Wednesday, November 11, 2009

SHEIKH HAJI AHMAD BIN SHEIKH MOHD SAID - MUFTI PERTAMA

MUFTI PERTAMA KERAJAAN NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Pemilihan Tuan Sheikh Haji Ahmad bin Haji Mohd Said sebagai Mufti Kerajaan Negeri Sembilan bukanlah atas permohonan beliau seperti yang lazim dilakukan sekarang ini. Jawatan ini di tawarkan oleh Menteri Besar yang pertama iaitu Dato' Haji Abdul Malik bin Yusuf (1948 – 1950). Jawatan yang di tawarkan kepada beliau juga telah dipersetujui oleh para ulama' di Negeri Sembilan, dalam satu persidangan. Pada peringkat permulaan tawaran ini ditolaknya, tetapi atas desakan yang kuat dari pembesar dan ulama' di Negeri Sembilan ini beliau merestui memegang jawatan ini dan merasakan rakyat Negeri Sembilan khasnya amnya memerlukan beliau dalam memimpin mereka ke arah jalan yang diredhai Allah.

Tuan Sheikh Haji Ahmad seorang yang berfikiran terbuka tetapi terkenal dengan sifat tegasnya. Beliau tidak mudah diperalatkan oleh pihak pemerintah (sama ada dari kerajaan Pusat ataupun dari kerajaan pihak pemerintah Inggeris). Ini jelas membuktikan karisma beliau sebagai seorang pemimpin yang berupaya menghadapi tentangan zaman dan sentiasa dihormati.

Di samping terkenal dengan ketegasannya dalam perkara yang jelas bertentangan dengan kehendak syari‘at, beliau juga terkenal dengan kecekapan dalam menjalankan tugas. Selaras dengan tugasnya sebagai Mufti. Beliau sentiasa menjadi tumpuan dan tempat rujukan dalam menyelesaikan permasalahan masyarakat setempat.

Karya-Karya Tuan Sheikh Haji Ahmad

• Penjelasan Di sekitar Hukum Pungutan Zakat Fitrah Bagi Kerajaan Negeri Sembilan . (dikeluarkan oleh Jawatankuasa Syari‘ah Bahagian Siaran. Jabatan Agama Negeri Sembilan pada tahun 1960 bersamaan 1379H)

• Pengertian Kepada Tariqat Ahmadiyyah , (suntingan dan ubahsuai bahasa oleh Mahmud Hj. Ahmad)

• Risalah “al-Qawa‘id Li Samad al “Ariffin wal Qutub al Muhaqqiqin” (diterbitkan semula oleh Abdul Halim Haji Ahmad pada 25 April 1982 bersamaan 1 Rejab 1402H)

• Ta‘lik Di atas Faedah Pada Menyelitkan Kaifiyyat Terawikh Sepuluh Raka‘at (dikarang pada tahun 1305H)

• Safinah al-Salamah Ahwal al-Dunya wa Al-Barzakh wa al-Qiamah.

• Kanzu al-Mu‘id Fi Manaqib al-‘Arif Billah (dicetak oleh Maktabah al-Ahmadiyyah, Singapura pada tahun 1952.

• Perbahasan Berzikir Akan Allah Dengan Kuat , (diterbitkan di Kuala Pilah oleh Teruna Press pada tahun 1355H dan telah disunting dan diubahsuai bahasanya oleh Prof. Dr. Mahmud Saedon Awang Othman, 1986).

• Aurad al-Tariqat al-Ahmadiyyah dan Kelebihan dan Tahfatun al-Ikhwan.

• Majmu‘atun Musahatun bi Tahafuh al-Awtan wa al-Ikhwan , (dicetak di Singapura, al-Ahmadiyyah Press, 1354H/1935M.

• ‘Ittikaf Zawir al-Raghabat Bayan Karamat al-Aulia' fi al-Hayat wa ba‘da al-Mamat atau Khasyf al-Ghamamah , (dicetak di Jawi Press, Singapura, 1368H.)

• Al-Fuyudhat al-Ahmadiyyah fi fadhli wa Takhij ba‘du Kalimat al-Husn al-Mani' al-Nabawiyyah.

• Setengah Daripada Munaqib Guru-Guru Yang Mulia , (dicetak di Seremban, Sungai Ujung Press, 1354).
Disamping itu beliau juga mengarang khutbah-khutbah Jumaat yang menyentuh isu-isu semasa dengan mengemukakan pandangan-pandangan Islam untuk renungan masyarakat. Beliau meninggal dunia pada 7 Januari 1964/1345H.
-Sumber Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan.

0 ulasan: