Tuesday, October 6, 2009

PERTANYAAN DARI BUKAN ISLAM UNTUK ORANG ISLAM,APA JAWAPAN ANDA?

Assalamualaikum......pada awal bulan Mac yang lalu saya berkesempatan mempengerusikan satu forum kristinisasi anjuran para pelajar tahun 1 UKM di Pusat Islam UKM. Forum ini membariskan ahli-ahli panel yang tidak kurang hebat iaitu Ustaz Shah Kirit Bin Kakulal Govindji,Pendakwah Islamic Information And Services Foundation,dan Al-Fadhil Ustaz Khairil Khuzairi Bin Omar,Pegawai Hal Ehawal Islam UKM. Hampir 500 orang hadir memenuhi ruang solat di tingkat 1 Masjid UKM. Para ahli panel berjaya mengupas tajuk forum dengan baik, menarik,dan jelas serta mampu memukau para hadirin dan hadirat daripada berganjak. Metodologi atau pendekatan para mubaligh dalam menjalankan dakyah memurtadkan orang Islam cuba dirungkaikan oleh Ustaz Shah Kirit.Pendekatan mujadalah (berbincang,berbahas,dan berdebat),antara senjata yang dieksploitasi oleh golongan ini. Mereka ini akan bermula dengan berkenalan,selepas itu berbincang tentang Islam dan setelah itu akan menyelitkan beberapa soalan pertanyaan yang amat mencabar dan jika tak kena gayanya akan mengkorbankan akidah kita.
Berikut beberapa soalan dari golongan bukan Islam ini untuk kita(orang Islam):

1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad saw disebut dalam Al-Quran? Nama Nabi Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali. Mengapa?

2) Nama Nabi Isa disebut lagi banyak dari nama Nabi Muhammad saw dalam Al-Quran, tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan? Soalan sebaliknya, dalam Bible, nama syaitan lebih banyak dari nama Nabi Isa, jadi siapa lagi hebat? Syaitan @ Nabi Isa?

3) Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad saw wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja nabi Isa itu Tuhan kan ?

4)Dalam Islam, Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir zaman nanti Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang terakhir?

5)Jika baca tafsir, Allah berfirman sekejap guna 'Aku', sekejap guna 'Kami'Kenapa? 'Kami' kan lambang 'Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)' ?

6)Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah rambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan?

7)Sami Budha vegetarian bertanya, kenapa Islam suruh bunuh binatang untuk dimakan? Kan zalim kerana bunuh hidupan bernyawa?

8)Kan babi itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan babi?

9)Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari2 sembah Kaabah.Kenapa?

10)Kenapa perlu ikut nabi Muhammad saw kerana nabi dan rasul sebelum baginda kan betul2 juga?

Soalan-soalan yg dinyatakan di atas, sebenarnya memang benar-benar di tanya oleh orang bukan Islam secara spontan pada orang Islam... mereka bertanya bukan kerana hendak tahu, tapi kerana hendak membuatkan orang Islam yg ilmu hanya ala kadar berasa was-was dengan Islam dan akhirnya orang Islam akan berasa was-was dengan agama yang dianutinya. Jawapan yang diberikan sebaik-baiknya ringkas dan padat.InsyaAllah bersambung lagi dengan jawapannya pula. Segala kekurangan dan salah silap harap diperbetul dan dimaafkan,sekian,wassalam.
Wallahual'am.

0 ulasan: