Thursday, October 1, 2009

SIS And The Geng Bertambah Biadap Dan Kurang Ajar



PETALING JAYA – Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sebulat suara mahu Kerajaan Persekutuan dan Negeri mengkaji semula hukuman sebat ke atas model, Kartika Dewi Shukarno kerana didakwa mencabuli prinsip hak asasi manusia antarabangsa

Kumpulan Tindakan Bersama untuk Persamaan Jantina (JAG) yang turut disertai Sister In Islam (SiS), Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower) menggangap hukuman tersebut sebagai kejam dan perlakuan yang menjatuhkan maruah.

:Turut menyokong, Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), All Women’s Action Society (Awam), Women’s Center for Change Penang (WCC). Suara Rakyat Malaysia (Suharam) dan Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Malaysia (Suhakam).

Pengarah Eksekutif Sister In Islam (SIS), Dr. Hamidah Marican berkata, badan NGO yang terlibat memandang serius terhadap Panel Rayuan Kehakiman Mahkamah Tinggi Syariah Pahang yang telah membuat keputusan tanpa kehadiran pihak berkenaan yang membentangkan hujah atau mengumumkan perbicaraan tersebut kepada umum.

Menurutnya, pada 18 September lalu, SIS telah memfailkan satu permohonan berasingan untuk membuat semakan dan mengenepikan pelaksanaan hukuman sebat terhadap Kartika, dan permohonan ini masih belum di dengar oleh Mahkamah Tinggi Pahang.

“Kami hairan dengan kepantasan Mahkamah Syariah yang mahu hukuman tersebut dijalankan secepat mungkin sedangkan banyak organisasi dan masyarakat sivil menyatakan rasa bimbang terhadap hukuman yang dikenakan.

“Ramai yang mempersoalkan kesesuaian hukuman denda RM5000 dan enam sebatan yang dikenakan biarpun Kartika seorang pesalah kali pertama,” katanya pada sidang media, di pejabat SiS disini semalam.

Hamidah berkata, pihaknya komited untuk mendapatkan perlakuan yang melindungi hak asasi Kartika dalam memastikan tidak terdapat kemerosotan hak asasi manusi di negara ini.

“Jika Kartika disebat, persepsi terhadap Malaysia sebagai sebuah negara Islam akan tergugat selama-lamanya,” katanya.
-Kedahlanie

0 ulasan: