Isa bidas pembangkang jadikan kes disiplinnya modal kempen
Ini kerana katanya, kes yang mengheret kepada hukuman penggantungan keahliannya selama tiga tahun hanya membabitkan kesalahan disiplin parti dan bukan jenayah.
“Saya tengok, pembangkang keluar penjara pun jadi calon. Ada dalam penjara pun boleh jadi calon. Jadi, apa masalahnya?
“Saya cuma dikenakan tindakan disiplin dan bukan jenayah. Tapi pembangkang, yang dipenjara, didakwa dan masih dalam pendakwaan pun boleh bertanding. Cita-cita besar lagi.... Takkan saya tak boleh?” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas mesyuarat UMNO Bahagian di Port Dickson Golf Country Club, di sini semalam.
Lembaga Disiplin UMNO sebelum ini menggantung keahlian Mohd Isa bermula 24 Jun 2005 sehingga 23 Jun 2008 kerana terbabit dengan amalan politik wang pada Perhimpunan Agung UMNO 2004 selepas memenangi jawatan Naib Presiden.
Mengulas mengenai kenyataan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ‘tsunami’ akan melanda DUN Bagan Pinang pada pilihan raya kecil nanti, Mohd Isa berkata: “Kita tak ada masalah, sebab kita di Port Dickson pun dah biasa dengan laut."
-Sinar Harian,11 September 2009,Jumaat.Edisi Melaka dan Negeri Sembilan.
Ulasan:
Pak cik jangan melenting,jangan takut,nampak macam betul je pak cik ini bakal calon Be End(BN) di n31 Bagan Pinang, Negeri Sembilan. Pak cik kena faham masalahnya kalau UMNO/Be End(BN),calonkan pak cik mereka,ibarat memberi bulu tangkis tanggung setengah gelanggang kepada pihak Pakatan Rakyat. Tambahan lagi,pak cik telah diputuskan bersalah terlibat dalam politik wang(menurut UMNO) rasuah(menurut Islam)oleh Jawatankuasa Disiplin UMNO semasa pemilihan UMNO yang lalu. Berbanding beberapa individu di sebelah Pakatan Rakyat yang masih dalam peringkat di dakwa dan dibicarakan,mereka ini belum disabitkan bersalah. Pak cik kena buka buku sikit eh,seseorang itu telah boleh dikatakan bersalah sehingga dapat dibuktikan dan disabitkan oleh hakim. Berkenaan ada individu dalam PR yang pernah kena penjara dan sekarang ini ada pun di antara mereka dah jadi YB. Mereka ini dianiaya dan ada satu konspiras jahat untuk menjatuhkan mereka. Nak tau tanyalah Dr M. Selain itu,pak cik kenalah tengok semula ye,buku undang-undang betul ke?rasuah ini bukan satu jenayah..habis itu apa guna Imam Hadhari bersungguh usahakan penubuhan SPRM(dulu BPR). Malahan,islam ada kata dalam satu hadith golongan pemberian dan penerima rasuah,dua-dua dalam neraka.... Rileks pak cik jangan mudah melenting dan membidas orang..nak buat bagaimana ini bukan sekadar modal tapi nak minta rakyat memilih pemimpin yang bersih dan sebenar-benar pemimpin.
0 ulasan:
Post a Comment