Wednesday, September 30, 2009

Filem, permainan video pengaruhi murid ganas

PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran mengenal pasti pengaruh filem menerusi wayang dan permainan video menjadi antara penyumbang kepada peningkatan masalah disiplin murid sekolah rendah sepanjang Januari hingga Jun lalu.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata pelajar seawal usia muda itu semakin terdedah kepada keganasan menerusi kedua-dua media berkenaan yang mendorong mereka melakukan kesalahan disiplin di sekolah.

"Pelajar terdedah kepada keganasan termasuk aksi pergaduhan menerusi filem yang mereka tonton.

"Kanak-kanak seawal usia empat tahun sudah didedahkan dengan aksi ganas seperti filem Terminator dan beberapa filem yang mempengaruhi mereka tanpa sedar," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin Murid di kementerian itu di sini, semalam.

Mesyuarat berkenaan dihadiri pegawai kanan kementerian itu, polis, agensi berkaitan, badan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan kesatuan guru.

Sementara itu, Wee berkata, statistik menunjukkan kadar salah laku murid peringkat sekolah rendah secara keseluruhan meningkat daripada 0.78 peratus atau 24,960 pelajar tahun lalu kepada 0.79 peratus atau 25,280 murid bagi tempoh Januari hingga Jun daripada keseluruhan kira-kira 3.2 juta pelajar.

"Peningkatan yang berlaku pada peringkat sekolah rendah adalah pada kategori salah laku ponteng sekolah pada kadar 0.04 peratus serta kekemasan diri dan kurang sopan masing-masing mencatat 0.02 peratus," katanya.

Beliau berkata, kadar salah laku disiplin pelajar sekolah menengah secara keseluruhan pula menurun daripada 1.96 peratus atau 43,904 pelajar antara Januari hingga Jun tahun lalu kepada 1.93 (43,232 pelajar) dalam tempoh sama tahun ini daripada 2.24 juta pelajar.

"Isu yang membabitkan disiplin murid secara keseluruhannya terkawal, jumlah pelajar yang terbabit dengan masalah disiplin secara keseluruhan menurun daripada 2.10 peratus pada 2007 kepada 2.08 tahun lalu,” katanya.

"Kes disiplin yang dimaksudkan termasuk kes berat seperti memukul, bergaduh, ponteng sekolah serta kes disiplin ringan seperti kekemasan diri...ini menunjukkan lebih daripada 97 peratus tidak terbabit dengan masalah berkenaan," katanya.

Beliau berkata, kategori salah laku yang masih konsisten bagi pelajar menengah dan rendah dalam tempoh itu ialah kurang sopan sebanyak 0.24 peratus, berunsur kelucahan (0.03 peratus), kekemasan diri (0.22 peratus) serta ponteng sekolah (0.22 peratus).

Wee berkata, kementerian juga menerima 65 maklum balas awam menerusi Sistem Aduan Disiplin Murid bagi tempoh Januari hingga bulan lalu dan jumlah itu menurun sebanyak 31 aduan berbanding 96 aduan bagi tempoh sama tahun lalu.

"Semua aduan berkenaan sudah disiasat dan diambil tindakan," katanya. -Berita Harian

Kata Pakar F1 1Malaysia Membazir

SHAH ALAM – Pakar ekonomi Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Amir Baharuddin menyifatkan pelaburan dalam Pasukan F1 1Malaysia bagi menyertai perlumbaan Formula Satu mulai tahun depan sebagai kerugian.

Beliau berkata, lebih baik wang pelaburan itu disalurkan kepada penyelidikan dan pembangunan industri permotoran negara yang masih belum mampu bersaing dengan kehebatan kereta luar.

“Adakah dengan menyertai F1, industri kereta nasional negara akan dapat dibangunkan? Bukan mahu merendahkan kereta jenama sendiri tetapi lihatlah sendiri senario Proton sekarang. Jangan hanya melihat keuntungan saja kerana ia tidak akan membuahkan hasil. Percaturan yang dibuat ini hanya membazir," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Baru-baru ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan Pasukan F1 1Malaysia yang merupakan usaha sama kerajaan dan swasta bagi menyertai perlumbaan Formula Satu mulai tahun depan.

Amir berkata, untuk menyertai sukan gah seperti F1 memerlukan bajet yang tinggi dan jentera yang yang bagus tetapi malangnya negara masih ketandusan pemandu yang cekap.

“Kita masih belum ada pemandu-pemandu yang cekap. Takkan hanya nak berharap kepada Alex Yong dan Fairuz Fauzy. Kita perlu kaji sedalam-dalamnya mengenai perkara ini. Ini persaingan peringkat antarabangsa, jadi modal perlu banyak dan juga kita perlukan pemandu yang cekap,” katanya.

Menurutnya, adalah lebih baik Malaysia meneruskan tradisi sebagai penganjur pertandingan kerana ia akan dapat membantu sektor pelancongan selain dapat menambah pendapatan negara daripada segi penyertaan.-Sinar Harian

Tuesday, September 29, 2009

Hukum Dan Adab Ziarah Kubur Bagi Wanita

Ziarah kubur merupakan perkara yang disyariatkan dalam agama kita dengan tujuan agar orang yang melakukannya dapat mengambil pelajaran dengannya dan dapat mengingati akhirat. Syaratnya adalah dengan tidak mengatakan di sisi kuburan tersebut ucapan-ucapan yang akan membuat Allah Subhanahu wa Ta'ala murka, seperti berdoa kepada si ‘penghuni’ kuburan, memohon pertolongan kepadanya, memberi tazkiyah (jaminan) kepada penghuni kuburan, dan memastikan dia masuk Syurga atau seumpamanya. (Ahkamul Janaiz halaman 227)

Sebelum kita berbicara tentang adab ziarah kubur bagi wanita, terlebih dahulu perlu sekali kita tahu hukumnya. Boleh atau tidak? Sebab tidak ada gunannya kita berbicara tentang adab bagi wanita kalau hukum syariat tidak membolehkannya.

Sunnahnya Ziarah Kubur

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda :

“Dulu aku pernah melarang kamu berziarah kubur, sekarang berziarahlah kamu. Kerana ziarah kubur akan mengingatkan kepada akhirat. Dan hendaklah berziarah itu menambah kebaikan buat kamu. Maka barangsiapa yang ingin berziarah silakan berziarah dan janganlah kamu mengatakan perkataan yang bathil (hujran).” (HR. Muslim, Abu Dawud, Al Baihaqi, An Nasa’i, dan Ahmad)

Imam Nawawi rahimahullah berkata dalam Al Majmu’ 5/310 : “Hujran ertinya ucapan yang bathil”.
Imam Shan’ani rahimahullah menyatakan dalam Subulus Salam 2/162 setelah menyebutkan hadith-hadith tentang ziarah dan hikmahnya : “Semuanya menunjukkan disyariatkannya ziarah kubur dan menerangkan hikmahnya iaitu untuk mengambil pelajaran … . Dan jika bukan dari hal ini (maka) tidak terpenuhi tujuan syariat.”
Wanita Sama Dengan Lelaki Dalam Disunnahkannya Ziarah Kubur

Tentang persamaan hukum ziarah kubur antara wanita dan lelaki ini, Asy Syaikh Al Albani rahimahullah dalam Ahkamul Janaiz halaman 229 menyatakan :
Pertama, kerana keumuman perintah Nabi Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam : “ … maka berziarahlah kalian ke kubur.” Bererti wanita juga termasuk di dalamnya. Penjelasannnya, Nabi Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam tatkala melarang ziarah kubur pada awalnya tidak diragukan lagi bahawa larangan itu juga mencakup lelaki dan wanita sekaligus. Maka ketika beliau Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda : “Aku dulu melarang kalian berziarah ke kubur.” Difahami bahawa yang dimaksudkan adalah lelaki dan wanita secara pasti. Dan memberikan khabar kepada mereka tentang awal peringkat dengan melarang lelaki dan wanita. Jika perkaranya demikian, maka pasti ucapan kedua (yakni pembolehan) juga mencakupi lelaki dan wanita. Dan yang menguatkan pendapat ini adalah lanjutan dari hadith tersebut yang diriwayatkan oleh Muslim, iaitu : “Dulu aku melarang kalian tentang daging sembelihan yang lewat tiga hari maka peganglah apa-apa yang tampak pada kalian. Dulu aku juga melarang nabiz untuk diminum maka minumlah sekarang semuanya dan jangan meminum yang memabukkan.” Saya (Al Albani) katakan : Ucapan semua ini juga berlaku terhadap dua (yakni lelaki dan wanita) secara pasti, sebagaimana ucapan pertama : “Dulu aku melarang kalian.” Jika ada yang berkata, ucapan dalam kalimat “sekarang berziarahlah” adalah khusus untuk lelaki sahaja maka akan rosak susunan bahasa dan keindahannya. Juga tidak pantas hal itu ditujukan kepada pemilik ucapan (Jawami’ul Kalim) yang singkat padat ini. (Jawami’ul Kalim yakni Nabi Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam).

Kedua, saling berserikatnya para wanita dengan pria dalam ‘illat (penyebabnya) yang karena itu disyariatkan ziarah kubur yaitu dalam riwayat : “Karena ziarah kubur bisa melunakkan hati, meneteskan air mata, dan mengingatkan kepada akhirat.”

Ketiga, Nabi Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam membolehkan bagi wanita untuk berziarah ke kuburan. Dalam dua hadith dari Ummul Mukminin ‘Aisyah radliyallahu 'anha disebutkan :

Dari ‘Abdullah bin Abi Mulaikah ia berkata : Sesungguhnya ‘Aisyah pulang dari perkuburan pada suatu hari. Maka aku bertanya kepadanya : “Wahai Ummul Mukminin, dari manakah engkau?” Ia menjawab : “Dari kuburan ‘Abdurrahman bin Abi Bakar.” Maka aku katakan kepadanya : “Bukankah Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam melarang ziarah kubur?” Ia menjawab : “Benar, tapi kemudian beliau menyuruh berziarah ke kubur.” (HR. Hakim, Al Baihaqi, Ibnu ‘Abdil Barr, Ibnu Majah, dan Ibnu Abi Dunya. Al Hakim mendiamkan hadith ini. Adz Dzahabi berkata shahih, Al Bushiri berkata dalam Az Zawaid 1/988 : Sanadnya shahih, rijalnya tsiqat. Saya (Al Albani) berkata : Hadith ini keadaannya memang seperti yang mereka berdua katakan)

Dari Muhammad bin Qais bin Makramah bin Al Muththalib, ia berkata pada suatu hari : Mahukah kalian kuceritakan tentangku dan tentang ibuku? Maka kami mengira dia memaksudkan ibu yang melahirkannya. Dia berkata : ’Aisyah pernah berkata : “Mahukah kalian aku ceritakan tentangku dan Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam?” Maka kami menjawab : “Tentu.” ‘Aisyah lalu berkata : Ketika pada malam giliranku, beliau Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam ada bersamaku. Beliau berbalik meletakkan selendang dan melepaskan dua sandalnya serta meletakkannya di bawah kakinya. Kemudian membentangkan hujung sarungnya di atas tempat tidur. Lalu berbaring. Tidak berapa lama setelah itu beliau menyangka aku telah tidur. Maka beliau memakai selendang dan sandalnya secara perlahan-lahan. Setelah itu beliau membuka pintu dan menutupnya kembali dengan perlahan. Maka aku pun melepas pakaian rumah dan memakai tutup kepala serta bertopeng dengan sarungku. Lalu pergi membelakangkan beliau sampai tiba di Baqi’. Beliau tegak dengan lama di tempat itu dan mengangkat kedua tangannya tiga kali. Kemudian beliau berpaling (berbalik untuk kembali ke rumah), aku pun berpaling. Beliau berjalan cepat, aku juga berjalan cepat. Beliau berlari, aku juga berlari. Hingga beliau akan sampai (ke rumah), aku juga demikian. Maka aku pun mendahului beliau lalu masuk ke rumah dan berbaring. Kemudian beliau masuk dan berkata : “Ada apa denganmu, wahai ‘Aisyah? Seakan-akan isi perutmu terangkat karena berlari cepat?” Aku menjawab : “Tidak ada apa-apa wahai Rasulullah.” Beliau berkata : “Engkau katakan atau Allah yang akan menceritakan sebenarnya kepadaku.” Aku berkata : “Wahai Rasulullah, demi ayah dan ibuku.” Maka aku ceritakan kejadiannya. Beliau Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam berkata : “Berarti engkau benda hitam yang kulihat di depanku tadi?” Aku menjawab : “Benar.” Maka beliau memukul dadaku dengan pukulan yang menyakitkanku, lalu beliau bersabda : “Apakah engkau mengira Allah akan berbuat aniaya kepadamu dan Rasul-Nya juga berbuat demikian?” Aku berkata : “Bagaimanapun disembunyikan oleh manusia akan diketahui juga oleh Allah.” Beliau berkata : “Jibril mendatangiku kemudian memanggilku maka aku menjawabnya. Dan dia tidak mau masuk karena ada engkau karena engkau sudah melepas pakaianmu. Aku mengira engkau telah tidur dan aku tidak suka membangunkanmu. Aku khawatir engkau merasa tidak senang. Maka Jibril berkata : ‘Sesungguhnya Rabbmu menyuruhmu datang ke penghuni Baqi’ dan memohonkan ampun untuk mereka’.”

Aku (‘Aisyah) berkata : “Apa yang harus aku ucapkan kepada mereka (penghuni kuburan) wahai Rasulullah?” Beliau menjawab : “Katakanlah :

Semoga keselamatan tercurah bagi para penghuni kuburan ini dari kalangan Mukminin dan Muslimin. Dan semoga Allah merahmati orang yang terdahulu dan orang yang belakangan dari kita. Dan kami Insya Allah akan menyusul kalian.” (HR. Muslim, An Nasa’i, Abdurrazzaq, dan Ahmad)

Hadihs ini dijadikan dalil oleh Al Hafidh dalam At Talkhish 5/248 tentang bolehnya berziarah bagi wanita. Dan ini adalah dhahir hadits. Hadits ini menguatkan pendapat bahwasanya rukhshah untuk berziarah kubur setelah sebelumnya dilarang juga mencakup para wanita. Dan kisah itu terjadi di Madinah karena Nabi Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam telah tinggal bersama ‘Aisyah. Sedangkan larangan ziarah kubur terjadi ketika masih di Makkah. Kita tetap menegaskan hal ini walau kita tidak tahu sejarah yang menguatkannya karena kesimpulan yang benar menguatkan hal tersebut yaitu ucapan Nabi Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam : “Dulu aku melarang kalian.” Sabda Nabi ini tidak bisa dipahami bahwa larangan ziarah kubur ditetapkan di Madinah bukan di Makkah yang memang di sana kebanyakan yang disyariatkan adalah hukum-hukum yang berkaitan dengan tauhid dan akidah. Dan larangan ziarah ketika itu adalah untuk menutup pintu bahaya (saddudz dzari’ah) menuju kesyirikan dan jelas dicetuskan ketika periode Mekkah sebab para shahabat baru meninggalkan jahiliyah dan baru masuk Islam. Hingga ketika tauhid telah kokoh di dalam hati-hati mereka dan setelah mereka tahu jenis-jenis syirik yang mengakibatkan kerusakan tauhid maka setelah itu beliaupun membolehkan ziarah kubur. Adapun kalau beliau membiarkan mereka selama periode Makkah dalam kebiasaan mereka berziarah kemudian beliau melarang mereka untuk melakukan hal itu di Madinah maka ini jauh sekali dari hikmah syariat. Oleh karena itu kita menetapkan bahwa larangan tersebut dilontarkan ketika masih di Makkah. Jika demikian maka ijin beliau kepada ‘Aisyah untuk berziarah di Madinah adalah dalil yang jelas tentang apa yang kita sebutkan.

Perhatikanlah, karena hal itu membuat sesuatu dalam hati. Dan saya (Al Albani) belum melihat ada yang mensyarah seperti ini. Jika saya benar itu dari Allah, jika salah dari diriku.

Keempat, ucapan Nabi Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam kepada seorang wanita yang beliau lihat berada di sisi kuburan, dalam hadith Anas radliyallahu 'anhu :

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam pernah melewati seorang wanita yang menangis di sisi kuburan maka beliau bersabda : “Bertakwalah kepada Allah dan bersabarlah … .” (HR. Bukhari dan lain-lain)

Al Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah berkata dalam Fathul Bari : “Sisi yang dijadikan argumentasi dari hadith ini adalah beliau Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam tidak mengingkari duduknya wanita tersebut di sisi kuburan dan ucapan beliau adalah hujjah.”

Dalam Al Umdah 3/76, Al ‘Aini rahimahullah berkata : “Dalam hadith ini ada pembolehan ziarah kubur secara mutlak. Sama saja apakah yang berziarah lelaki atau wanita dan apakah yang diziarahi Muslim atau kafir. Karena tidak adanya pemisahan dalam hal itu.” Al Hafiz juga menyebutkan demikian di akhir ucapannya tentang hadith di atas.

Imam Nawawi rahimahullah mengatakan bahwasanya Jumhur berpendapat ‘boleh’ yakni ziarah kubur bagi wanita. Pengarang Al Hawi (Abul Hasan Al Mawardi rahimahullah) berkata : “Tidak boleh menziarahi kuburan orang kafir.” Dan ini adalah pendapat yang salah. ] (Ahkamul Janaiz halaman 229-234)

Syaikh Mushthafa Al Adawi hafizhahullah dalam Jami’ Ahkamin Nisa’ setelah membawakan alasan kedua belah pihak (yang melarang dan yang membolehkan ziarah kubur bagi wanita) berkata : [ Kesimpulan dalam hal ini --dan ilmunya hanya pada Allah-- dan melihat dalil-dalil yang membolehkan dan melarang adalah kita berpendapat sebagai berikut :

Pertama : Hadith-hadith yang membolehkan lebih shahih daripada hadith-hadith yang melarang. Dan tidak ada hadith yang kuat dalam melarang kecuali hadith:

“Semoga Allah melaknat wanita-wanita yang sering ziarah kubur.”

Kedua : Telah diterangkan bahwa lafadh ‘zawwarat’ maknanya adalah wanita yang sering ziarah kubur, maka tidak termasuk di dalamnya wanita yang hanya berziarah sekali-kali.

Ketiga : Hadith : “Semoga Allah melaknat wanita-wanita yang sering ziarah kubur.” Disebutkan oleh sebagian ulama bahwa hadits ini telah mansukh (dihapus) dengan hadits : “Dulu aku pernah melarang kalian berziarah ke kubur, sekarang berziarahlah, karena ziarah kubur akan mengingatkan kepada akhirat.” Dan wanita jelas juga butuh mengingat akhirat seperti pria.

Keempat : Apa yang difahami oleh ‘Aisyah radliyallahu 'anha dan dia adalah seorang wanita --bahkan ibu para wanita dan ibu kita-- yang perintah berkaitan dengan mereka (para wanita) juga menerangkan bahwa Rasulullah mengajarkan apa yang harus diucapkannya jika datang ke kuburan. Dan ‘Aisyah sendiri juga berziarah ke kubur saudaranya. Semua ini menunjukkan bolehnya seorang wanita berziarah ke kubur dan ini menguatkan pendapat yang membolehkan itu. Wallahu A’lam. ] (Jami’ Ahkamin Nisa’ 1/580)

LARANGAN BAGI WANITA UNTUK SERING-SERING BERZIARAH

Syaikh Al Albani menyebutkan : [ Akan tetapi tidak boleh bagi para wanita untuk sering-sering berziarah kubur kerana itu akan membawa kepada hal-hal yang melanggar syariat, seperti : Berteriak-teriak, tabaruj, menjadikan kubur sebagai tempat pertemuan, dan menyia-nyiakan waktu dengan ucapan-ucapan yang sia-sia sebagaimana tampak pada hari ini di sebagian negeri kaum Muslimin. Insya Allah inilah yang dimahukan dalam hadith yang masyhur :

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam (dalam riwayat lain : Allah) melaknat wanita-wanita yang sering berziarah ke kubur. (Hadith ini diriwayatkan dari beberapa shahabat seperti Abu Hurairah, Hasan bin Tsabit, dan ‘Abdullah bin Abbas radliyallahu 'anhum. Diriwayatkan oleh Tirmidzi, Ibnu Majah, dan lain-lain)

Imam Tirmidzi rahimahullah berkata : “Hadits ini hasan shahih.” Sebahagian ulama berpendapat bahawa ini sebelum dibolehkannya berziarah oleh Nabi Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam. Ketika ziarah kubur telah diperbolehkan maka masuk dalam kebolehan itu lelaki dan wanita. Sebahagian mereka (ulama) berkata bahawa beliau Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam memakruhkan wanita untuk berziarah kerana kurangnya kesabaran mereka dan sukanya mereka berkeluh kesah. ]

Setelah Syaikh Al Albani rahimahullah membahas tentang lafaz dan beliau berkata : [ Dari takhrij hadits jelas bahwa yang lebih kuat adalah lafaz (yakni wanita yang sering ziarah).

Jika masalahnya demikian, lafaz ini (wanita yang sering ziarah) menunjukkan bahawa yang dilaknat hanyalah wanita yang banyak ziarah sedangkan wanita yang tidak sering ziarah tidak terkena laknat. Maka tidak boleh hadith yang khusus ini membantah hadith-hadith umum yang menunjukkan disunnahkannya ziarah kubur bagi wanita. Masing-masing dari hadith-hadith tersebut diamalkan pada tempatnya. Cara penjama’an (dikompromikan) ini lebih bagus daripada cara naskh (penghapusan salah satunya), dengan cara seperti ini segolongan ulama berpendapat.

Imam Qurthubi rahimahullah berkata : “Laknat yang tersebut dalam hadith adalah bagi wanita yang sering berziarah bentuk katanya demikian. Mungkin sebab yang membawa ke sana adalah wanita itu akan menyia-nyiakan hak suami dan bertabaruj serta timbulnya suara jeritan dan sejenisnya.

Dalam Nailul Authar 4/95 Imam As Syaukani rahimahullah berkata : “Dan ini adalah ucapan yang pantas untuk dijadikan pegangan di dalam mengkompromikan hadith-hadith yang bertentangan dalam bab ini secara dhahirnya.” ] (Ahkamul Janaiz 235-237)

Telah berkata Syaikh Mushthafa Al Adawi hafidhahullah : [ Perhatikan :

1. Jika diketahui dari keadaan para wanita kalau mereka pergi ke kubur akan berteriak-teriak, meratap-ratap, dan melakukan bid’ah dan keharaman maka haram ketika itu bagi mereka untuk berziarah ke kubur. Menolak bahaya lebih didahulukan daripada mendapatkan kebaikan.

2. Jika diketahui dari keadaan mereka yang demikian itu bahawa kalau mereka pergi ziarah ke sebahagian orang yang dianggap shalih dan wali Allah mereka akan melakukan permohonan untuk dihilangkan bahaya, menunaikan keperluan, dan menghilangkan kesusahan serta yang sejenisnya maka ini adalah syirik. Dan ketika itu diharamkan bagi para wanita untuk berziarah.

3. Jika para wanita pergi dengan tabaruj dan menggunakan perfum(pewangi) maka juga haram bagi mereka untuk keluar ziarah.

4. Jika para wanita mengkhususkan untuk berziarah ke kubur pada hari itu sebagaimana yang terjadi dengan mengkhususkan hari Jum’at dan hari-hari besar atau sejenisnya maka ini termasuk bid’ah yang Allah tidak menurunkan keterangan atasnya. Semoga Allah memberikan bimbingan untuk kita dalam mengikuti Al Qur’an dan Sunnah Nabi Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam. ] (Jami’ Ahkamin Nisa’ 1/581)

Dari keterangan-keterangan di atas jelas bagi kita bahwa dibolehkan bagi para wanita untuk ziarah kubur dengan adab-adab sebagai berikut :

1. Tidak sering-sering.

2. Tanpa bertabaruj.

3. Tidak mengeluarkan kata-kata yang salah, seperti meratap, menjerit-jerit, terlebih lagi melakukan kesyirikan seperti meminta kepada si mayit, beristighatsah kepadanya, dan lain-lain.

4. Menunaikan adab seperti adab wanita Muslimah keluar rumah.

5. Mengambil pelajaran dan untuk mengingat akhirat.

Wallahual'am

Senjata Ampuh Menghadapi Ujian Allah

Firman Allah SWT menerusi ayat 45 surah al-Baqarah, bermaksud: "Jadikanlah sifat sabar dan solat sebagai penolong kamu. Dan sesungguhnya yang demikian itu amat berat, melainkan kepada orang-orang yang khusyuk."
Dalam ayat 153 pula, Allah menjelaskan maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jadikanlah sifat sabar dan solat sebagai penolong kamu, sesungguhnya Allah beserta dengan orang-orang yang sabar."
Kedua-dua ayat tersebut di atas, memberi penjelasan bahawa Allah SWT telah meletakkan syarat terpenting dalam menghadapi ujian-Nya ialah dengan berbanyak sabar dan melakukan solat, sama ada yang wajib atau sunat, kerana dengannya kita boleh bermohon kepada-Nya untuk menyelamatkan kita daripada sebarang bentuk marabahaya yang boleh menimpa kita pada bila-bila masa.
Sifat sabar itu lahir apabila manusia ditimpa ujian getir daripada Allah SWT, ia bertujuan untuk memperkasa diri Muslim untuk terus berhubungan dengan Allah sebagai tanda penyerahan diri mereka hanya kepada Allah, dan sabar itu pula boleh dikategorikan sebagai berikut;
1. Sabar dalam melaksanakan segenap perintah Allah dengan penuh rasa khusyuk dan pasrah kepada-Nya.
2. Sabar dalam meninggalkan segala larangan dan tegahan-Nya dengan penuh rasa tanggungjawab.
3. Sabar dalam menempuh segala ujian, kerana ia mengandungi kebaikan untuk semua.
4. Sabar ketika berhadapan dengan maksiat.
5. Sabar terhadap ketentuan dan musibah.

2. Berfikiran positif
Yakni ujian dan cubaan Allah ini adalah medan untuk mendidik dan membiasakan diri kita menghadapi kesusahan. Selain,ini bukti Allah menyayangi kita dengan memberi ujian berbanding orang lain.

3. Menghapuskan dosa kita.
4. Berdoa
الدعاء سلاح المؤمن Maksudnya: Doa itu adalah senjata orang yang beriman.
Berdoa bermunajat kepada Allah. Jika diberikan ganti,diberi ganti yang terbaik dari sebelum.Contoh:putus tunang,mohon Allah memberi jodoh yang lebih baik dan mengakui mungkin si dia bukan jodoh anda. Antara doa yang boleh dibaca ialah:
اللهم أجرني من مصيبة ....... خير منها

Monday, September 28, 2009

Ujian

Ujian,dugaan,cubaan,masalah,dan musibah adalah perkara yang pasti akan singgah dalam hidup insan yang bernama manusia. Semua ini merupakan asam garam dan rencah kehidupan. Tiada orangg yan hidup tanpa menghadapi dan melalui perkara-perkara di atas. Dalam al-Quran, ada dijelaskan beberapa bentuk ujian yang mesti dilalui oleh setiap individu Muslim, sama ada ia berbentuk ujian kebuluran, ketakutan, ujian dengan sedikit sumber pemakanan, harta benda, ujian dalam kehidupan adalah untuk Allah ketahui siapakah di kalangan hamba-hamba-Nya yang paling bertakwa kepada-Nya. Firman Allah s.w.t:
ولنبلونكم بشى من الخوف والجوع ونقص من الأموال والأنفس والثمرات وبشر الصبرين الذيت اذاأصبتهم مصبة قالوا انا لله وانا اليه رجعون أولئك عليهم صلوات من ربهم ورحمة وأولئك هم المهتدون
Maksudnya:"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut(kepada musuh),dan dengan merasai kelaparan dan dengan berlakunya kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan pelbagai kebaikan dari Tuhan mereka dan rahmatNya dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya"(Surah Al-Baqarah ayat 155-157)

Apabila dilihat kepada sirah para anbiya tidak seorang pun daripada mereka yang tidak diuji oleh Allah, namun ujian yang ditimpakan ke atas mereka tidaklah sama antara seorang rasul dengan yang lain, justeru baginda ada menegaskan dalam hadisnya yang bermaksud; "Para anbiya adalah golongan yang paling dahsyat ditimpakan ujian oleh Allah, kemudian golongan yang serupa dengan mereka (para ulama)."
Berikut adalah beberapa contoh kes ujian yang menimpa manusia:

Kes 1(Kehilangan Wang)
Seorang hamba Allah,pelajar pusat pengajian tinggi tempatan telah diuji dengan kehilangan wang dalam simpanan akuannya dalam berjumlah hampir RM10000. Peristiwa ini disedari apabila beliau mendapati dompet beliau tiada di dalam poket seluar selepas mesyuarat persatuan. Seraya itu beliau mengesyaki dompet itu tertinggal di bilik asrama. Malangnya,setelah dilihat dompet itu tiada dan nyatalah bahawa dompet itu telah terjatuh atau dicuri ketika pelajar tersebut bersesak di tapak pesta konvo.
Lantaran itu,pelajar ini bergegas untuk melaporkan kepada pihak polis sambil menelefon pihak bank bagi memaklumkan sekaligus menyekat pengeluaran wang simpanan tersebut. Namun begitu,usaha itu tidak berjaya dan wang berjaya dikeluarkan dengan hanya berbaki RM9.90 sahaja.

Kes 2 (Memperoleh Keputusan Yang Kurang Baik Dalam Peperiksaan)
Seorang pelajar gigih dan bersungguh-sungguh belajar dalam mengulangkaji pembelajaran. Tiba hari peperiksaan dia cuba melakukan yang terbaik walaupun merasakan ada kertas yang payah dan susah untuk dijawab hatta membawa dia menitiskan air mata memikirkan hal ini selepas menghadapi kertas tersebut.Apabila keputusan diumumkan,pelajar ini mendapat keputusan yang tidak menepati target atau sasarannya. Timbul dalam diri dia rasa kecewa dengan natijah tersebut.

Kes 3(Masalah Rumahtangga)
Perkahwinan,perkara yang ingin dikecapi dan dinikmati oleh semua orang tetapi bukan semua perkahwinan itu menjanjikan kebahagian dan berkekalan selama-lamanya.Ibarat kata pepatah "Ku Sangkakan Cerah Hingga Ke Petang Rupanya Hujan Di Tengah Hari". Perceraian,pergaduhan,pergeleseran,perselisihan,dan sebagainya antara perkara yang akan melanda sebuah perkahwinan. Inilah jualah yang melanda seorang muslimah lulusan pengajian Islam. Beliau diperlakukan secara tidak sepatutnya oleh suami,dihalau,dipukul,dipisahkan dan dibawa lari anak kandungnya selepas dilahirkan. Semua masalah rumahtangga ini dihadapi oleh wanita ini.

Kes 4(Pecah Rumah,Anak Dipukau,dan Perkakas Elektrik Rumah Dipanah Petir).
Satu keluarga selepas menyambut Syawal yang lalu diuji Allah dengan rumah pecah masuk oleh pencuri. Ada beberapa barangan berharga dibawa lari. Setelah itu,selang beberapa hari,salah seorang ahli keluarga,keluarga ini telah dipukau. Segala barang emas seperti rantai dan anting-anting diambil si pemukau tanpa individu ini sedari. Selanjutnya,selepas itu pula perkakas elektrik rumah tersebut dipanah petir dan menyebabkan berlaku kerosakan.
Nota:Pembentangan kes ini adalah sekadar panduan dan peringatan tidak niat untuk merendahkan atau mencalarkan imej mana-mana pihak.

Perbezaan Sebat Pesalah Jenayah(Sivil) Dan Pesalah Jenayah Syariah

1. Saiz rotan
a) Pesalah Jenayah Sivil- panjang rotan tidak dinyatakan dan bergaris pusat 1.25 sentimeter(cm).
b) Pesalah Jenayah Syariah- panjang rotan 1.22 meter dan bergaris pusat 1.25 sentimeter(cm).

2. Pemeriksaan kesihatan
a) Pesalah Jenayah Sivil-pemeriksaan kesihatan dilakukan mana-mana pegawai perubatan.
b) Pesalah Jenayah Syariah-pemeriksaan dilakukan oleh pegawai perubatan yang beragama Islam.

3. Pelaksanaan Hukuman
a) Pesalah Jenayah Sivil-hukuman dilaksanakan oleh mana-mana pegawai sebat rotan yang dilantik oleh Jabatan Penjara Malaysia.
b) Pesalah Jenayah Syariah- sebatan dilakukan oleh pegawai sebat yang beragama Islam.

4. Bahagian Anggota Yang Disebat
a) Pesalah Jenayah Sivil-pukulan sebat hendaklah di bahagian punggung
b) Pesalah Jenayah Syariah-pukulan sebat di mana-mana bahagian tubuh kecuali muka,kepala, perut,dada, atau bahagian-bahagian sulit.

5. Cara Sebatan
a) Pesalah Jenayah Sivil-rotan diangkat setinggi mungkin dan dilibas ke punggung pesalah dan ditarik.
b) Pesalah Jenayah Syariah-pegawai sebat tidak boleh mengangkat rotan sehingga ke paras kepalanya dan pukulan hendaklah dibuat secara sederhana supaya tidak melukakan kulitnya. Rotan yang menyebat pesalah tidak boleh ditarik sebalilknya diangkat setelah sebatan dilakukan.

6. Kedudukan Dan Pakaian Semasa Disebat
a) Pesalah Jenayah Sivil-tidak memakai pakaian dan hanya ditutup di bahagian sulit sahaja dan diikat di tripod.
b) Pesalah Jenayah Syariah-bagi lelaki hendaklah berdiri dan perempuan hendaklah duduk di atas kerusi yang tidak ada penyandar dan dikehendaki memakai pakaian yang nipis yang menutup aurat mengikut hukum syarak.

7. Baki Hukuman Sebatan Yang Dihentikan
a) Pesalah Jenayah Sivil-jika sebahagian atau keseluruhan hukuman sebat tidak dapat dilaksanakan atas sebab-sebab kesihatan maka ia akan dirujuk ke mahkamah.
b) Pesalah Jenyah Syariah-boleh ditangguhkan sehingga pegawai perubatan memperakui bahawa pesalah itu sihat tubuhnya untuk menjalani baki hukuman itu.

8. Orang Yang Boleh Disebat
a) Pesalah Jenayah Sivil-perempuan tidak boleh dikenakan hukuman sebatan.
b) Pesalah Jenayah Syariah-perempuan boleh dikenakan hukuman sebatan.

9. Saksi
a) Pesalah Jenayah Sivil- tiada diperlukan saksi apabila pelaksanaan hukuman sebat dilaksanakan.
b) Pesalah Jenayah Syariah-hendaklah sekurang-kurangnya empat orang lelaki Islam.

Sunday, September 27, 2009

Pelaburan Dan Meniaga FOREX

Assalamualaikum,Salam Eidulfitri,beberapa hari lalu kita beraya ke rumah kawan-kawan sekolah menengah,saya ada diajukan persoalan hukum pelaburan dan meniaga forex, di sini saya perturunkan jawapan daripada Ustaz Zaharuddin Abd Rahman,Pensyarah UIAM untuk perkongsian.

Pelaburan Dan Meniaga FOREX

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

Soalan

Saya ingin minta pihak ustaz untuk menerangkan tentang pelaburan tukaran matawang asing dan juga perniagaan Forex. Bagaimana pula jika saya melakukan transaksi sendiri dengan berbekalkan analisa sendiri atau yang disediakan oleh broker dengan melayari internet. Kemudian memperolehi untung dari jualan dan belian matawang asing ini. Terima kasih

Forex sumber kewangan keluarga ?


Jawapan

Bagi menjawab soalan ini, anda perlu memahami dua jenis perkara iaitu :-

1- Melabur wang ringgit anda ke dalam satu syarikat yang memperolehi untung melalui FOREX.

2- Melantik satu platform atau syarikat untuk menjalankan jual beli wang asing dan simpan. Semua transaksi dijalankan oleh anda sendiri, syarikat hanya menyediakan platform dan mengambil upah perkhidmatan sahaja.

Pertama : Hukum bagi melabur dalam syarikat yang menjalankan FOREX :

Forex (Foreign Exchange) atau yang lebih dikenal dengan Perdagangan Mata wang Asing; Ia merupakan suatu jenis perdagangan/transaksi yang memperdagangkan matawang suatu negara terhadap matawang negara lainnya yang melibatkan pasar-pasar matawang utama di dunia selama 24 jam secara berterusan.

Benar, memang FOREX matawang adalah diharuskan, tetapi keharusannya tertakluk kepada sejauh mana ia menurut garis panduan yang dikeluarkan dari hadith Nabi yang sohih. Iaitu :-

a- Ditukar (serah dan terima) dalam waktu yang sama ia disebut dalam hadis sebagai "yadan bi yadin". Dalam bahasa Inggerisnya adalah "on the spot basis". Ia datang banyak hadis antara yang paling utama adalah :'

الذهب بالذهب , والفضة بالفضة , والبر بالبر , والشعير بالشعير , والتمر بالتمر , والملح بالملح , مثلاً بمثل , سواء بسواء , يداً بيد , فإذا اختلفت هذه الأصناف فبيعوا كيف شئتم

Ertinya : Emas dengan Emas ( ditukar atau diniagakan) , perak dengan perak, gandum dengan gandum, tamar dengan tamar, garam dengan garam mestilah sama timbangan dan sukatannya, dan ditukar secara terus ( pada satu masa) dan sekiranya berlainan jenis, maka berjual-belilah kamu sebagaimana yang disukai" ( Riwayat Muslim, no 4039 no hadith , 11/9 ) .

b- Nabi bersabda :-

فإن رَسُولَ اللَّهِ قال الْوَرِقُ بِالذَّهَبِ رِبًا إلا هَاءَ وَهَاءَ

Ertinya : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w berkata : Pertukaran antara perak dan emas adalah riba kecuali jika ia dilakukan secara serentak (serah terima dalam satu masa)" (Riwayat Muslim, no 1586, 3/1209)

c- Manakala pembelian secara hutang dari salah satu antara dua pihak adalah haram berdasarkan hadis :-

نهى رسول اللَّهِ عن بَيْعِ الذَّهَبِ بِالْوَرِقِ دَيْنًا

Ertinya : "Rasulullah s.a.w melarang dari menjual emas dan perak secara berhutang"( Riwayat Al-Bukhari, no 2070, 2/762)

Hadis-hadis di atas menyebut perihal displin Islam dalam pertukaran emas dan perak. Untuk informasi, ulama bersepakat bahawa matawang (bank note) juga adalah sama displinnya dengan emas dan perak disebabkankan nilai dan fungsinya sebagai 'medium of exchange'. Justeru setiap displin dan syarat transaksi yang melibatkan emas dan perak juga TERPAKAI pada urusan transaksi matwang. Demikian keputusan Majlis Fiqh Antrabangsa dan juga Majlis Kewangan Islam Antarabangsa di bawah AAOIFI.

FOREX dalam matawang yang diuruskan oleh syarikat konvensional sudah pasti tidak akan menjaga syarat ini kerana kebanyakan FOREX yang dijalankan oleh institusi Konvensional adalah ‘Forward FOREX' atau Forex yang menggunakan ‘Value forward' (nilai masa hadapan) yang tergolong dalam Riba Nasiah. Mereka juga kerap menggunakan SWAP, Options dan lain-lain instrument yang tidak halal di sisi Shariah.

Instrumen-instrumen tadi tidak memenuhi syarat Islam iaitu serah terima atau disebut "qabadh" dalam Islam secara benar "hakiki" atau "hukmi" pada waktu yang sama. Masalah dalam implementasi FOREX adalah bertangguh dalam penyerahan dari kedua-dua pihak. Tatkala itu aqad menjadi batal (Radd al-Muhtar ala ad-durr, 4/531).

Tidak saya nafikan, bahawa terdapat sesetengah Institusi Kewangan Islam yang melakukan forex ini setelah mendapatkan kelulusan Majlis Penasihat Shariah mereka, Namun semua mereka hanya terlibat dalam FOREX jenis SPOT dan bukannya jenis ‘Forward' ; jika adapun jenis forward ia menggunakan konsep Al-WA'D atau 'Unilateral Promise' dan ia telah disepakati keharusannya. Apa yang pasti, Majlis Shariah mereka telah meletakkan beberapa syarat dan bukannya secara bebas begitu sahaja.

Justeru MELABUR MODAL ( BEERTI ANDA MELABUR DAN KEMUDIAN TUNGGU UNTUNG SAHAJA) dan di dalam institusi kewangan konvensional yang memperolehi untung melalui cara FOREX adalah tidak halal di sisi Islam.

Ia adalah keputusan Panel Penasihat Shariah dunia yang bernaung di bawah nama Accounting & Auditing Organization For Islamic Institutions (AAOIFI). Antara panel penasihat Shariahnya adalah Syeikh Mufti Taqi Uthmani, Prof. Dr. Syeikh Wahbah Zuhayli, Prof. Dr. Syeikh Siddiq Dharir, Syeikh Abdullah al-Mani', Dr. Abd Sattar Abu Ghuddah, Syeikh Dr. Nazih Hammad, Syeikh Dr. Hussain Hamid Hassan, Syeikh Nizam Ya'quby, Dr. Mohd Daud Bakar, Syeikh Al-Ayashi al-Sadiq Faddad, Syeikh Dr. Ajil Nashmi dan ramai lagi.

KEDUA : Hukum FOREX TRADING yang dijalankan sendiri-

Bagi mengetahui hukum bagi bentuk kedua ini, pertama-tamanya ia tertakluk kepada :-

a- Kesohihan dan kewibawaan syarikat platform dari sudut lesennya dan pengenalannya. Ia diperlukan bagi mengelak anda ditipu oleh platform syarikat yang tidak sebenar. Butiran terperinci berkenaan platform ini mestilah diteliti dan boleh diperolehi. Jika tidak, transaksi anda adalah syubhat dari awal lagi keran terdapat unsur gharar.



b- Jika platform tersebut punyai wibawa dan lessen serta info yang sangat mencukupi, perkara kedua adalah menilai akta-akata berkaiatan dengan aktiviti ini dari badan berwajib di Malaysia. Ini perlu bagi memastikan anda tidak terlibat dengan aktiviti menyalahi undang-undang Negara.

Jika yang kedua juga lulus, saya kira transaksi jual matawang asing dan simpan dan kemudian jual semula apabila harga tukarannya naik adalah harus kerana ia secara automatiknya dilaksanakan menurut kaedah ‘spot'. Namun mari kita sama-sama cuba mehami dan menyemak bagaimana proses ini dilakukan secara ringkas dan melihat pandangan Islam tentangnya.

Setakat apa yang diterangkan oleh individu yang terlibat dan yang tahu berkenaan cara forex trading memlali internet ini. Ia seperti berikut :-

1) Ia mempunyai minimum modal. Sebagai contoh USD 1, USD 100 dan lain-lain, ia berbeza mengikut polisi syarikat forex trading masing-masing.

2) Dengan modal itu, pihak syarikat platform forex trading ini akan membukakan satu akaun khas buat peserta.

Setelah itu, pihak peserta akan menentukan samada untuk membuka kaunter jualan matawangnya di dalam akaun atau membuka kaunter belian.

Gambaran mudahnya adalah :-

Katalah modalnya USD 100 yang dibeli dengan tukaran semasa hari tersebut USD 1 = RM 3.6, dan dibuka kaunter ‘selling' melalui platform syarikat tersebut.

Sebagai contoh, pada esok harinya apabila dilakukan analisa terhadap pegerakan nilai matawang, didapati nilai USD mengukuh berbanding Ringgit iaitu USD 1 = RM 4

Tatkala itu, ia akan menekan button jual USD 100 dan memperolehi RM 400. Ini bermakna ia telah beroleh keuntungan sebanyak RM 40 berbanding harga belian asalnya tadi.

Pihak syarikat FOREX ini MESTILAH memasukkan seluruh RM 400 itu sebaik sahaja transaksi jual beli dilakukan, TIDAK DIBENARKAN DILEWATKAN ATAU DIMASUKKAN SEBAHAGIAN SAHAJA, jika dalam contoh di atas, hanya RM 40 dimasukkan, manakala baki modal sebanyak RM 360 hanya akan dimasukkan sejurus peserta menutup akaun pada hari tersebut.

Isu Shariah : Jika ini tidak berlaku, maka ia lulus dari sudut Shariah, namun jika kelewatan berlaku, isu Shariah di sini adalah berlaku penangguhan dalam penyerahan matawang ringgit. Ini menjadikan ia bercangah dengan arahan Nabi s.a.w :-

Dalam menukar wang dengan wang, Nabi telah menyebut garis panduan yang mesti dipatuhi iaitu:

فإن رَسُولَ اللَّهِ قال الْوَرِقُ بِالذَّهَبِ رِبًا إلا هَاءَ وَهَاءَ

Ertinya : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w berkata : Pertukaran antara perak dan emas adalah riba kecuali jika ia dilakukan secara serentak (serah terima dalam satu masa)" (Riwayat Muslim, no 1586, 3/1209)

Manakala pembelian secara hutang dari salah satu antara dua pihak adalah haram berdasarkan hadis :-

نهى رسول اللَّهِ عن بَيْعِ الذَّهَبِ بِالْوَرِقِ دَيْنًا

Ertinya : "Rasulullah s.a.w melarang dari menjual emas dan perak secara berhutang"( Riwayat Al-Bukhari, no 2070, 2/762)

Imam An-Nawawi telah menyebut dengan terang bahawa para ulama telah bersepakat wajibnya syarat serah terima dalam satu masa atau ‘Taqabud' samada secara hakiki (fizikal) atau hukmi (melalui mediuam internet tetapi punyai bukti seperti resit atau nota elektronik yang menunjukkan transaski sah) ( Syarah Sohih Muslim)

Cadangan : Mesti dipastikan bahawa semasa transkasi jual beli dilakukan, kesemua modal dicampur untung dimasukkan di dalam akaun kita tanpa sebarang tangguh, dan secara automatik juga kita boleh mengeluarkan wang tersebut tanpa sebarang halangan.

3) Terdapat syarikat yang mensyaratkan minimum modal yang tinggi seperti USD 1000 dan lain-lain jumlah. Untuk itu mereka menawarkan apa yang dinamakan 'leverage' yangmana modal peserta akan digandakan.

Sebagai contoh, katalah modal sebenar anda adalah USD 100. Maka anda dikehendaki memilih atau secara pilihan memlih gandaan yang dikehendaki. Seperti 1 : 10 beerti modal anda akan digandakan kepada 10 kali menjadi USD 1000 atau jika memilih 1:100, beerti modal anda menjadi USD 10000. Dengan jumlah baru inilah matawang anda akan di pasarkan di pasaran.

Hukum Leverage :
Takrif Leverage :

The use of various financial instruments or borrowed capital, such as margin, to increase the potential return of an investment.

Leverage can be created through options, futures, margin and other financial instruments. For example, say you have $1,000 to invest. This amount could be invested in 10 shares of Microsoft stock, but to increase leverage, you could invest the $1,000 in five options contracts. You would then control 500 shares instead of just 10. (Rujukan)

Jika benarlah apa yang saya gambarkan ini, transaksi forex menggunakan Leverage ini adalah HARAM kerana ia dikira menjual matawang yang tidak di dalam milik anda. Milik sebenar anda hanyalah USD 100 tetapi yang dijual adalah 10,000. Ia berdasarkan apa yang disebut oleh Nabi s.a.w :

لَا تَبِعْ ما ليس عِنْدَكَ

Ertinya : Janganlah kamu menjual sesuatu yang tidak di dalam milikmu" ( Riwayat Abu Daud, no 3504, 3/283)

Malah saya juga hampir pasti, wang yang digandakan oleh syarikat itu dikira sebagai pemberian pinjaman dan sudah tentu mereka akan mengambil sedikit keuntungan samada diketahui atau tidak diketahui oleh peserta. Jika ini berlaku, sekali lagi riba telah berlaku.

Bagi mengelakkan perkara yang ditegah oleh Islam dari berlaku di sini, penggunaan leverage 1:1 sahaja yang dibenarkan. Wallahu'alam.

4) Diberitakan juga pihak syarikat menasihatkan peserta agar menggunakan modalnya kurang dari 30 % bagi mengurangkan risiko semasa trading dijalankan.

Dan jika terdapat masalah kemungkinan rugi atau apa yang dinamakan 'margin call', pihak peserta dibenarkan untuk membuka kaunter satu lagi samada jual atau beli bagi menyeimbangkan kemungkinan rugi.

Pandangan : Wallahu'alam, jika semunya dilaksanakan dengan jelas dan perancangan yang betul. Setakat ini saya tidak nampak adanya masalah Shariah dalam tindakan ini, kerana apa yag dilakukan adalah membuka kaunter baru, kalau sebelum ini ia membuka kaunter jual sahaja, maka apabila di posisi jual didapati boleh membawa kerugian, ia dengan segera mebuka kaunter beli, bagi memperolehi keuntungan pula. Semuanya adalah harus jika dilaksanakan menurut syarat di atas tadi, tiada leverage, tiada tangguh, dan wang yang telah diperolehi boleh dikeluarkan pada bila-bila masa. Wallahu'alam.

Kesimpulan

Walaupun berniaga sendiri forex dan memenuhi syarat ini boleh dikira halal, namun ia bukanlah sesuatu yang disukai oleh polisi ekonomi di dalam Islam, pertamanya kerana menurut pandangan ekonomi dalam Islam, matawang adalah 'medium of exchange' sahaja dan ia bukanlah komoditi yang wajar diniagakan bagi memperolehi untung dari perbezaan nilainya. Kita tahu nilai matwang kini tidak lagi bersandarkan emas atau perak, wang kertas hari ini (fiat money) tidak mempunyai nilai tersendiri (seperti logam emas dan perak) kecuali nilainya datang dari pasaran global yang ditentukan oleh 'demand and supply' di pasaran dunia.

Justeru, menjadikan cara ini bagi memberikan anak dan isteri makan bukanlah satu bentuk kerjaya yang terpuji di dalam Islam. Malah ia sebenarnya membantu sistem kapitalis dan menguatkan sistem ekonomi yang mereka anjurkan. Justeru, fikirkanlah....

Jika anda tidak ingin menerima padnagan saya, tidak mengapa tetapi bacalah pendapat ulama besar kewangan Islam sedunia iaitu Syeikh Mufti Taqi Uthmani dalam hal ini:

Forex Currency Trading

By Mufti Muhammad Taqi Usmani
Posted: 11 Zul Qa'Dah 1424, 22 November 2007

Q.) Is Forex Currency Trading halal? I have attached a document detailing the aspects of the business.



A.) I went throught the papers sent by you. I am of the opinion that these transactions are not compliant with Shariah. The very condition that you cannot take delivery of the purchased currency makes it impermissible. Morever, there are other elements according to my knowledge that makes this trade unlawful in Shariah, such as, forward sales, short sales etc. This is in addition to the fact that the currencies are originally a medium of exchange and should only be exchanged for personal use in different countries. To make them a tradable commodity only for earning a profit is also against the basic philosophy of Islamic economics. I would therefore not advise you to indulge in this trade.

Sila Buka Sumber : Forex Trading
Sekian,terima kasih.Wallahua'lam.

Isu Kartika: Kartika Mahu Tahu Peraturan Dan Kaedah Sebatan.

Model sambilan,Kartika Sari Dewi Shukarnor,32 tahun melalui peguam syarie yang mewakilinya,Adham Jamalullail Ibrahim,memohon diberi peluang terbabit sama dalam keseluruhan prosiding mahkamah yang bakal dijalankan ke atasnya bagi mengelakkan sebarang campur tangan luar. Menurut peguam beliau,pihak mereka telah mengemukakan surat pemohonan kepada mahkamah untuk membenarkan perkara itu bagi memastikan Kartika mengetahui keseluruhan peraturan dan kaedah yang bakal digunakan.
“Keputusan ini dibuat bagi memastikan hukuman itu berjalan dengan lancar dari awal prosiding termasuk jenis rotan yang akan digunakan ketika hukuman sebat itu dilaksanakan”,katanya dalam satu siding akhbar di majlis rumah terbuka Kartika di Kampung Jawang, Sungai Siput, Perak.
Tambah beliau lagi, sebelum ini pihaknya sudah mengemukakan surat kepada Mahkamah Syariah Pahang bagi memohon laporan lengkap mengenai prosiding yang lalu pada 16 September 2009 yang lalu tetapi sehingga kini belum menerima maklum balas mengenainya. Selain itu,pihaknya masih tertanya-tanya bila tarikh sebenar hukuman sebat ini akan dijalankan kerana sehingga ke saat ini tiada surat hitam putih atau makluman tentang perkara ini diterima.
Adham juga ada memberi peringatan pada akhir sidang akhbar ini kepada parti politik agar tidak campur tangan dalam isu hukuman sebat ini dan semua pihak seharusnya menghormati keputusan Kartika untuk meneruskan hukuman sebat ini.
(Berita Harian,Jumaat 25 September 2009,halaman 3)
Ulasan: Tindakan yang diambil Kartika ini menggambarkan kesungguhan beliau dalam perkara ini. Pihak JAIP dan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pahang pula diminta segar memberi respon dan menetapkan tarikh sebenar hukuman sebat akan dilakukan. Jangan bertangguh lagi kerana takut-takut akan ada pula pihak-pihak yang ingin mencari publisiti murahan mengeluarkan kenyataan mencari salah anda lambat menjalankan hukuman.Kepada ahli-ahli politik minta cakna dengan peringatan peguam syarie Kartika usaha ada mana-mana kuasa politik yang cuba campur tangan dalam isu ini.

Pengekalan Momentum Ramadhan Al-Mubarak.



1 Syawal 1430 Hijrah, telah hampir seminggu meninggalkan kita. Walau bagaimanapun, kehangatan dan suasana Hari Raya Eidulfitri ini masih lagi menyelubungi dan dirasai oleh masyarakat kita. Lagu-lagu raya masih diputarkan di corong radio dan dialunkan oleh para penyanyi di kaca televisyen, jamuan hari raya dan majlis rumah terbuka semakin rancak berjalan, amalan ziarah-menziarah giat dilakukan terutamanya di hujung minggu(Sabtu dan Ahad), dan pemberian sumbangan dan duit raya oleh syarikat-syarikat tertentu dan orang-orang perseorangan kepada mereka yang kurang bernasib baik turut berlaku.
Dalam keadaan kita bersuka ria dan bergembira ini, jangan pula lupa dan alpa untuk meneruskan atau mengekalkan momentum amalan yang kita lakukan sepanjang sebulan di bulan yang mulia iaitu Ramadhan Al-Mubarak. Antara amalan yang boleh kita lakukan untuk meneruskan momentum tersebut ialah melakukan ibadah berpuasa 6 hari di bulan Syawal. Paling afdhal perbuatan ini dilakukan sehari selepas kita menyambut Hari Raya Eidulfitri secara berturut-turut selama 6 hari,akan tetapi tidak menjadi kesalahan jika dilakukan secara berselang-seli asalkan dalam bulan Syawal.
Fadhilat amalan ini diterangkan oleh Nabi Muhammad s.a.w dalam satu hadith riwayat Muslim daripada Abu Ayub r.a,sabda Baginda:
من صام رمضان ثم أتبعه ستا من شوال كان لصيام الدهر..........أو كما قال رسول الله(ص)..........
Maksudnya: “Barangsiapa berpuasa Ramadhan dan diikuti dengan puasa enam hari bulan Syawal maka seolah-olah dia telah berpuasa selama-lamanya”(Hadith no.1164).
Kedua,menunaikan solat lima waktu secara berjemaah di masjid sekerap yang boleh. Solat adalah tunjang dan tiang utama agama. Ia juga ibadah yang teristimewa kurniaan Allah kepada umat Islam melalui peristiwa Israk Wal Mikraj. Amalan penting yang pertama akan dihisab Allah jua diberikan tawaran hangat dan berganda jika didirikan secara berjemaah. Sabda Rasulullah s.a.w:
صلاة الجماعة تفضل من صلاة الفذ بسبع وعشرين درجة
Maksudnya: “Sembahyang berjemaah melebihi solat seorang diri dengan dua puluh tujuh darjat”(Hadith Riwayat Bukhari(618) dan Muslim(650) )
Pengekalan kita melakukan solat berjemaah ini dapat menerus kesinambungan perlakuan kita semasa dalam madrasah Ramadhan. Menghadirkan diri solat berjemaah lima waktu dan solat sunat Tarawih di surau atau masjid sehingga melimpah ruah memenuhi setiap penjuru masjid. Di samping itu, perbuatan iktikaf yang dilakukan secara intensif pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan dan sebagai rutin harian sebulan Ramadhan dapat diteruskan. Dengan bersolat berjemaah di masjid kita boleh melakukan iktikaf juga,amat beruntung sekali kerana kita melakukan amalan 2 in 1.
Selain itu, mujahadah melawan hawa nafsu daripada melakukan perkara maksiat sebaiknya diusahakan seperti biasa. Bercakap yang tidak baik seperti mengumpat mencaci,mencarut,menfitnah, dan sewaktu dengannya, menonton,melakukan,menyeru dan mengajak kepada perkara maksiat semoleknya dihindari dan dijauhi. Amalan tidak merokok ketika berpuasa Ramadhan juga patut diteruskan dan adalah lebih baik berhenti daripada mengambil benda haram ini serta katakan”TAK NAK KEPADA ROKOK”.
Seterusnya,perbuatan sunat dikekalkan dan dipertingkatkan. Dengan erti kata, segala amalan perbuatan yang kita perbuatan pada bulan Ramadhan dilakukan seperti biasa sambil berusaha menambahkan lagi amalan sunat yang lain yang boleh menghampiri kita kepada Allah dan meningkatkan ketaqwaan kepadaNya.
Kesimpulannya, pengekalan momentum amalan yang dilakukan sepanjang tempoh satu semester di IPT Ramadhan perlu dikekalkan dan cuba dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Jangan hanya menjadi hangat-hangat tahi ayam dan jangan seperti gas yang keluar dari air minuman berkarbonat apabila ia dibuka serta renungkanlah bersama intipati kata-kata seorang abid : “Jangan kita menjadi golongan yang apabila tiba Ramadhan seperti wali yang beribadat dan beramalan,hampir dan mendekatkan diri kepada Allah tetapi apabila Ramadhan berlaku beliau pula ibarat syaitan yang bermaharajalela bebas melakukan apa sahaja” Wallahua’lam
Sekian,terima kasih.
“ Salam Muhasabah Diri Kepada Diri Saya Yang Dhaif Ini Dan Kepada Sahabat-Sahabat Dan Rakan-Rakan Sekelian”

Friday, September 18, 2009

Bicara Agama

Hadis fadilat tarawih

Soalan: SAYA ada menerima edaran risalah hadis fadilat harian solat tarawih riwayat Saidina Ali selepas bersolat tarawih di masjid kariah saya. Adakah ia hadis yang benar?

Jawapan:

Berdasarkan kajian yang dijalankan, hadis ini tidak terdapat di dalam al-Kutub al-Sittah (Buku yang Enam) yang merupakan buku-buku rujukan hadis paling utama.

Ia terdiri daripada al-Sahihan (Buku Sahih yang Dua) iaitu Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim pada kelas yang pertama. Manakala baki empat buku lagi dipanggil al-Sunan al-Arba’ah (Buku Sunnah yang Empat) yang terdiri daripada Sunan Abu Daud, Sunan al-Tirmidzi, Sunan al-Nasa’i (yang diberi nama al-Mujtaba) dan Sunan Ibnu Majah.

Malah tidak juga terdapat dalam Muwatta’ Imam Malik, Sunan al-Darimi, Musnad Imam Ahmad bin Hanbal atau Mustadrak al-Hakim.

Malah satu cakera padat umpama perpustakaan bergerak tentang hadis seperti Maktabah Shamilah dan Sunnah Alfiyyah pun gagal menjejak hadis ini, hatta dalam buku-buku yang menyenaraikan hadis-hadis palsu.

Oleh yang demikian, mahu tidak mahu, ia terpaksa digolongkan dalam hadis yang tidak berasas (la asla la hu).

Apabila sesuatu hadis itu dilabelkan demikian maka ia adalah hadis yang palsu, baru diada-adakan dan haram hukumnya berpegang kepada.

Mempercayai apalagi menyebarkannya berdasarkan satu hadis mutawatir yang paling masyhur dalam bidang hadis: “Sesiapa yang berdusta atas namaku, maka dia telah menempah tempatnya di neraka.” (Sumber: Sahih al-Bukhari (1/52) dan Sahih Muslim (1/7), Sunan Abu Daud (3/357), Sunan al-Tirmidzi (5/35), Sunan al-Nasa’i (3/457), Sunan Ibnu Majah (1/13), dan Sunan al-Darimi (1/87).

Malahan ia tersenarai sebagai satu daripada 70 dosa besar dalam Islam - berdusta kepada Allah dan Rasul-Nya.

Antara ciri-ciri hadis palsu ialah:

1. Tidak terdapat hukum sedemikian di dalam fikah Islam yang diketahui

2. Hadis itu bertentangan dengan al-Quran atau kaedah-kaedah agama yang diketahui

3. Hadis itu bertentangan dengan hadis lain yang lebih tinggi status sahih dan penerimaannya dalam ilmu Islam

4. Hadis itu bertentangan dengan ijmak ulama

5. Hadis itu tidak terdapat dalam buku-buku kompilasi hadis yang muktabar - contoh yang jelas ialah seperti hadis yang ditanya oleh soalan ini.

6. Terdapat lafaz dan makna yang janggal jika dibandingkan dengan kefasihan dan keindahan untaian kata hadis-hadis sebenar daripada Rasulullah s.a.w.

7. Terdapat perkara-perkara yang melampau sifatnya di dalam hadis

8. Perawi mengaku dia mengada-adakan hadis palsu untuk tujuan tertentu seperti untuk mendapatkan sokongan orang-orang atasan dan seumpamanya.

Menurut Imam al-Nawawi hukumnya haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu’) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu’ atau dia hanya mengesyaki hadis itu maudhu’.

Tiada perbezaan status hukum haram itu di antara hadis yang berkaitan dengan hukum-hukum atau selainnya seperti hadis-hadis targhib untuk memotivasikan orang ramai beribadat atau tarhib untuk menakut-nakutkan mereka terhadap maksiat atau dosa sekalipun atas tujuan nasihat.

Di dalam asas fikah Islam, niat tidak menghalalkan cara. Maka kita perlu berhati-hati dalam merealisasikan praktik ajaran Islam agar niat yang murni itu tidak menjerumuskan kita kepada perbuatan yang mengakibatkan dosa pula.

Oleh sebab itulah, al-Quran sering menyebut perkataan iman dahulu kemudian digandingkan dengan kalimah amal bagi mengisyaratkan bahawa sebagai penganut Islam, kita mesti berilmu dahulu sebelum beramal bagi mengelakkan perkara seumpama ini berlaku.
Jabatan Mufti Kerajaan Brunei Darussalam telah menyatakan satu fatwa dalam hal yang serupa seperti berikut:
"Unit Kajian Dan Penyelidikan, Bahagian Kajian Dan Penerbitan, Pusat Da'wah Islamiah sedang menjalankan kajian mengenai dengan hadis fadhilat sembahyang Tarawih, kitab Durrah AI-Nashihin (terbitan Mesir tahun 1949), diriwayatkan oleh Ali bin Abu Thalib.

Hadis tersebut sangat popular di kalangan masyarakat di negara ini kerana sejak 10 tahun yang lalu penerbitan-penerbitan buku (risalah) mengenai hadis tersebut telah dijalankan dan hadis-hadis berkenaan juga disiarkan melalui Radio Televisyen Brunei dalam bentuk promo bagi maksud mentarghib masyarakat supaya mendirikan sembahyang Tarawih dengan teratur.Sepanjang tempoh tersebut, kitani tidak pemah mempersoalkan tentang sanad atau sumber hadis tersebut. Bagaimanapun, Berita Harian (Malaysia) keluaran 31hb. Disember, 1998, Ihb. Januari, 1999 dan 16hb. Januari, 1999 telah mempersoalkan keshahihan hadis tersebut sehingga sampai kepada kesimpulan bahawa hadis tersebut adalah hadis maudh71 '.

Sukacita abis kaola menghadapkan isu mengenai hadis ini kepada Pehin bagi mendapatkan fatwa dan ketentuan tentang kedudukan hadis-hadis berkenaan untuk dijadikan pegangan dan menghindari keraguan di kalangan masyarakat di Negara Brunei Darussalam.

Jawapan:

الحمد الله الفتاح الوهاب الهادى إلى الحق والصواب، والصلاة والسلام على رسوله سيدنا محمد خاتم الانبياء والمرسلين، وآله وصحبه أجمعين.


Hadis mengenai fadhilat sembahyang Tarawih yang disebutkan dalam kitab Durrah Al- Nashihin bermaksud: “ Daripada Ali Bin Abu Talib Radhiallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu alaihi Wasllam telah ditanya tentang keutamaan-keutamaan Tarawih di bulan Ramadhan. Baginda bersabda: “ Orang mukmin keluar daripada dosanya pada:

Malam pertama: Seperti saat dia dilahirkan ibunya

Malam kedua: Dia diampuni, juga kedua orang tuanya, jika keduanya mukmin.

Malam ketiga: Malaikat berseru dari bawah ‘Arasy. Mulailah beramal, semoga Allah mengampuni dosamu yang telah lalu.”

Malam keempat: Dia memperolehi pahala seperti pahala membaca Taurat, Injil, Zabur dan Al-Furqan.

Malam kelima: Allah Ta’ala memberinya pahala seperti pahala orang yang sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam keenam: Allah Ta’ala memberinya pahala orang yang bertawaf di Makmur dan dipohonkan ampun oleh setiap batu dan cadas ( lapisan tanah yang keras )

Malam ketujuh: Seolah-olah dia mencapai darjat Nabi Musa ‘Alaihi salam dan kemenangannya atas Firaun dan Haman

Malam kelapan: Allah Ta’ala memberinya apa yang pernah Dia berikan kepada Nabi Ibrahim ‘Alaihissalam

Malam kesembilan: Seolah-olah dia menyembah Allah Ta’ala sebagaimana ibadat Nabi Shallallahu alaihi wasalam

Malam kesepuluh: Allah Ta’ala mengurniakan kepada nya kebaikan dunia dan akhirat.

Malam kesebelas: Dia keluar dari dunia seperti saat dia dilahirkan dari perut ibunya.

Malam kedua belas: Dia dating pada Hari Kiamat sedang wajahnya bagaikan bulan di malam purnama.
Malam ketiga belas: Dia dating pada Hari Kiamat dalam keadaan aman daripada setiap keburukan

Malam keempat belas: Para malaikat datang seraya memberi kesaksian untuknya, bahawa dia telah melakukan sembahyang Tarawih, maka Allah tidak menghisabnya pada hari Kiamat.

Malam kelima belas: Dia didoakan oleh para malaikat dan para penanggung ‘Arasy dan Kursi

Malam keenam belas: Allah menetapkan baginya kebebasan untuk selamat dari neraka dan kebebasan masuk ke dalam syurga

Malam ketujuh belas: Dia diberi pahala seperti pahala para nabi.

Malam kelapan belas: Malaikat menyeru: “ Wahai Hamba Allah, sesungguhnya allah redha kepadamu dan kepada ibu bapamu.”

Malam kesembilan belas: Allah mengangkat darjat-darjatnya dalam syurga Firdaus.

Malam kedua puluh: Allah memberi pahala para syuhada’ dan shalihin.

Malam kedua puluh satu: Allah membangun untuknya sebuah gedung daripada cahaya

Malam kedua puluh dua: Dia dating pada hari Kiamat dalam keadaan aman daripada setiap kesedihan dan kesusahan.

Malam kedua puluh tiga: Allah membangun untuknya sebuah kota dalam syurga

Malam kedua puluh empat: Dia memperolehi dua puluh empat doa yang dikabulkan

Malam kedua puluh lima: Allah Ta’ala menghapuskan daripadanya azab kubur

Malam kedua puluh enam: Allah mengangkat pahalanya selama empat puluh tahun.

Malam kedua puluh tujuh: Dia dapat melewati Shirath pada Hari Kiamat, bagaikan kilat yang menyambar.

Malam kedua puluh lapan: Allah mengangkat baginya seribu darjat dalam syurga

Malam kedua puluh sembilan: Allah memberi pahala seribu haji yang diterima.

Malam ketiga puluh: Allah berfirman: “ Hai Hambakan makanlah buah-buahan syurga, mandilah daripada air Salsabila dan minumlah dari Kauthar. Akulah Tuhanmu, dan engkau hambaKu.” ( Majalis )Setelah merujuk kepada kitab-kitab hadis yang muktabar di kalangan ahli Sunnah Wal Jama’ah, termasuk kitab-kitab yang menjadi sandaran dalam pencarian hadis-hadis, sehingga setakat ini tidak dijumpai hadis-hadis yang khusus menyebutkan tentang kelebihan sembahyang Tarawih dengan menyatakan ganjaran yang diperolehi pada setiap malam Ramadhan sepertimana yang dinyatakan.
Apa yang telah ditemui setakat ini, hanyalah riwayat-riwayat yang hampir sama dengannya dan dihubungkan sanadnya kepada sayyidina Ali Bin Abu Talib iaitu tersebut dalamkitab Bihar Al-Majlisi, salah Ramadhan dan kirab Was’a’il Al- Syi’ah karangan Al-Shiekh Muhammad bin Al-Hasan Al-Har Al-‘Amili dalam bab Istihab Al-Shalah Al-Mukhshushah Kulla Lailah min Syahr Ramadhan wa Awwal Yaum Minh.Maka sehubungan itu, oleh kerana hadis yang ditanyakan itu tidak diketahui sumbernya yang boleh ditanyakan itu tidak diketahui sumbernya yang boleh dii’timad, maka ia mestilah dihentikan daripada dipromokan melalui radio ataupun televisyen.

Sekiranya Pusat Da’wah Islamiah ingin menggalakkan orang ramai supaya rajin dan bersungguh-sungguh mengerjakan sembahyang Tarawih, adalah lebih baik hadis-hadis yang dipromokan itu diambil daripada kitab-kitab yang muktabar.Fadhilat sembahyang Tarawih yang ada disebut dalam hadis-hadis yang terkandung dalam kitab-kitab sunan yang muktabar hanyalah secara umum sahaja tanpa menyebut fadhilat 30 malam Ramadhan itu. Antaranya ialah hadis yang diriwayatkan daripada abu Hurairah Radhiallahu a’nhu, sabda Rasullullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

من قام رمضان إيمانا واحتسابا غفرله ما تقدم من ذنبه
Maksudnya: “ Sesiapa yang mendirikan sembahyang di bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan ( pahala daripada Allah ), diampunkan baginya dosa-dosanya yang terdahulu.”Hadis seumpama inu turut diriwayatkan oleh Muslim, Tirmidzi, abu daud, Imam Ahmad dan lainnya…
Negara asal : Brunei darussalam
Negeri : Brunei
Badan yang mengisu fatwa : Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam
Penulis/Ulama : Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia
Tarikh Diisu : 1999
Nota: Fatwa Mufti Kerajaan 1999.
Wallahual'am...

Ah..Macam Mana Nie...

Bagan Pinang: 59.6% mahu Isa Samad calon BN
Nazri Abdullah
Fri | Sep 18, 09 | 10:50:37 am MYT
SHAH ALAM, 18 Sept: Menjelang pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang 11 Oktober depan. Kaji selidik awal sebuah firma penyelidikan bebas, Ilham Centre mendapati pengundi di DUN berkenaan setuju mantan Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad dipilih sebagai calon BN.
Rata- rata responden berpendapat, legasi Isa perlu diberi tempat semula kerana lebih memberi keuntungan kepada mereka berbanding Menteri Besar sekarang Datuk Seri Mohamad Hassan.

Biarpun peratusan itu agak besar, namun responden masih meletakkan kerisauan terhadap Isa.

Ini kerana Isa pernah dikaitkan dengan pelbagai skandal penyalahgunaan kuasa khususnya isu rasuah pada pemilihan UMNO empat tahun lalu, isu kronisme dikalangan ahli keluarga dan ahli parti di sekitar Port Dickson khususnya di kawasan Si Rusa, Teluk Kemang dan Bagan Pinang sehingga membawa kepada masalah dalaman parti yang meruncing.

Kajian juga menunjukkan 48.5 peratus meletakkan faktor calon lebih penting berbanding 41.8 peratus kekuatan perti untuk menang pilihanraya itu. Manakala 8.1 peratus yang lain tidak pasti.

Selain itu kajian itu juga mendapati Umno sukar untuk menang dengan majoriti besar kerana berdepan pengundi muda luar kawasan yang dilihat lebih bermaklumat.

Image45.9 peratus dari pengundi muda yang ditemui yakin undi Umno BN tidak banyak di saluran 4 dan 5. Manakala 32.3 peratus pula yakin rekod prestasi wakil rakyat BN lalu bukan sahaya tidak boleh mambantu namun memberi beban kepada kemenangan BN itu sendiri.

Pada kajian itu juga, 57.2 peratus pengundi menjangkakan Pakatan Rakyat diwakili PAS akan bertandingmelawan BN. Manakala hanya 32.8 peratus meletakkan harapan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk bertanding biarpun Parlimen Teluk Kemang milik parti itu.

Dalam temubual mereka sepanjang kajian bermula 15 hingga 16 September lalu itu mendapati sebanyak 34.8 peratus bersetuju untuk menyatakan bahawa UMNO adalah parti yang bersifat perkauman, hanya 32.8 peratus responden tidak bersetuju dengan kenyataan itu manakala 32.3 peratus memberikan respon tidak pasti.

Selain perkauman, 52.0 peratus bersetuju bahawa UMNO-BN adalah parti rasuah dan sering terlibat dengan skandal moral yang memungkinkan akan terjejasnya sokongan pengundi muda.

Manakala hanya 22.2 peratus menyatakan tidak setuju yang kebanyakkan mereka merupakn pengundi di saluran 1 dan 2 yang juga merupakan penyokong tegar kepada UMNO-BN.

Berkenaan undi pos pula, 47.0 peratus responden bersetuju BN sangat bergantung kepada undi Pos untuk menang, 11.1 tidak bersetuju manakala 41.9 tidak pasti.

Kebanyakan anggota tentera yang ditemubual beranggapan bahawa sistem undi POS sekarang adalah tidak telus dan diguna bagi memberi kelebihan kepada BN.

Kesimpulan kajian tersebut menunjukkan Barisan Nasional (BN) menghadapi saingan yang sukar dan sengit untuk terus memenangi kerusi N31 ini sekiranya PAS hadir dengan semangat dan kerjasama yang padu bersama dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat (PR).

Kesemua kajian tersebut dijalankan secara temubual disamping pemerhatian terus dan penglibatan di lapangan.

Pecahan responden pula adalah 53.0 peratus pengundi Melayu, 30.8 peratus Cina dan 12.1 peratus adalah India.

Respondan juga dipilih berdasarkan komposisi kaum dan lokaliti Unit Peti Undi (UPU) mengikut satu satu saluran.

Kajian melibatkan responden di kawasan bandar dan luar bandar di 8 buah UPU iaitu Ladang Atherton, Pekan Siliau, Ladang Bradwall, Sua Betong, Taman Eastern, Kampung Bagan Pinang, Si Rusa dan Teluk Kemang). _ Harakahdaily...

Dengar Molek Pesanan Ini Boh...

Ku Li: Hati-hati pilih calon BN di Bagan Pinang
Sep 18, 09 2:29pm
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menasihatkan Umno supaya mengambil iktibar daripada keputusan pilihanraya kecil Permatang Pasir, dalam memilih calon yang sesuai bagi mempertahankan kerusi DUN Bagan Pinang.

Dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir, isu pembatalan lesen guaman calon BN, Rohaizat Othman, berhubung kes pecah amanah membabitkan wang anak guamnya, telah dijadikan modal oleh PAS.

Dalam pilihanraya kecil pada 25 Ogos lalu itu, calon PAS, Mohd Salleh Man mendapat 9,618 undi untuk menewaskan Rohaizat dengan majoriti 4,551 undi. Rohaizat mendapat 5,067 undi.

Tengku Razaleigh berkata pembangkang telah memenangi tujuh pilihanraya kecil di Semenanjung Malaysia selepas pilihanraya umum tahun lalu.

“Umno bertanding dalam enam pilihanraya kecil dan kalah semuanya. Kini tidak siapa yang boleh meragui bahawa rasa tidak puashati rakyat terhadap BN yang mengakibatkannya ia kehilangan lima negeri dan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat, masih belum pulih,” tulis Tengku Razaleigh dalam blognya.

Menurutnya, punca rasa tidak puashati rakyat terhadap BN itu adalah persepsi bahawa mereka yang memegang kuasa adalah angkuh dan korup.

Malah, katanya, pemilihan calon yang dibatalkan lesen guamannya sebagai calon BN di Permatang Pasir serta mengenepikan bantahan terhadap pemilihannya, telah mengesahkan persepsi tersebut.

Tindakan itu, katanya, telah menghantar mesej bahawa kedudukan Umno adalah tinggi daripada standard kesusilaan biasa.

“Kini seorang pemimpin muda Umno dipetik sebagai berkata bahawa satu-satu kriteria pemilihan calon ialah mereka boleh menang,” katanya sambil menyifatkannya sebagai satu pemikiran jangka pendek yang meletakkan Umno dan BN di tempat yang salah, sedangkan rakyat menuntut akuantabiliti dan ketelusan.

Oleh itu, Tengku Razaleigh mengingatkan kepimpinan Umno supaya mengambil iktibar isyarat daripada pengundi Permatang Pasir - dan dalam semua pilihanraya kecil sejak 8 Mac - dan lebih berhati-hati dalam memilih calon bagi pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.

Katanya, jika Umno terus memilih calon-calon yang tercemar rekodnya, maka rakyat mungkin akan membuat kesimpulan bahawa lebih baik bagi negara, jika Umno kalah.

Pilihan raya kecil kawasan itu akan diadakan pada 11 Oktober dan penamaan calon pada 3 Oktober. Ia diadakan berikutan kematian Azman Mohammad Noor dari BN pada 4 September akibat jangkitan dalam darah.

Sehingga ini dilaporkan Umno bahagian Teluk Kemang mahukan ketuanya, Tan Sri Isa Samad dipilih sebagai bagi pilihan raya kecil tersebut.

Bagaimanapun, mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, Isa tidak sepatutnya dipilih bertanding di situ.

Bekas perdana menteri itu berkata imej Umno akan terjejas kerana dianggap tidak serius dalam memerangi politik wang sekiranya masih meletakkan mereka yang sudah didapati bersalah dalam rasuah politik sebagai calon.

Isa digantung selama tiga tahun sejak 24 Jun 2005 kerana rasuah politik ketika pemilihan Umno 2004. Pada mulanya, dia digantung selama enam tahun atau dua penggal tetapi dikurangkan selepas beliau membuat rayuan.-Malaysiakini.com

Thursday, September 17, 2009

Lambaian Aidilfitri-4

Amalan Dalam Menyambut Hari Raya Eidul Fitri.
Ramadhan Al-Kareem kini telah hampir tiba ke penghujungnya. Sebahagian besar umat Islam di Malaysia pada ketika ini sedang sibuk bersiap sedia membuat persiapan dan persediaan untuk menyambut hari kemenangan ini. Pulang ke kampung halaman,membeli-belah di pasaraya,membuat juadah(biskut,kueh,kek,dan sebagainya) untuk dihidangkan ke tetamu yang bakal hadir pada hari raya nanti, mengacau dodol,dan membeli barangan mentah di pasar-pasar tani FAMA. Di samping itu ada juga sebilangan yang lain yang sedar dan menghayati promosi tawaran mega yang diberikan oleh Allah s.w.t di bulan Ramadhan,mereka berasa sedih dan hiba dengan pemergiaan bulan ini dan bermuhasabah sejauhmana pencapaian mereka,adakah layak untuk dianugerahkan Pingat Takwa(PT)dari Allah s.w.t? serta bersuakah lagi mereka dengan Ramadhan pada masa akan datang.Wallahual'am.Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Sebaliknya,mereka yang mengamalkan sikap acuh tidak acuh dan tidak mengambil kisah tentang kelebihan Ramadhan, pasti berasa gembira dan berpesta dengan pemergian bulan ini. Lebih bertambah malang,hiburan yang bertentangan dengan ruh dan syariat Islam menjadi pilihan utama. Seolah-olah gambaran ini memberitahu bahawa mereka mendapat natijah "gagal" selepas mengharungi pengajian selama lebih kurang 29 atau 30 hari di Institus Pengajian Tinggi Ramadhan(IPTR).Tiba-tiba datang pula soalan: Adakah pada hari raya tak boleh bersuka ria dan berhibur? Jawapannya: bergembira di Syawal tidak ditegah, malah Rasulullah s.a.w sendiri membenarkan umat islam bergembira di Syawal, dengan syarat gembira itu mestilah dilaksanakan dan dizahirkan dalam bentuk yang di terima Islam.
Nabi SAW juga pernah menegur kepada Abu Bakar As-Siddiq apabila melihat Abu Bakar memarahi Aisyah r.a dan penghibur kanak-kanak yang sedang menyanyikan nasyid di rumah Rasulullah SAW dengan katanya :
دعهما يا أبا بكر فإنها أيام عيد
Ertinya : "Biarkan ia ( wahai Abu Bakar) kerana ini adalah hari raya" ( Riwayat Al-Bukhari)
Mukmin sebenar akan merasa gembira kerana berterima kasih kepada Allah s.w.t atas kurniaan kesempatan dan peluang untuk mereka mendapat keampunan di bulan Ramadhan.
Sudah tentu mukmin ini merasa puas dengan usahanya yang berganda, walaupun penerimaannya adalah terpulang kepada Allah SWT semata. Ia bertepatan dengan Hadith Nabi SAW :
من سَرَّتْهُ حَسَنَتُهُ وَسَاءَتْهُ سَيِّئَتُهُ فذلك الْمُؤْمِنُ
Ertinya "Sesiapa yang merasa gembira apabila ia melakukan amal baik dan merasa buruk dengan perlakuan dosanya, itulah ciri Mukmin sejati " (Riwayat At-Tirmizi, no 2165, 4/465 ; Tirmizi : Hasan Sohih ; Al-Haithami : perawinya sohih , rujuk Majma Az-Zawaid, 1/86 )
Selain mengenangkan usaha berganda yang telah dilakukan sewaktu Ramadhan, bergembira juga atas kejayaan membina ‘benteng kukuh' dari godaan Syaitan, bukankah Nabi SAW telah menyebut bahawa "Puasa itu benteng" (Riwayat Al-Bukhari).
Jadi apa yang perlu lakukan pada hari mulia?
Antara amalan yang perlu dan digalakkan pada tersebut:-
1.Syukur(Bertahmid)
Memperbanyakkan mengucap dan menglahirkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Allah kerana diberi kesempatan dan peluang bertemu dengan bulan Ramadhan pada kali ini dan berupaya menamatkannya serta berdoa dan berharap agar Allah mempertemukan kita dengan bulan ini pada tahun yang akan datang.
2.Memperbanyakkan takbir, mengurangkan menonton tv,dan meninggalkan main mercun dan meriam.
Seharusnya takbir diberi keutamaan apabila memasuki malam raya,baik di mana-mana sekalipun di jalanraya, rumah,masjid,dan pasar dengan suara bernada tinggi dan nyaring.Ini adalah penting bagi syiar Islam selain kalimah Takbir yang dibenci oleh Syaitan. Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya Idul Fitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya. Agenda menonton tv dengan rancangan yang pelbagai sebaiknya harap dapat diminimumkan dan permainan mercun dan meriam ditinggalkan,malang tidak berbau,jangan nasib malang menjengah anda,ketika orang lain berhari raya di rumah dengan riang,sebaliknya anda terpaksa beraya di hospital dengan penuh duka dan hiba.
Firman Allah s.w.t: "Allah mengkehendaki kamu beroleh kemudahan dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran, dan supaya kamu cukupkan bilangan puasa Ramadhan dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan suapaya kamu bersyukur"(Surah Al-Baqarah ayat 186).
Pada pagi 1 Syawal...
3.Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat idil fitri .
Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr berkata : "Tiga perkara sunnah di hari raya iaitu antaranya : mandi sunat sebelum keluar solat hari raya".
4.Menjamah makanan sebelum keluar.
Ia berdasarkan hadith dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebut : "Nabi SAW tidak keluar di pagi hari raya idil fitri sehinggalah Nabi SAW menjamah beberapa biji kurma..."
5.Memakai pakaian terbaik yang ada ;
Walaupun demikian, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan.
Tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal(kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang di haramkan di dalam Islam).
6. Pergi ke masjid mendirikan solat hari raya.
Amalan ini perlu diambil perhatian khusus,usaha diremehkannya sama sekali. Jangan mudah alpa,lupa,dan mencari alasan yang tak maksud akal untuk mengecualikan diri.
7.Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi) ;
Ia berdasarkan hadith dari Jabir r.a yang menyebut bahawa Nabi SAW biasanya menukar atau berbeza jalan pergi dan pulang apabila di hari raya" (Riwayat Al-Bukhari).
8.Berziarah dan merapatkan hubungan baik sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi.
Ambillah masa ini untuk menjalinkan semula hubungan keluargaan yang mungkin telah terputus sejak sekian lama,ambil peluang ini untuk mempereratkan dan mengkukuh hubungan silaturahim dan ukhuwah Islamiyyah telah lama terjalin,yang jauh kita dekat,yang dekat kita mesrakan,yang mesrakan kita serasi dan perkuatkan agar ikat ini tidak rungkai buat selamanya. Selain itu,adab ziarah perlu diberi penekanan,jangan dilakukan amalan ziarah pada waktu yang tidak sesuai(awal pagi,saat tuan rumah dan keluarga sedang beristirehat,dan waktu lewat malam),memberi salam firman Allah:يآايها الذين آمنوا لا تدخلوا بيوتا غير بيوتكم حتى تستانيسوا وتسلموا على أهلها".
9. Bermaaf-maafan antara satu sama lain.
Setipa insan tidak dapat lari dari melakukan kesalahan dan kesilapan.Hari ini boleh digunakan untuk bermaafan,andai sebelum ini terasa berat dan tidak berkesempatan. Buang dan campakanlah ego dan dendam kesumat yang lalu,usah nanti di sana(akhirat)kita akan dipersoalkan.
10.Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain ;
Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah "Taqabbala Allahu minna wa minkum" ertinya : Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu".
Disebut dalam sebuah riwayat :
قال واثلة لقيت رسول الله يوم عيد فقلت تقبل الله منا ومنك قال نعم تقبل الله منا ومنك
Ertinya : Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah s.a.w pada hari raya dan aku katakan pada baginda "taqabballahu minna wa minka", baginda menjawab : Ya, taqabballahu minna wa minka" ( Al-Baihaqi, rujuk perbincangan di Fath Al-Bari, 2/446 )
11.Memberi duit raya.
Amalan ini sangat baik dan satu kesempatan untuk kita menderma dan memberi kepada yang memerlukan dan bernasib kurang baik. Firman Allah s.w.t: ayat 261 dan 254 Al-Baqarah. Cuma terdapat kelompongan yang perlu ditambah baikkan iaitu didik kepada kanak-kanak tentang pemberian duit raya ini bukanlah sesuatu yang wajib pada sesebuah rumah yang diziarahi,tetapi mencapai matlamat ziarah yang lebih utama. Menerima dengan bersyukur atas pemberian duit raya oleh tuan rumah,pertikai dan merungut jangan ditimbulkan.
12. Rumah terbuka.
Harus dilakukan kepada yang berkemampuan. Penyertaan niat yang baik dan betul akan membuahkan pahala dari ilahi.

Kesalahan Di Hari Raya
KESILAPAN DI HARI RAYA
Dalam pada masa yang sama, secara amat ringkas saya sertakan beberapa kesilapan kesilapan kerap di musim perayaan :-
1) Sentuhan ; Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita secara meluas ketika berziarah rumah jiran dan rakan. Walaupun terdapat perbezaan pendapat para ulama dalam bab ini. Ia lebih baik dijauhi terutama apabila melibatkan pemuda dan pemudi.
2) Aurat & Ipar ; Ipar duai yang tidak menjaga aurat di antara satu sama lain ketika berada di dalam rumah. Seperti adik ipar perempuan tidak menutup aurat di rumah sedangkan abang iparnya berada di rumah. Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat, sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah.
3) Wangian Wanita ; Kaum wanita memakai wangian dan solekan ala artis di musim perayaan lalu keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram.
4) Pakaian Wanita ; Pakaian yang mendedahkan susuk tubuh dengan sempit dan nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai.
5) Kubur ; Berkumpul beramai-ramai di kubur hingga duduk di atas kubur orang lain dengan alasan untuk membaca Yasin yang agak panjang dan meletihkan jika berdiri. Larangan ini disebut jelas di dalam mazhab Syafie sebagai dihurai oleh Imam Khatib As-Syarbini, malah bersandar kepadanya juga dilarang ( Mughni Al-Muhtaj, 1/354 ; Minhaj at-Tolibin)
6) Meninggalkan solat ; kerana terlalu sibuk beraya di sana sini.

7) Dosa Bertempoh ; Kembali melakukan dosa yang ditinggalkan di bulan Ramadhan. Malah memang sebahagiannya diniatkan untuk disambung selepas Ramadhan. Sebagai contoh, ada yang menangguhkan pergaduhan di Ramadhan, maka syawal bolehlah bergaduh kembali. Syawal dijadikan tempat lambakan maksiat berdating, bersyahwat melalui telefon dan 'chat', berjalan jauh berdua-duaan dengan teman wanita dan lain-lain. Hancurlah seluruh kebaikan yang baru hendak sebati dengan hati, sudah dibuangnya jauh-jauh

Wallahual'am.Semoga perkongsian yang tidak seberapa ini memberi manfaat...... Assalamualaikum......Selamat Hari Raya Eidul Fitri Minal Aidil Wal Faizin Al-Maqbullin Wa Antum Bil Khair..Taqabballahu Minna Wa Minka,Sekian,Wassalam.
http://akubukanyangterbaik.blogspot.com

Ha..Dengar Kata Pakar Undang-Undang Syariah..ni

http://akubukanyangterbaik.blogspot.com
Hukuman sebat Kartika bukan bersifat penderaan

Kebebasan hak individu perlu ditafsir ikut kehendak Islam, bukan pandangan Barat

MODEL sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno yang reda dengan hukuman sebat yang dijatuhkan terhadapnya disifatkan sebagai wanita Islam yang mematuhi perintah Allah.

Ketua Jabatan Undang-Undang Islam, Kuliah Undang-Undang Ahmad Ibrahim (Aikol) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Penolong Profesor Dr Badruddin Ibrahim, berkata dalam Islam, minum arak kesalahan yang tidak boleh dipertikaikan dan hukuman sebat terhadap pesalahnya tidak boleh dipersoalkan.

Beliau berkata, setiap pihak juga mesti menghormati keputusan Mahkamah Syariah kerana institusi itu bebas daripada campur tangan.

"Keputusan mahkamah berhubung kes sebat adalah mengikut undang-undang dan tidak boleh dipertikaikan.

"Jika ada yang mempertikaikan keputusan itu, mereka perlu didakwa atas tuduhan menghina mahkamah," katanya pada sidang media mengenai pelaksanaan hukuman sebat syariah terhadap peminum arak di Malaysia, di Kuala Lumpur, semalam.

Kartika, 32, didenda RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan Julai lalu selepas mengaku bersalah minum arak di sebuah hotel di Cherating pada Julai tahun lalu.

Dia juga dihukum sebat tidak melebihi enam kali tetapi hukuman itu ditangguhkan bagi menghormati bulan puasa. Pelaksanaan hukum sebat terhadapnya menimbulkan polemik.

Semalam, beliau mengeluarkan kenyataan reda dengan hukuman sebat terhadapnya dan memohon ia dilaksanakan secepat mungkin.

Dr Badruddin berkata, pelaksanaan hukuman sebat tidak bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan bukan diskriminasi terhadap wanita.

Katanya, hukuman sebat mengikut undang-undang Islam terpakai tanpa mengira jantina dan bersifat kemanusiaan kerana mengambil kira keadaan pesalah dan faktor lain yang boleh memberikan kemudaratan kepada pesalah.

"Hukuman sebat ini bukan satu bentuk penderaan atau kejam, tidak berperikemanusiaan atau menghinakan.

"Ia juga tidak bertentangan dengan Konvensyen Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita yang dianggotai Malaysia atau mana-mana konvensyen yang tidak mengikat Malaysia antaranya seperti Perisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia 1984, Waad Antarabangsa Hak-Hak Sivil dan Politik 1966 dan Konvensyen Terhadap Penderaan atau Layanan atau hukuman lain yang kejam, tidak berperikemanusiaan atau menghina," katanya.

Mengenai tanggapan pendukung hak asasi manusia hukuman sebat melanggar kebebasan individu, Dr Badruddin menjelaskan menurut Islam, hak asasi manusia perlu ditafsirkan mengikut kehendak Islam.

Beliau berkata, hak individu perlu diseimbangkan dengan hak masyarakat yang inginkan keselamatan serta kesejahteraan.

Kenyataan itu disokong Dr Mohd Hisham Mohd Kamal, seorang lagi pensyarah di Aikol yang berkata, hak asasi dalam Islam termaktub dalam al-Quran dan ia dilaksanakan sejak zaman Nabi Muhammad SAW.

"Kenapa kita tidak pandang apa yang Baginda buat tetapi mengagungkan hak asasi manusia yang dicipta Barat," soalnya.

Dr Shamrahayu Abdul Aziz, yang juga pensyarah di Aikol berkata, pihak yang memainkan isu hak asasi manusia dalam kes Kartika ialah orang yang tidak memahami Islam atau mendalami undang-undang Islam.

"Kalau seseorang itu bukan Islam atau tidak memahami undang-undang Islam, jangan komen pasal Islam, jangan bincang, baik tutup mulut.

"Soal agama bersangkut paut dengan keimanan dan apabila orang luar (bukan Islam) bercakap soal keimanan kita, takkan kita nak duduk diam," katanya.

Mengenai kaedah sebatan, Dr Badruddin berkata, cara menurut Islam dan juga Enakmen Tatacara Jenayah Syariah adalah berbeza dengan kaedah sebatan yang dilaksanakan di Mahkamah Sivil.

"Kaedah sebatan secara Islam dilaksanakan oleh tukang sebat dengan menggunakan alat sebatan serta kekuatan sederhana tanpa mengangkat tangan si penyebat melebihi kepalanya.

"Pesalah juga dikenakan pakaian yang sempurna dan sebatan yang dilaksanakan tidak akan melukakan kulit pesalah," katanya. Bernama.(Berita Harian,17 September 2009)

Ulasan: Assalamualaikum...........
Tahniah saya ucapkan kepada ahli akademik(pakar uu syariah) kerana berani bersuara menyatakan pandangan dalam isu yang menimbulkan polemik. Semua pihak mahu mengeluarkan kenyataan hatta yang jahil,golongan yang berjuang kononnya atas nama hak asasi manusia,orang-orang perseorangan,dan pemimpin atasan yang dangkal pengetahuan agamanya. Sebahagian besarnya lebih banyak mengarut dan saya sangat bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Dr Shamrahayu Abdul Aziz:
"Kalau seseorang itu bukan Islam atau tidak memahami undang-undang Islam, jangan komen pasal Islam, jangan bincang, baik tutup mulut.
"Soal agama bersangkut paut dengan keimanan dan apabila orang luar (bukan Islam) bercakap soal keimanan kita, takkan kita nak duduk diam," katanya.
Ringkasnya,orang yang bukan ahli dalam hal ini sebaik-baiknya mengunci terus mulutnya. Jangan sesekali memberi komen dan membincang hal tersebut dan pihak wartawan pula rujuklah dan pohon komen dan pendapat daripada orang yang ahli dalam sesuatu bidang tersebut dan usaha tangkap muat memilih orang dalam sesuatu isu. Tambahan lagi,dalam isu agama,perintah Allah s.w.t dalam ayat 43 Surah An-Nahl:
وما أرسلنا من قبلك الا رجالا نوحى اليهم فسئلوا أهل الذكر ان كنتم لا تعلمون
Maksudnya: "Dan tiadalah Kami mengutus rasul-rasul sebelummu(wahai Muhammad) melainkan dari kalangan orang-orang lelaki,yang kami wahikan kepada mereka. Oleh itu, bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui".
Ayat ini menjadi dalil bahawa orang-orang Islam yang tidak mengetahui sesuatu masalah agama hendaklah bertanya kepada alim ulama dan ahli pengetahuan.
(Rujuk no.542,muka surat 641,Tafsir Pimpinan Al-Rahman Kepada Pengertian(Rumi)JPM).
Kedua,saya sependapat dengan kenyataan Dr Badrudin Ibrahim bahawa jika ada golongan yang mempertikai keputusan itu, mereka perlu didakwa atas tuduhan menghina mahkamah. Harap pihak Bahagian Pendakwaan JAWI ambil perhatian saranan ini kerana seingat saya banyak juga pihak yang berkelakuan sedemikian dan lebih tak malu lagi sanggup hendak mencampuri bidangkuasa Badan Kehakiman yang patutnya bebas dari belenggu Badan Eksekutif dan pihak2 yang lain. Ketiga,bagi jaguh perjuang hak asasi manusia(Barat),
malulah sikit,kamu baru setahun jagung berjuangkan hal ini,dah kecoh, heboh,dan gempar negara dibuatnya ibarat ayam telur sebiji riuh sekampung.Ini nak beritahu Islam sejak 1430H telah ada acuan hak asasi manusia sendiri yang lebih baik berbanding acuan kamu yang hanya bercap ayam(Barat). Hayatilah firman Allah ini molek2:
صبغة الله ومن أحسن من الله صبغة ونحن له عبدون
Maksudnya:"Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: Agama Islam yang kami telah sebati dengannya ialah celupan Allah(yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam)dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah?(Kami tetap percayakan Allah)dan kepadaNya kami beribadat"(Surah Al-Baqarah ayat 138).
Sekian,wassalam.Wallahual'am.

Syariah Dan Undang-Undang

Dua dihukum sebat kerana cuba lakukan persetubuhan haram
17/09/2009 1:27pm

SHAH ALAM 17 Sept. – Selepas kes Kartika Sari Dewi Shukarnor hampir reda, seorang lagi wanita dan pasangannya dikenakan hukuman sebatan enam kali dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini selepas mengaku bersalah cuba melakukan persetubuhan haram pada Mei lalu.

Mereka yang merupakan kerani akaun dan kerani di syarikat swasta adalah individu pertama yang disebat mengikut peruntukan di bawah Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995.

Hakim Syarie Mohammad Khalid Shaee@Shai hari ini bagaimanapun membenarkan hukuman sebat itu ditangguhkan sehingga rayuan terhadap hukuman tersebut selesai. - Utusan.

Wednesday, September 16, 2009

Lambaian Aidilfitri-3








Lambaian Aidilfitri-2


Cara-Cara Mendirikan Solat Sunat Eidul Fitri.
Solat ini mempunyai dua rakaat. Ia dimulakan dengan takbiratul Ihram kemudian membaca doa iftitah dan bertakbir sebanyak 7 kali dalam keadaan mengangkat kedua tangan hingga bersetentangan dua bahunya seperti mana takbiratul ihram. Ketujuh-tujuh takbir ini diselangi satu sama lain dengan satu bacaan tasbih yang disunatkan:
سبحان الله والحمد لله ولا اله الا الله والله أكبر
Maksudnya: "Maha suci Allah,segala pujian bagiNya,tidak ada tuhan selain Allah dan Allah Yang Maha Besar".
Kemudian membaca istiazah dan membaca Fatihah serta dibaca bersamanya satu surah atau beberapa ayat. Apabila memasuki rakaat kedua hendaklah bertakbir sebanyak 5 kali tidak termasuk takbir yang dilafaz ketika bangun sebelum memulakan bacaan. Seperti sebelumnya takbir ini dipisahkan antara satu sama lain dan membaca lafaz tasbih yang telah disebut di atas.
Peringatan semua takbir ini adalah sunat jika terlupa adalah tidak mengapa dan tidak perlu diulangi semula serta tidak menjejaskan sahnya solat.
Ijmak ulama pada perkara ini. Amru Bin Auf Al-Muzri r.a meriwayatkan:
"Nabi s.a.w telah bertakbir ketika solat kedua-dua hari raya pada rakaat pertama sebanyak 7 kali sebelum bacaan Al-Fatihah dan rakaat kedua sebanyak 5 kali sebelum bacaan Al-Fatihah"(Hadith Riwayat Imam At-Tirmidzi)
Kata Imam At-Tirmidzi: "Hadith yang aku nukilan ini merupakan hadith Rasulullah yang paling baik dalam bab ini" Wallahual'am.
Tempat Sembahyang Hari Raya
1.Boleh didirikan di masjid atau padang(padang yang luas). Tempat yang paling afdhal ialah tempat yang paling banyak dan mampu memuatkan semua orang yang solat.
2.Jika keduanya sama(boleh berbuat demikian) maka masjid lebih afdhal kerana kemuliaannya lebih daripada tempat yang lain. Seseorang yang melakukan ibadat solat di dalam masjid,dia bukan sahaja mendapat pahala beribadat bahkan juga pahala iktikaf di dalamnya.
3.Mengenai Nabi s.a.w sembahyang di padang pasir,ia disebabkan sempitnya masjid untuk menampung orang ramai ketika itu. Ini disebabkan sebagaimana yang telah dimaklumi sembahyang hari raya ini dituntut ke atas semua golongan lelaki, perempuan, dan semua orang Mukallaf.
4. Andai masjid itu luas dan mampu menampung jemaah yang ramai dalam keadaan selesa dan tenang maka ketika itu tidak ada lagi makna pada kelebihan solat di padang(kawasan yang luas)
Persoalan ini satu ketika dahulu pernah dibangkitkan oleh mantan Mufti Kerajaan Negeri Perlis,Dr Asri Zainal Abidin yang ada mencadangkan solat hari raya dilakukan di kawasan luas(padang). Pendapat ini disokong oleh Raja Muda Perlis,Tuanku Syed Faizuddin(anak kepada Tuanku Syed Sirajuddin),kerana ia adalah sunnah Nabi Muhammad s.a.w.
Selesai sahaja solat,ia akan disusuli dengan dua khutbah sunat hari raya. Secara ringkas:
1.Dilakukan selepas solat,berlawanan dengan khutbah Hari Jumaat yang dilakukan sebelum solat didirikan.
Dalil 1: Hadith Bukhari(920) dan Muslim(888) dari Ibnu Umar r.a:
"Nabi Muhammad s.a.w, Abu Bakar, dan Umar r.a solat sunat hari raya sebelum berkhutbah"
Dalil 2: Hadith Bukhari(932) dari Ibnu Abbas r.a:
"Aku telah keluar bersama Nabi Muhammad s.a.w pada hari raya puasa dan hari raya haji lalu Baginda sembahyang kemudian berkhutbah".
Dua dalil ini membuktikan bahawa khutbah hari raya dilakukan selepas bersolat.
2. Semua rukun dan sunat khutbah ini serupa sepert khutbah hari Jumaat.
3.Khatib perlu memulakan khutbah pertama dengan 9 kali takbir dan khutbah kedua dengan 7 kali takbir.Hadith: " menurut sunnah khutbah dibuka dengan 9 kali takbir berturut-turut dan khutbah kedua dengan 7 kali takbir berturut-turut".(Hadith Riwayat Al-Baihaqi daripada Ubaidillah Bin Abdullah Bin Utbah).

Catatan-1

Assalamualaikum..............
Alhamdulillah,sebentar tadi lebih kurang jam 1.30 petang,saya berkesempatan menunaikan solat Zohor secara berjemaah di Masjid Al-Alami MITC,Ayer Keroh,Melaka. Selesai sahaja melaksanakan perintah Allah tersebut.Imam masjid tersebut yang juga,abang senior sekolah menengah agama saya,telah membuat satu pengumuman kutipan derma untuk membantu saudara baru(orang baru memeluk agama Islam).Ramai jemaah yang tidak melepaskan peluang ini dan bermurah hati menghulurkan sedekah dan tidak terkecuali diri saya turut memberi sekadar yang mampu. Sumbangan yang diberikan secara tidak langsung dapat membantu meringankan beban saudara baru ini. Individu ini baru sahaja memeluk agama Islam.
Dalam saat itu,saya berfikir sejenak tentang tiga perkara seperti berikut:
1. Ganjaran yang Allah janjikan kepada hambanNya yang bersedekah dan menginfakkan harta di jalan Allah s.w.t. Pernyataan di dalam ayat Al-Quran:
"Bandingan(derma)orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya,dan Allah Maha Luas(rahmat)kurniaNya lagi meliputi ilmu pengetahuanNya"(Surah Al-Baqarah ayat 261).
Ringkasnya,Derma1- bercambah 7- bercambah 100-dan bercambah banyak-banyak lagi berlipat ganda dari Allah yang tidak terhingga dan hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Wallahual'am.
2. Individu ini(saudara baru)ini tergolongan dalam asnaf zakat yang diperihalkan Allah s.w.t pada ayat 60 Surah At-Taubah:
"orang-orang(muallaf yang dijinakkan hatinya".
3.Takrif saudara baru.
Saya merasakan takrif bagi istilah saudara baru ini perlu difahami dalam konteks yang lebih luas,bukan sepertimana yang kita maklum sebelum ini golongan saudara baru ialah individu yang diberi hidayah oleh Allah untuk memeluk agama Islam. Pada pandangan saya,dengan ilmu yang terbatas ini(lebih banyak yang belum diketahui daripada sedikit yang diketahui),mereka yang memang dilahirkan sebagai seorang Islam tetapi tidak mengetahui perihal agamanya dan jauh sekali untuk beramal sebagai seorang Islam dan mukmin yang sejati.Namun begitu,dalam satu tempoh yang tertentu Allah Yang Maha Mengasihi telah memberi hidayah(petunjuk) kepada hambaNya untuk kembali ke pangkal jalan dan mengenali serta beramal dengan ajaran Islam........
Sekian,wassalam.Wallahual'am.

Terbaru: H1N1

H1N1: Dua lagi kematian dilaporkan
Oleh Wan Hazmir Bakar

KUALA LUMPUR; Dua kematian akibat Influenza A (H1N1) disahkan sehingga jam 9 pagi tadi, menjadikan angka korban di seluruh negara sebanyak 76 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata kematian terbaru itu membabitkan wanita berusia 45 tahun di Sabah dan remaja perempuan berusia 19 tahun dari Bentong, Pahang.

Dr Mohd Ismail berkata, pada hari ini sejumlah 156 pesakit baru dengan gejala penyakit seakan influenza telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan pada masa sama sejumlah 189 kes telah dibenar keluar.

"Ini menjadikan baki kes ILI yang sedang dirawat di 98 buah hospital termasuk 11 hospital swasta di seluruh negara adalah seramai 881 orang. Daripada jumlah pesakit yang dirawat, 141 pesakit (19%) telah disahkan positif H1N1," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, 37(26%) kes sedang dirawat di ICU dimana 4 kes merupakan kemasukan baru, sementara 4 lagi kes telah keluar dari ICU.

Daripada 37 kes yang sedang dirawat di ICU, 28(76%) kes mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (9), penyakit respiratori kronik (3), obesiti (6), kanak-kanak bawah 5 tahun (8) dan hamil (2).-Berita Harian(www.bharian.com.my)