Wednesday, November 11, 2009

BIODATA MUFTI NEGERI MELAKA YANG KEDUA



ALLAHYARHAM TUAN GURU HAJI HASSAN BIN HAJI ABU BAKAR-Tempoh perkhidmatan : 1960M- 1979M

ALLAHYARHAM HAJI HASSAN BIN HAJI ABU BAKAR dilahirkan pada tahun 1328 Hijrah bersamaan 1908 Masihi di Kampung Kuala Sungai Baru, Melaka. Bapanya bernama Haji Abu Bakar, Imam di Kuala Sungai Baru. Mendapat didikan awal di Sekolah Melayu. Ianya dikatakan salah seorang murid yang cerdik. Menyambung pelajaran selama lima tahun dari tahun 1922-1927 di Kelantan.

Pada masa itu beliau beusia 14 tahun. Kemudian Allahyarham berangkat ke Mekah pada tahun 1927. Belajar agama di Masjidil Haram. Guru Allahyarham ialah Tuan Guru Husin Yamani, Sheikh Mokhtar Al Atar dan Sheikh Haji Omar Sembawa. Pada tahun 1933 Allahyarham pulang ke Melaka.

Allahyarham membuka Madrasah di Kampung Kuala Sungai Baru diberi nama Madrasah Al-Falah pada thaun 1933, kemudian ditukar dengan nama Madrasah Al-Hasaniah bersempena dengan namanya. Menjadi Imam Kuala Sungai Baru. Pada tahun 1951 Madrasah Al-Hasaniah ditutup.

Allahyarham mengajar agama di masjid-masjid seluruh Negeri Melaka dan juga memberi ceramah agama sempena majlis-majlis agama serta Maulidur Rasul, Israk Mikraj dan lain-lain. Pada 10.6.1960 Allahyarham dilantik menjadi Mufti Negeri Melaka sehingga 1979. Beliau telah mengasaskan pembukaan sebuah pondok pengajian yang pada masa kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Arab Darul Falah Kuala Sungai Baru Melaka. Pondok yang Allahyarham asaskan ini sangat terkenal dan menarik penuntut ilmu untuk menuntut ilmu di sini. Bermula dengan nama Madrasah atau Maahad Darul Falah,diuruskan beliau secara persendirian. Apabila diambil oleh Jabatan Agama Islam Negeri Melaka,ia dikenali sebagai Sekolah Menengah Agama Jaim Darul Falah.

Allahyarham dikurniakan pingat Darjah Seri Melaka (DSM) oleh Kerajaan Negeri Melaka. Allahyarham kembali kerahmatullah kerana sakit tua. Allahyarham seorang yang warak dan luas ilmunya serta banyak pengetahuan mengenai hukum-hukum agama dan ramai anak-anak muridnya seluruh Negeri Melaka.
-Sumber Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Melaka.

0 ulasan: