Monday, September 28, 2009

Perbezaan Sebat Pesalah Jenayah(Sivil) Dan Pesalah Jenayah Syariah

1. Saiz rotan
a) Pesalah Jenayah Sivil- panjang rotan tidak dinyatakan dan bergaris pusat 1.25 sentimeter(cm).
b) Pesalah Jenayah Syariah- panjang rotan 1.22 meter dan bergaris pusat 1.25 sentimeter(cm).

2. Pemeriksaan kesihatan
a) Pesalah Jenayah Sivil-pemeriksaan kesihatan dilakukan mana-mana pegawai perubatan.
b) Pesalah Jenayah Syariah-pemeriksaan dilakukan oleh pegawai perubatan yang beragama Islam.

3. Pelaksanaan Hukuman
a) Pesalah Jenayah Sivil-hukuman dilaksanakan oleh mana-mana pegawai sebat rotan yang dilantik oleh Jabatan Penjara Malaysia.
b) Pesalah Jenayah Syariah- sebatan dilakukan oleh pegawai sebat yang beragama Islam.

4. Bahagian Anggota Yang Disebat
a) Pesalah Jenayah Sivil-pukulan sebat hendaklah di bahagian punggung
b) Pesalah Jenayah Syariah-pukulan sebat di mana-mana bahagian tubuh kecuali muka,kepala, perut,dada, atau bahagian-bahagian sulit.

5. Cara Sebatan
a) Pesalah Jenayah Sivil-rotan diangkat setinggi mungkin dan dilibas ke punggung pesalah dan ditarik.
b) Pesalah Jenayah Syariah-pegawai sebat tidak boleh mengangkat rotan sehingga ke paras kepalanya dan pukulan hendaklah dibuat secara sederhana supaya tidak melukakan kulitnya. Rotan yang menyebat pesalah tidak boleh ditarik sebalilknya diangkat setelah sebatan dilakukan.

6. Kedudukan Dan Pakaian Semasa Disebat
a) Pesalah Jenayah Sivil-tidak memakai pakaian dan hanya ditutup di bahagian sulit sahaja dan diikat di tripod.
b) Pesalah Jenayah Syariah-bagi lelaki hendaklah berdiri dan perempuan hendaklah duduk di atas kerusi yang tidak ada penyandar dan dikehendaki memakai pakaian yang nipis yang menutup aurat mengikut hukum syarak.

7. Baki Hukuman Sebatan Yang Dihentikan
a) Pesalah Jenayah Sivil-jika sebahagian atau keseluruhan hukuman sebat tidak dapat dilaksanakan atas sebab-sebab kesihatan maka ia akan dirujuk ke mahkamah.
b) Pesalah Jenyah Syariah-boleh ditangguhkan sehingga pegawai perubatan memperakui bahawa pesalah itu sihat tubuhnya untuk menjalani baki hukuman itu.

8. Orang Yang Boleh Disebat
a) Pesalah Jenayah Sivil-perempuan tidak boleh dikenakan hukuman sebatan.
b) Pesalah Jenayah Syariah-perempuan boleh dikenakan hukuman sebatan.

9. Saksi
a) Pesalah Jenayah Sivil- tiada diperlukan saksi apabila pelaksanaan hukuman sebat dilaksanakan.
b) Pesalah Jenayah Syariah-hendaklah sekurang-kurangnya empat orang lelaki Islam.

0 ulasan: