Hari ini 10 September 2009(20 Ramadhan 1430 Hijrah) bersamaan malam ke-21 ibadat Solat Tarawih,insyaAllah kita akan memasuki pusingan/fasa ke-3 Ramadhan Kareem. Pusingan ke-3 yang juga pusingan terakhir sirkit bulan Ramadhan Al-Mubarak bagi tahun ini. Pusingan yang akan bermula pada malam ini sehingga malam ke- 30 Ramadhan nanti. Rasulullah s.a.w di dalam hadith baginda yang diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah, mengkhabarkan pada pusingan ini, fadhilatnya ialah penjauhan dan penghindaran dari neraka. Selain itu, umat Islam jua diserukan untuk berusaha untuk meningkatkan amalan mereka dan mencari satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan atau dalam erti kata lain 1 malam=100 bulan=83 tahun. Malam tersebut ialah apa yang dinyatakan di dalam Al-Quran sebagai Lailatul Al-Qadr. Firman Allah s.w.t:
Maksudnya: "Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!" (Quran, Al-Qadr 97: 1-5). Lantaran itu, pada kesempatan yang terhidang di penghujung Ramadhan ini, ayuh kita lakukan pecutan terakhir untuk mengecapi semua perkara tadi sebelum Ramadhan pergi meninggalkan kita. Kita berusaha mencari dan beramal,InsyaAllah kita dapat.
apa2 aja...
13 years ago
0 ulasan:
Post a Comment