Ujian,dugaan,cubaan,masalah,dan musibah adalah perkara yang pasti akan singgah dalam hidup insan yang bernama manusia. Semua ini merupakan asam garam dan rencah kehidupan. Tiada orangg yan hidup tanpa menghadapi dan melalui perkara-perkara di atas. Dalam al-Quran, ada dijelaskan beberapa bentuk ujian yang mesti dilalui oleh setiap individu Muslim, sama ada ia berbentuk ujian kebuluran, ketakutan, ujian dengan sedikit sumber pemakanan, harta benda, ujian dalam kehidupan adalah untuk Allah ketahui siapakah di kalangan hamba-hamba-Nya yang paling bertakwa kepada-Nya. Firman Allah s.w.t:
ولنبلونكم بشى من الخوف والجوع ونقص من الأموال والأنفس والثمرات وبشر الصبرين الذيت اذاأصبتهم مصبة قالوا انا لله وانا اليه رجعون أولئك عليهم صلوات من ربهم ورحمة وأولئك هم المهتدون
Maksudnya:"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut(kepada musuh),dan dengan merasai kelaparan dan dengan berlakunya kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan pelbagai kebaikan dari Tuhan mereka dan rahmatNya dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya"(Surah Al-Baqarah ayat 155-157)
Apabila dilihat kepada sirah para anbiya tidak seorang pun daripada mereka yang tidak diuji oleh Allah, namun ujian yang ditimpakan ke atas mereka tidaklah sama antara seorang rasul dengan yang lain, justeru baginda ada menegaskan dalam hadisnya yang bermaksud; "Para anbiya adalah golongan yang paling dahsyat ditimpakan ujian oleh Allah, kemudian golongan yang serupa dengan mereka (para ulama)."
Berikut adalah beberapa contoh kes ujian yang menimpa manusia:
Kes 1(Kehilangan Wang)
Seorang hamba Allah,pelajar pusat pengajian tinggi tempatan telah diuji dengan kehilangan wang dalam simpanan akuannya dalam berjumlah hampir RM10000. Peristiwa ini disedari apabila beliau mendapati dompet beliau tiada di dalam poket seluar selepas mesyuarat persatuan. Seraya itu beliau mengesyaki dompet itu tertinggal di bilik asrama. Malangnya,setelah dilihat dompet itu tiada dan nyatalah bahawa dompet itu telah terjatuh atau dicuri ketika pelajar tersebut bersesak di tapak pesta konvo.
Lantaran itu,pelajar ini bergegas untuk melaporkan kepada pihak polis sambil menelefon pihak bank bagi memaklumkan sekaligus menyekat pengeluaran wang simpanan tersebut. Namun begitu,usaha itu tidak berjaya dan wang berjaya dikeluarkan dengan hanya berbaki RM9.90 sahaja.
Kes 2 (Memperoleh Keputusan Yang Kurang Baik Dalam Peperiksaan)
Seorang pelajar gigih dan bersungguh-sungguh belajar dalam mengulangkaji pembelajaran. Tiba hari peperiksaan dia cuba melakukan yang terbaik walaupun merasakan ada kertas yang payah dan susah untuk dijawab hatta membawa dia menitiskan air mata memikirkan hal ini selepas menghadapi kertas tersebut.Apabila keputusan diumumkan,pelajar ini mendapat keputusan yang tidak menepati target atau sasarannya. Timbul dalam diri dia rasa kecewa dengan natijah tersebut.
Kes 3(Masalah Rumahtangga)
Perkahwinan,perkara yang ingin dikecapi dan dinikmati oleh semua orang tetapi bukan semua perkahwinan itu menjanjikan kebahagian dan berkekalan selama-lamanya.Ibarat kata pepatah "Ku Sangkakan Cerah Hingga Ke Petang Rupanya Hujan Di Tengah Hari". Perceraian,pergaduhan,pergeleseran,perselisihan,dan sebagainya antara perkara yang akan melanda sebuah perkahwinan. Inilah jualah yang melanda seorang muslimah lulusan pengajian Islam. Beliau diperlakukan secara tidak sepatutnya oleh suami,dihalau,dipukul,dipisahkan dan dibawa lari anak kandungnya selepas dilahirkan. Semua masalah rumahtangga ini dihadapi oleh wanita ini.
Kes 4(Pecah Rumah,Anak Dipukau,dan Perkakas Elektrik Rumah Dipanah Petir).
Satu keluarga selepas menyambut Syawal yang lalu diuji Allah dengan rumah pecah masuk oleh pencuri. Ada beberapa barangan berharga dibawa lari. Setelah itu,selang beberapa hari,salah seorang ahli keluarga,keluarga ini telah dipukau. Segala barang emas seperti rantai dan anting-anting diambil si pemukau tanpa individu ini sedari. Selanjutnya,selepas itu pula perkakas elektrik rumah tersebut dipanah petir dan menyebabkan berlaku kerosakan.
Nota:Pembentangan kes ini adalah sekadar panduan dan peringatan tidak niat untuk merendahkan atau mencalarkan imej mana-mana pihak.
apa2 aja...
13 years ago
0 ulasan:
Post a Comment