SHAH ALAM – Pakar ekonomi Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Amir Baharuddin menyifatkan pelaburan dalam Pasukan F1 1Malaysia bagi menyertai perlumbaan Formula Satu mulai tahun depan sebagai kerugian.
Beliau berkata, lebih baik wang pelaburan itu disalurkan kepada penyelidikan dan pembangunan industri permotoran negara yang masih belum mampu bersaing dengan kehebatan kereta luar.
“Adakah dengan menyertai F1, industri kereta nasional negara akan dapat dibangunkan? Bukan mahu merendahkan kereta jenama sendiri tetapi lihatlah sendiri senario Proton sekarang. Jangan hanya melihat keuntungan saja kerana ia tidak akan membuahkan hasil. Percaturan yang dibuat ini hanya membazir," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Baru-baru ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan Pasukan F1 1Malaysia yang merupakan usaha sama kerajaan dan swasta bagi menyertai perlumbaan Formula Satu mulai tahun depan.
Amir berkata, untuk menyertai sukan gah seperti F1 memerlukan bajet yang tinggi dan jentera yang yang bagus tetapi malangnya negara masih ketandusan pemandu yang cekap.
“Kita masih belum ada pemandu-pemandu yang cekap. Takkan hanya nak berharap kepada Alex Yong dan Fairuz Fauzy. Kita perlu kaji sedalam-dalamnya mengenai perkara ini. Ini persaingan peringkat antarabangsa, jadi modal perlu banyak dan juga kita perlukan pemandu yang cekap,” katanya.
Menurutnya, adalah lebih baik Malaysia meneruskan tradisi sebagai penganjur pertandingan kerana ia akan dapat membantu sektor pelancongan selain dapat menambah pendapatan negara daripada segi penyertaan.-Sinar Harian
apa2 aja...
13 years ago
0 ulasan:
Post a Comment