: Datuk Seri Najib Razak, berkata perjuangan kerajaan yang diterajui Umno dalam memajukan negara selaras tuntutan agama Islam, walaupun parti itu tidak mempunyai label Islam.
Perdana Menteri, berkata kerajaan sentiasa berjuang memperbaiki taraf hidup pelbagai lapisan masyarakat yang memang bertepatan dengan kehendak Islam supaya umatnya maju dan membangun untuk bersaing di persada dunia.
"Apakah perjuangan kita tidak selari dengan tuntutan Islam hanya semata-mata parti kita tidak mempunyai label Islam?
"Jika kita miskin kita menghampiri kepada kekufuran dan perjuangan kita sebenarnya adalah selaras tuntutan Islam. Perjuangan kita sudah berjaya mengubah kehidupan masyarakat," katanya pada Program Rahmat Ramadan di Felda Teloi Timur, dekat sini semalam.
Perdana Menteri berkata, tidak ada gunanya perjuangan menggunakan label Islam jika ia mengundang perpecahan dalam ummah sehingga menyebabkan perpaduan rapuh dan sentiasa bertelagah.
Perdana Menteri turut berbuka puasa bersama kira-kira 5,000 peneroka Felda dan penduduk sekitar. Beliau kemudian turut menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah.
Najib juga meminta umat Islam mengambil iktibar daripada rahmat Ramadan dalam menuju kejayaan.
"Puasa melatih diri membina kekuatan jasmani, rohani dan mendidik kita menguasai nilai yang baik, termasuk kesabaran menghadapi ujian, ketabahan menghadapi dugaan, pemurah dan prihatin kepada mereka yang kurang bernasib baik. Oleh itu, kita hendaklah mengambil rahmat Ramadan itu kerana ia adalah bulan kemuliaan dan kemenangan," katanya.-Berita Harian Online.
Ulasan:
Apa yang Bos 1 Malaysia merepek ini? Betul ke ni? atau ada agenda tertentu. Dah tukar ke? UMNO,Parti bersifat nasional jadi parti Islam..ke Dato Seri Najib mudah lupa macam Tun Dr Mahathir..senangnya isytihar parti Islam kerana dua ciri yang disebutkan iaitu dengan membasmi kemiskinan dan membangunkan negara(dengan mementingkan pembangunan material)..Pembanguna rohani bagaimana lak? eh..Kalau begitulah,dari perancangan Dasar Ekonomi Baru(DEB) 1970 dilancarkan sehingga tamat tempohnya pada tahun 1990..UMNO,dah jadi parti Islam lah.....sebab apa? antara salah satu matlamat DEB digagaskan adalah untuk membancikan kemiskinan di luar bandar dan satu lagi untuk berusaha menghapuskan pengenalan identiti sesuatu kaum berdasarkan pekerja mereka. Yang mana ini adalah usaha menghilangkan terus dasar pecah dan perintah warisan zaman penjajah. Malangnya ini belum tercapai lagi...
Pembangunan,rasanya hampir sebahagian besar kerajaan dalam dunia ini berusaha membangunkan negara mereka. Senangnya eh nak jadi parti Islam..tapi nak tanyalah lak macam mana pula,kalau pembangunan yang tidak mengenal halal dan haram..pakai sebat je.. masjid bina..sambil itu pembinaan kilang arak terbesar di Selangor(Carslberg) dibenarkan, lesen judi dan pusat hiburan lulus selalu...apa cerita ni? gomoh belaka...Ish2...tak tau lah cik oi......... pening kepala....@ ini persediaan awal sebelum PRK N31 Bagan Pinang Negeri Sembilan ke? maklumlahkan baru-baru ini UMNO/BN dah kena titik 7-1.....taktik nak sokongan pengundi lah ni..ah..baguslah..pasni bolehlah tabur program pembangunan mee segera..banyak2 ye.................. Kata parti Islam..yang kriterianya memajukan negara melalui wadah pembangunan...................... Ya Ka Nie Macam Tak Caye Je........
0 ulasan:
Post a Comment