Thursday, September 10, 2009

Ramadhan Kareem Pusingan Ketiga.. Bahagian 2

Apa itu Al-Qadr?
Al-Qadr memiliki tiga makna. Pertama iaitu menetapkan, kedua, kemuliaan dan ketiga penyempitan. Dilihat pada makna pertam iaitu menetapkan,pada malam tersebutlah Allah telah menentuka perjalanan hidup manusia melalui seruan dakwah Nabi Muhammad s.a.w ke arah yang haq(benar) dan menolak kebatilan dan itulah aturan jalan ketetapan yang ditentukan walaupun baginda terpaksa mengharungi onak dan ranjau dalam perjuangan. Kedua, malam tersebut adalah semulia malam jika diteliti berlakunya penurunan Al-Quran dan pengiktirafan Allah terhadap malam tersebut. Ketiga, berlakunya kesempitan di dunia kerana jumlah kehadiran para malaikat yang membawa rahmat dan keampunan Allah. (DrAmini Amir,Lailatu Al-Qadr Kepentingan dan Penghayatannya,m/s 3)

Dalil Sandaran Tentang Malam Al-Qadr.
Firman Allah s.w.t:

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!" (Quran, Al-Qadr 97: 1-5)

"Sesungguhnya kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat, Kami berbuat demikian kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran(jangan hamba kami ditimpa azab) (Surah Ad-Dukhaan ayat 2)

Kedua ayat di atas sebenarnya mempunyai kaitan antara satu sama lain dan ayat pertama Surah Al-Qadr berperanana untuk menafsirkan ayat kedua Surah Ad-Dukhaan. Ia menafsirkan akan perihal penurunan Al-Quran oleh Allah Yang Maha Kuasa pada malam yang berkat iaitu Malam Lailatu Qadr. Tafsir jenis dinamakan sebagai Tafsir Bi Al-Mathur. Ayat Al-Quran menafsir ayat Al-Quran yang lain. Contoh yang lain ialah maksud firman Allah s.w.t pada ayat ke-37 Surah Al-Baqarah ditafsirkan oleh ayat ke-23 Surah Al-Araaf. Kalimah-kalimah pengakuam taubat yang telah diilhamkan oleh Allah s.w.t kepada Nabi Adam a.s dan Hawa itu ialah yang tersebut dalam ayat ke-23 Surah Al-Araaf:

قالا ربنا ظلمنا أنفسنا وان لم تغفرلنا وترحمنا لنكونن من الخسرين

Maksudnya: "Ya Tuhan kami! Kami telah menganiaya diri kami sendiri oleh itu jika engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi"

(Tafsir Pimpinan Al-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran,Bahagian Hal Ehwal Islam JPM,m/s 18-19)


0 ulasan: