Undang-undang pusaka Islam dan sistem pusaka bukan Islam adalah berbeza sama sekali. Baik sistem pusaka Islam selepas turunnya ayat mawarith adalah sangat berbeza dengan sistem pusaka Islam pada peringkat permulaan Islam. Perbezaannya adalah seperti berikut:
Peringkat Pertama: Undang-Undang Pusaka Sebelum Islam.
Sistem pusaka pada zaman Jahiliyyah tidak mengutamakan golongan wanita. Isteri,anak-anak perempuan,ibu, dan waris perempuan yang lain diketepikan dan tidak berhak menerima hak dalam pemberian harta pusaka.Tidak terkecuali jua kanak-kanak yang belum baligh tidak diberi apa-apa hak dalam perihal harta pusaka. Ini kerana pewarisan pada ketika hanya berlaku kepada golongan lelaki yang boleh mempertahankan kabilah dan keluarga dari musuh. Tambahan lagi,sebab-sebab pewarisan yang ditetapkan masyarakat Arab Jahiliyyah ialah keturunan(lelaki yang dewasa), perjanjian, dan anak angkat.
Peringkat kedua: Pada fasa permulaan Islam,amalan jahiliyyah yang lalu dibenarkan oleh Allah dalam pembahagian harta pusaka.Walaubagaimana pun,setelah itu diperkenalkan satu sistem yang bersifat sementara yang berasaskan hijrah dan persaudaraan. Selepas itu,satu sistem pusaka Islam yang lebih baik diguna pakai menghapuskan amalan yang sebelumnya. Pewarisan hanya berlaku melalui salah satu daripada tiga cara iaitu hubungan nasab(kerabat),perkahwinan yang sah, dan al-wala'. Selain itu,pengiktirafan kepada kedudukan wanita diberikan dengan cemerlang sekali. Dalam 12 waris ashabul al-furud,8 daripadanya ialah waris dari perempuan dan bakinya ialah waris lelaki. Ini menjadikan bukti dan isyarat yang jelas menjelaskan Islam adalan satu agama yang adil dan memiliki sistem undang-undang pewarisan yang tidak meminggirkan wanita,apatah lagi dilabel bertindak pendiskriminasi wanita seperti yang dilaung-laungkan oleh SISTER IN ISLAM(SIS).
apa2 aja...
13 years ago
0 ulasan:
Post a Comment