Wednesday, November 11, 2009

BIODATA MUFTI NEGERI MELAKA YANG KEEMPAT

Sahibus Samahah Datuk Wira Hj. Rashid Redza bin Hj. Md. Saleh,1996-kini.



DATUK WIRA HJ. RASHID REDZA BIN HJ. MD. SALEH dilahirkan pada 22.9.1950 di Kg. Chincin, Jasin Melaka. Beliau merupakan anak yang ketiga dari lima orang adik beradik. Bapanya bernama Hj. Md. Saleh bin Hj. Taib berasal dari Kg. Air Molek, Melaka. Ibunya pula bernama Hajjah Fatimah bte Majot dan berasal dari Kg. Chinchin, Jasin.

Beliau mendapat didikan awal di Sekolah Kebangsaan Terentang, Jasin sehingga darjah 5, kemudian meneruskan pelajaran ke Sekolah Kebangsaan Chinchin sehingga darjah 6. Pada tahun 1964 beliau telah meneruskan persekolah di Madrasah Al Lughah Arabiah Tangkak selama 4 tahun sehingga 1967. Beliau telah menyambung belajar ke Sekolah Menengah Arab Maahad Johor sehingga tahun 1971. Selepas itu beliau meneruskan pengajian ke Akademik Yayasan Anda di Kg. Baru, Kuala Lumpur sehingga tahun 1974.

Berkat kegigihan serta keazaman beliau telah melanjutkan pengajian ke Universiti Al Azhar Mesir dalam bidang Perundangan Islam dan berjaya memperolehi B.A. Hons pada tahun 1979. Beliau telah menyambung pengajiannya setahun lagi di Kuliah Tarbiah Al Azhar dan berjaya mendapat Diploma Pendidikan. Setelah tamat pengajian beliau telah kembali ke Malaysia dan pada 16.2.1982 beliau telah bertugas di Jabatan Agama Islam Melaka (Bahagian Penerangan Agama) sehingga tahun 1987.

Kemudian beliau telah dilantik sebagai Kadi Melaka Tengah dan bertukar ke Pejabat Agama Daerah Alor Gajah pada 1.7.1995. Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Datin Wira Zoriyah bte Hj. Mohd. pada 1984 dan dikurniakan lima orang cahayamata. Pada 9.7.1990 beliau telah mengikuti Diploma Lanjutan Undang-Undang dan Pentadbiran Kehakiman di UIA selama satu tahun.

Pada 18.5.1993 beliau telah menunaikan fardhu haji. Datuk Wira Hj. Rashid Redza menanggung tugas mufti mulai 1.4.1996 dan seterusnya dilantik sebagai Mufti pada 6.12.1996. Beliau telah dikurniakan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) sempena Hari Keputeraan Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Melaka pada tahun 1997.
-Sumber Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Melaka.

0 ulasan: