Sunday, September 27, 2009

Isu Kartika: Kartika Mahu Tahu Peraturan Dan Kaedah Sebatan.

Model sambilan,Kartika Sari Dewi Shukarnor,32 tahun melalui peguam syarie yang mewakilinya,Adham Jamalullail Ibrahim,memohon diberi peluang terbabit sama dalam keseluruhan prosiding mahkamah yang bakal dijalankan ke atasnya bagi mengelakkan sebarang campur tangan luar. Menurut peguam beliau,pihak mereka telah mengemukakan surat pemohonan kepada mahkamah untuk membenarkan perkara itu bagi memastikan Kartika mengetahui keseluruhan peraturan dan kaedah yang bakal digunakan.
“Keputusan ini dibuat bagi memastikan hukuman itu berjalan dengan lancar dari awal prosiding termasuk jenis rotan yang akan digunakan ketika hukuman sebat itu dilaksanakan”,katanya dalam satu siding akhbar di majlis rumah terbuka Kartika di Kampung Jawang, Sungai Siput, Perak.
Tambah beliau lagi, sebelum ini pihaknya sudah mengemukakan surat kepada Mahkamah Syariah Pahang bagi memohon laporan lengkap mengenai prosiding yang lalu pada 16 September 2009 yang lalu tetapi sehingga kini belum menerima maklum balas mengenainya. Selain itu,pihaknya masih tertanya-tanya bila tarikh sebenar hukuman sebat ini akan dijalankan kerana sehingga ke saat ini tiada surat hitam putih atau makluman tentang perkara ini diterima.
Adham juga ada memberi peringatan pada akhir sidang akhbar ini kepada parti politik agar tidak campur tangan dalam isu hukuman sebat ini dan semua pihak seharusnya menghormati keputusan Kartika untuk meneruskan hukuman sebat ini.
(Berita Harian,Jumaat 25 September 2009,halaman 3)
Ulasan: Tindakan yang diambil Kartika ini menggambarkan kesungguhan beliau dalam perkara ini. Pihak JAIP dan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pahang pula diminta segar memberi respon dan menetapkan tarikh sebenar hukuman sebat akan dilakukan. Jangan bertangguh lagi kerana takut-takut akan ada pula pihak-pihak yang ingin mencari publisiti murahan mengeluarkan kenyataan mencari salah anda lambat menjalankan hukuman.Kepada ahli-ahli politik minta cakna dengan peringatan peguam syarie Kartika usaha ada mana-mana kuasa politik yang cuba campur tangan dalam isu ini.

0 ulasan: