Harta Pusaka
Apa Itu Harta Pusaka?
Harta pusaka,perkataan yang pada sebilangan pihak boleh membawa kepada kesan yang negatif seperti pergaduhan,pertelagahan,pertelingkahan,permusuhan,bermasam muka,dan sebagainya.Namun begitu,suasana kurang baik ini mungkin dapat diterbalikkan jika golongan ini mengetahui takrif harta pusaka,matlamat dan peranannya,sumber undang-undang pusaka Islam ini,apa tindakan perlu dilaksanakan sebelum harta pusaka di bahagikan kepada waris yang berhak,dan lain-lain lagi.
Harta pusaka juga dikenali sebagai al-tarikah. Dari segi bahasa al-tarikah bermaksud segala apa yang ditinggalkan atau dibiarkan oleh si mati. Manakala definisinya dari sudut syarak atau istilah syarak terdapat sedikit perselisihan di kalangan para fuqaha dalam menentukan maknanya. Perselisihan ini adalah seperti berikut:
(a) Jumhur fuqaha mendefinisikan al-tarikah ialah segala sesuatu yang ditinggalkan si mati termasuklah harta benda, hak-hak kebendaan, dan hak-hak yang mempunyai unsur kebendaan ke atas hak-hak persendirian. Kesemuanya ini akan diwarisi sama ada oleh waris atau bukan waris.Menurut pendapat ini juga,hak-hak yang boleh diwarisi termasuklah hak lalulintas atau hak minuman, hak manfaat ke atas barang yang disewa atau dipinjam,hak-hak khiyar seperti khiyar syarat. Begitu juga termasuk harta peninggalan si mati sperti arak yang telah menjadi cuka setelah kematiannya,diyat yang diambil dari pembunuhannya dan apa-apa yang tersangkut pada pukatnya yang telah dipasang pada masa hidupnya.
(b) Menurut Mazhab Hanafi,al-tarikah ialah segala harta dan hak-hak kebendaan yang menjadi milik si mati.Harta termasuklah harta alih dan harta tak alih serta hutang-hutang yang belum dijelaskan oleh orang lain kepadanya.
(c) Setengah pendapat mengatakan bahawa al-tarikah ialah segala harta benda yang ditinggalkan si mati setelah selesai hutang dan wasiatnya. Oleh itu,al-tarikah menurut pendapat ini ialah harta peninggalan si mati yang telah bersih dari hutang dan wasiat serta ia akan diwarisi oleh waris-warisnya yang masih hidup.
(d)Kitab Al-Fiqh Al-Manhaji menyatakan harta pusaka ialah semua harta yang ditinggalkan oleh si mati selepas kematiannya sama ada harta boleh alih seperti emas,perak,mata wang, dan perabot,ataupun harta tak boleh alih seperti tanah, rumah, dan sebagainya.(Jilid 5 halaman 1074).
Walau bagaimanapun,perselisihan pendapat fuqaha dalam memberi definisi al-tarikah atau harta pusaka tidak memberi kesan kepada praktikalnya atau pengamalannya kerana perbezaan tersebut tidak akan menyebabkan berlaku perubahan dari segi hukum hakam pusaka. Perbezaan ini hanyalah dari segi lafaz atau perkataan sahaja yang berkaitan dengan istilah al-tarikah.
MATLAMAT DAN PERANAN ILMU MAWARITH
Matlamat utama ilmu al-mawarith ialah memberikan hak kepada empunya hak(waris) atau menentukan bahagian(saham) kepada orang yang berhak(waris) dengan cara yang betul.
Peranannya pula ada tiga iaitu:
1) mengenalpasti sama ada seseorang itu waris atau bukan waris.
2) mengenalpasti bahagian atau saham setiap waris yang berhak kepada harta pusaka.
3) pengiraab(hisab) yang boleh menyampaikan kepada bahagian atau habuan setiap waris melalui kaedah pengiraan(matematik).
SUMBER RUJUKAN UNDANG-UNDANG PUSAKA ISLAM
Secara asasnya sumber rujukan undang-undang pusaka islam ini adalah empat sumber rujukan iaitu Al-Quran,Hadith Rasulullah s.a.w,ijmak para ulama,dan ijtihad para ulama.
Al-QURAN
1. Ayat Mujmal yang menjelaskan hak-hak waris dalam pusaka secara umum.
Ayat 7 Surah An-Nisa dan ayat 75 Surah Al-Anfal.
2. Ayat Mufassal yang menjelaskan secara terperici waris dan kadar bahagian yang mereka perolehi.
Ayat 11,12,dan 176 Surah An-Nisa.
Al-Sunnah(Hadith Rasulullah s.a.w)
1. "Bagi seorang anak perempuan 1/2, seorang anak perempuan kepada anak lelaki(cucu perempuan)1/6 untuk melengkapkan 2/3 dan baki(asabah)untuk seorang saudara perempuan".(Hadith Riwayat Al-Bukhari).
2. "Berikanlah harta pusaka kepada orang-orang yang berhak,sesudah itu bakinya adalah untuk waris lelaki yang lebih utama".(Hadith Riwayat Muslim).
Di samping nas-nas Al-Quran dan al-Sunnah,ijmak para sahabat dan tabi'in telah berlaku dalam pembahagian pusaka, iaitu nenek seorang atau dua orang(ibu kepada ibu atau ibu kepada bapa)mereka berkongsi bersama-sama dalam bahagian 1/6.Begitu juga, anak lelaki kepada anak lelaki akan mengambil kedudukan anak lelaki ketika ketiadaannya dan saudara lelaki sebapa akan mengambil tempat saudara lelaki seibu sebapa ketika ketiadaannya.
(Rujukan Buku Undang-Undang Pusaka Islam Pelaksanaan di Malaysia halaman 2-9).
apa2 aja...
13 years ago
0 ulasan:
Post a Comment