Sunday, March 7, 2010

Rasulullah Manusia Istimewa

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILAN

SELAKU umat Islam, kita meyakini dan mempercayai bahawa Nabi Muhammad SAW ialah manusia yang harus berlaku ke atas Nabi SAW apa yang harus ke atas manusia yang lain.

Ia seperti mengalami hal-hal yang mendatang dan ditimpa penyakit yang tidak mengurangi kewibawaan baginda SAW sebagai seorang nabi dan tidak menyebabkan orang menjauhkan diri daripadanya.

Nabi Muhammad SAW juga adalah seorang hamba Allah SWT yang tidak memiliki kekuasaan pada dirinya untuk menolak sebarang kemudaratan atau mendatangkan manfaat, memati atau menghidupkan atau membangkitkan, kecuali apa yang dikehendaki oleh Allah SWT.

Allah SWT berfirman: Katakanlah, "Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah. Dan kalau aku mengetahui (perkara-perkara) yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah (Pesuruh Allah) yang memberi amaran (bagi orang-orang yang ingkar) dan membawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman. (al-A'raf: 188)

Sesungguhnya Nabi SAW telah menyampaikan risalah dengan sempurna, menunaikan amanah, menasihati ummah, menghapuskan dukacita dan berjihad di jalan Allah sehingga kewafatan baginda SAW. Kemudian baginda kembali ke hadrat Tuhannya dalam keadaan reda dan diredai, sebagaimana firman Allah SWT: Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad!) akan mati, dan sesungguhnya mereka juga akan mati. (al Zumar: 30)

Sifat 'ubudiyyah (perhambaan) adalah semulia-mulia sifat baginda SAW. Oleh kerana itu, baginda amat berbangga dengannya sebagaimana sabdanya: "Sesungguhnya aku hanyalah seorang hamba Allah".

Allah SWT telah menyifatkan nabi SAW sebagai hamba-Nya, pada setinggi-tinggi kedudukan ketika Allah menceritakan anugerah Isra' kepada baginda sebagaimana firman-Nya: Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya…(al-Isra: 1)

Begitu juga firman Allah: Dan sesungguhnya tatkala hamba Allah (Nabi Muhammad SAW) berdiri mengerjakan ibadat kepada-Nya, mereka (golongan jin yang mendengar bacaan ayat al-Quran baginda di dalam solatnya) hampir-hampir menindih satu sama lain mengerumuninya. (al Jin: 19)

Sifat manusiawi Nabi SAW inilah merupakan mukjizat baginya. Baginda SAW adalah manusia seperti manusia yang lain, tetapi baginda jelas jauh berbeza daripada manusia umum; tanpa ada seorang manusia pun yang dapat menandinginya atau menyamainya.

Baginda SAW sendiri pernah bersabda di dalam hadis sahih mengenai keistimewaan dirinya: "Sesungguhnya aku tidak seperti keadaan kamu. Aku tidur di sisi Tuhanku dalam keadaan diberi makan dan minum".

Dengan ini, jelaslah bahawa menyifatkan Rasulullah SAW sebagai manusia biasa wajib disertai dengan keistimewaannya yang membezakannya daripada manusia umum; dengan menyebut keistimewaannya yang tersendiri dan biografinya yang terpuji.

Tuntutan ini bukan sahaja khusus terhadap Rasulullah SAW, bahkan terhadap nabi-nabi dan rasul-rasul yang lain supaya pandangan kita terhadap mereka bersesuaian dan layak dengan martabat dan kedudukan mereka.

Jika kita memandang mereka hanya sebagai manusia biasa semata-mata, tanpa mengaitkannya dengan ciri-ciri khusus atau istimewa mereka sebagai nabi dan rasul, maka kita telah terjerumus ke dalam tradisi dan sikap orang jahiliah.

Di dalam al-Quran, terdapat banyak ayat yang menyentuh hal tersebut. Antaranya, perkataan kaum Nabi Nuh a.s mengenai nabi mereka sebagaimana yang dihikayatkan oleh Allah dalam firman-Nya: Maka berkatalah ketua-ketua yang kafir daripada kaumnya, "Kami tidak memandangmu (wahai Nuh!) melainkan sebagai seorang manusia seperti kami". (Hud: 27)

Ayat yang lain adalah perkataan kaum Nabi Musa a.s dan Harun a.s mengenai nabi mereka sebagaimana yang dihikayatkan oleh Allah SWT dalam al-Quran: Sehingga mereka berkata (dengan angkuhnya), "Patutkah kita beriman kepada dua manusia seperti kita, sedangkan kaum mereka (Bani Israel) menjadi orang-orang suruhan kita?" (al-Mukminun: 47)

Begitu juga dengan apa yang dikatakan oleh kaum Thamud kepada nabi mereka, iaitu Nabi Saleh a.s, sebagaimana yang dikisahkan oleh Allah dalam al-Quran: Engkau hanyalah seorang manusia seperti kami; oleh itu, bawakanlah satu tanda (mukjizat) jika betul engkau daripada orang-orang yang benar. (al-Syu'ara': 154)

Hal yang sama pernah juga dilakukan oleh kaum Nabi Syuaib a.s yang memandang nabi mereka sebagai manusia biasa, bahkan sebagai seorang pendusta, sebagaimana yang dikisahkan oleh Allah melalui firman-Nya: Mereka berkata, "Sesungguhnya engkau adalah dari kalangan pelaku sihir. Dan engkau hanyalah seorang manusia seperti kami; dan sesungguhnya kami fikir engkau ini daripada orang-orang yang dusta. (al- Syu'ara': 185)

Begitu juga dengan apa yang dikatakan oleh orang musyrikin terhadap Nabi Muhammad SAW. Mereka hanya memandang nabi SAW sebagai manusia biasa, sebagaimana yang dikisahkan oleh Allah SWT dalam al-Quran: Dan mereka pula berkata, "Mengapa Rasul ini makan, minum dan berjalan di pasar-pasar (seperti manusia yang lain)?" (al-Furqan:7)

Rasulullah SAW sendiri telah menyatakan dalam sabdanya tentang kemuliaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepadanya dengan semulia-mulia sifat dan pelbagai perkara yang mencarik adat (mukjizat) yang membezakannya daripada manusia yang lain.

Di antaranya ialah sabda Rasulullah SAW mengenai peribadinya di dalam hadis sahih: "Kedua-dua mataku tidur, tetapi hatiku tidak tidur".

Di dalam hadis sahih yang lain, nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya aku dapat melihat kamu dari belakangku sebagaimana aku melihatmu dari depanku".

Baginda SAW juga bersabda: "Aku dianugerahkan kunci-kunci perbendaharaan bumi."

Meskipun pada fizikalnya, baginda SAW telah wafat, tetapi baginda masih hidup dengan kehidupan Barzakhiyyah (di alam barzakh) secara sempurna. Baginda SAW dapat mendengar perkataan orang yang masih hidup di dunia dan mendengar salam mereka serta menjawabnya.

Bahkan, disampaikan kepada baginda SAW setiap selawat yang diucapkan kepada Baginda SAW dan juga diperlihatkan kepadanya segala amal perbuatan umatnya.

Keampunan

Baginda SAW berasa senang dan gembira dengan amal soleh orang-orang yang baik, dan sentiasa meminta keampunan bagi umatnya yang melakukan dosa. Sesungguhnya, Allah SWT telah mengharamkan bumi ini daripada memamah jasad nabi SAW yang sentiasa terpelihara daripada sebarang kerosakan dan pemusnah yang terdapat di dalam bumi.

Diriwayatkan daripada Aus ibn Aus r.a, beliau berkata: Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya, di antara hari kamu yang paling mulia ialah hari Jumaat. Pada hari itulah, Nabi Adam a.s diciptakan dan pada hari itu juga beliau diwafatkan. Pada hari Jumaat juga, terjadinya tiupan sangkakala, dan pada hari itu juga terjadinya so'iqah (petir dahsyat atau Kiamat). Maka perbanyakkanlah membaca selawat kepadaku pada hari itu kerana selawat kalian akan dipersembahkan kepadaku". Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah! Bagaimanakah selawat kami akan dipersembahkan kepadamu, padahal kamu telah binasa?" Baginda SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas bumi ini daripada memamah jasad para Nabi". (riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah, Ibnu Hibban di dalam Sohihnya dan Imam Hakim mensahihkannya.)

Al Hafiz Imam Jalaluddin al Suyuti r.a menulis risalah khusus mengenai perkara ini yang bertajuk Anba' al Azkiya' bi Hayah al Anbiya' (Perkhabaran Orang Cerdik Pandai Mengenai Kehidupan Para Nabi).

Diriwayatkan daripada Ibnu Mas'ud r.a, daripada Rasulullah SAW yang bersabda: "Kehidupanku adalah baik bagi kamu, kamu berbicara (bertanya masalah dan hukum kepada Baginda SAW) dan dibicarakan bagi kamu (dengan wahyu dan syariah daripada Allah melalui perantaraan Baginda SAW). Kewafatanku juga adalah baik bagi kamu kerana dibentangkan amalan kamu ke atasku. Apa yang aku lihat dari amalan itu baik, maka aku memuji Allah dan apa yang aku lihat dari amalan itu jahat, aku memohon keampunan kepada Allah untuk kamu". (Al Haithami mengatakan bahawa hadis ini diriwayatkan oleh al Bazzar, dan rijalnya adalah sahih)

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Tiada seorang pun yang mengucapkan salam ke atasku kecuali Allah mengembalikan kepadaku rohku, sehingga aku (dapat) menjawab salamnya". (riwayat Abu Daud dan Imam Ahmad)

Menurut sebahagian ulama, maksud Allah mengembalikan rohku adalah: "Allah mengembalikan kepadaku kemampuan berbicara".

Diriwayatkan pula daripada 'Ammar ibn Yasir r.a berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT mewakilkan pada kuburku malaikat yang diberikan nama-nama makhluk kepadanya. Maka tidak ada seorang pun yang membaca selawat ke atasku hingga hari kiamat, melainkan dia menyampaikan kepadaku nama orang tersebut beserta nama ayahnya, "Ini Fulan ibn Fulan telah berselawat ke atasmu". (riwayat al Bazzar dan Abu al Sheikh Ibnu Hibban).

Berdasarkan hadis tersebut, jelaslah bahawa meskipun baginda telah wafat, tetapi kemuliaan, kedudukan dan pangkatnya yang tinggi di sisi Tuhannya tetap kekal dan tidak diragui lagi di sisi orang yang beriman.

Menganggap Nabi SAW sama sahaja dengan manusia yang lain pada semua keadaan dan sifat-sifat mereka adalah suatu tanggapan yang jelas salah dan kejahilan yang ditolak sama sekali oleh dalil-dalil yang sahih dari al-Quran dan sunnah.

Jika Nabi SAW tidak mempunyai ciri-ciri istimewa dan khusus, apakah hikmah dan faedah terpilihnya mereka menjadi nabi dari manusia yang lain? Tidak ada salahnya kita memuliakan dan memuji baginda SAW. Malah sememangnya kita digalakkan memuji dan memuliakan nabi SAW lebih-lebih lagi pada bulan kelahiran baginda SAW ini selagi ia tidak sampai menyamatarafkan baginda SAW dengan sifat-sifat ketuhanan.

Friday, March 5, 2010

Kenapa pertikai Maulid Nabi?

Oleh SHEIKH MUHAMMAD FUAD KAMALUDIN AL-MALIKI


ALHAMDULILLAH sambutan umat Islam di serata pelosok dunia terhadap hari dan bulan kelahiran Nabi SAW tetap segar dan bersemangat. Di negara kita sendiri, pelbagai bentuk sambutan yang diadakan di pelbagai peringkat mendapat sokongan dengan kehadiran begitu ramai anggota masyarakat.

Masih banyak majlis yang dijadualkan dalam masa terdekat sehingga mungkin melimpah keluar bulan Rabiulawal. Semua ini adalah suatu nikmat dan kurniaan istimewa daripada Allah SWT bagi umat dan negara kita.

Kita berdoa agar umat Islam di Malaysia akan sentiasa terkedepan dalam mengagungkan, menyanjung, mempertahankan dan membuktikan kecintaan kita terhadap Sayyiduna Muhammad SAW yang semuanya merupakan inti dan hakikat sambutan Maulid Nabi.

Kita berdoa agar sambutan Maulid Nabi di negara kita akan terus meriah dan lebih semarak walaupun terdapat suara-suara yang nampaknya tidak senang dan kelihatan seolah-olah alahan (alergik) dengan sambutan Maulid.

Pada tahun ini, suara-suara ini turut 'menumpang' isu pembatalan perarakan sambutan Maulid di sebuah negeri. Sebenarnya, saban tahun, apabila datang sahaja bulan Maulid, ada sahaja suara-suara yang nampaknya bersumber daripada orang-orang yang sama yang mempertikaikan dan tidak senang dengan Maulid.

Sikap tidak senang ini disuarakan pada pelbagai tahap dan dengan pelbagai ibarat. Ada yang menafikan adanya keistimewaan atau fadilat Maulid Nabi SAW dan membanding-bandingkannya dengan keutamaan Nuzul Quran. Ada yang mengungkit-ungkit bahawa sambutan Maulid tidak pernah dibuat oleh Nabi SAW dan para sahabatnya (maksud bidaah yang sesat).

Ada pula yang memilih musim Maulid ini untuk menulis dan menekankan tentang soal keinsanan Nabi Muhammad SAW. Dan ada juga yang mempertikaikan cara dan kaedah sambutan itu diadakan.

Mereka yang faham dan mengenali suara-suara ini tidaklah terlalu terperanjat walaupun tetap menepuk dahi dan mengurut dada kerana sedih dan kesal dengan kekeliruan yang cuba dijaja dan kedegilan sikap yang ditonjolkan.

Mereka yang kurang mengerti dan memahami pula mungkin sedikit-sebanyak akan terkeliru dan timbul kesangsian terhadap sambutan Maulid. Apatah lagi jika isu ini turut bercampur dan bertindan dengan isu dan sentimen politik kepartian.

Bukanlah terlalu besar isunya, jikalau yang dipertikaikan tentang Maulid ini adalah kaedah dan cara sambutannya. Prinsip-prinsip Islam dalam menentukan kaedah dan cara dalam sesuatu amalan sudah ada pada kita. Yang haram dan halal sudah jelas dalam Islam, manakala yang syubhah eloklah dijauhi.

Kita turut diajar berlapang dada dalam persoalan yang statusnya masih khilaf. Kita juga dilarang mempertikaikan niat orang lain serta perlu bersangka baik sesama Islam. Berbekalkan sikap ini soal-soal rinci seperti berarak atau tidak, pembaziran, percampuran dan batas aurat, lafaz dan bacaan selawat, berkompang dalam masjid dan sebagainya dapat kita singkapi tanpa menimbulkan banyak masalah.

Malangnya, sebahagian suara yang alahan Maulid ini turut mempertikaikan prinsip dan hukum Maulid serta kewajaran dan kebijaksanaan menganjurkannya dari sisi Islam. Ini adalah soal yang lebih besar dan mendasar.

Kegelinciran kaki dalam hal ini boleh melibatkan soal-soal besar termasuklah menyakiti Nabi SAW, tidak beradab dengan Baginda SAW, menentang syiar Islam, menyesatkan para ulama dan umat Islam, memecahkan kesatuan umat dan seumpamanya.

Tidak hairanlah seorang tokoh ulama Yaman, al-Allamah Abu Abdullah 'Alawi al-Yamani turut memperuntukkan bab khusus tentang persoalan Maulid dalam kitabnya yang bertajuk Intabih Diinuka fi Khotrin (Awas, Agamu Dalam Bahaya!). Memang, jika tidak berhati-hati, kata-kata dan perbuatan kita dalam bab Maulid ini boleh membahayakan dan mengancam agama kita sebenarnya.

Kerangka Fikir Menolak Maulid

Jika diteliti, ada beberapa kerangka faham agama tertentu yang dipegangi oleh mereka yang alahan Maulid ini yang akhirnya menyebabkan mereka bersikap begitu. Kerangka faham agama yang sama juga menyebabkan mereka turut berbeza sikap dengan majoriti umat dalam soal-soal tertentu seperti fiqh bermazhab, tasawuf, dan beberapa isu-isu khilafiyyah.

Kita boleh menyimpulkan kerangka faham agama mereka ini kepada beberapa fahaman utama:

Pertamanya: Fahaman mereka yang ganjil berkenaan prinsip dan konsep bidaah. Mereka tidak mahu menerima pandangan ulama-ulama muktabar yang membahagikan bidaah kepada yang sesat dan yang terpuji. Bagi mereka semua bidaah dalam hal agama adalah sesat. Mereka keras berpegang dengan tafsiran literal dan sempit kepada hadis yang berkaitan persoalan bidaah ini.

Kedua: Mereka terlalu menekankan sikap Ittiba' (mematuhi) dalam sikap mereka terhadap Nabi SAW dan Sunnahnya. Seterusnya, secara langsung atau tidak mereka ini sering mempertentangkan Ittiba' dengan sikap-sikap lain kita terhadap Nabi seperti Hubb (mengasihi) Ta'dzim (mengagungkan), Tasyaffu' (memohon syafaat), Tabarruk (mengambil berkat), Tawassul (mengambil sebagai perantaraan) dan seumpamanya.

Ketiga: Mereka berpegang serta bertaklid kuat dengan fahaman dan tafsiran beberapa tokoh ulama khalaf tertentu yang akhirnya telah diolah dan terolah menjadi suatu aliran terasing daripada arus perdana Umat. Berbekalkan fahaman-fahaman dalam aliran ini yang telah mereka angkat ke tahap doktrin dan memang disebarkan secara indoktrinasi (secara perbincangan sebelah pihak serta tidak saksama ataupun objektif), mereka ini rata-rata bersikap lebih pesimistik dan cenderung mempertikaikan tafsiran para ulama lain selain daripada beberapa ulama yang menjadi ikutan mereka.

Jika direnungi fahaman-fahaman asas mereka ini maka tidak hairanlah mereka ini cenderung menolak Maulid. Sebaliknya, mereka yang mendokong Maulid tidak perlu mengambil kira pandangan ini kerana asas-asas fahamannya ternyata berbeza dengan arus perdana umat.

Pertamanya, di sisi majoriti umat, sambutan Maulid adalah paling kurang pun dikira sebagai biaah Hassanah. Malah ada pandangan menyatakan bahawa ia termasuk sunnah yang dimulakan oleh Nabi SAW sendiri berdasarkan hadis yang menyebut bahawa kelahirannya pada hari Isnin menjadi salah satu asas Baginda SAW berpuasa sunat pada hari-hari tersebut; "Padanya (hari Isnin) aku dilahirkan dan padanya (hari Isnin wahyu pertama) diturunkan kepadaku." (Syarah Sohih Muslim, Imam Nawawi Jld 8 H: 235)

Majoriti umat juga tidak melihat konsep Ittiba', Hubb, Ta'dzim, Tasyaffu', Tabarruk dan Tawassul sebagai konsep-konsep yang bercanggahan antara satu sama lain. Malah semuanya adalah sebahagian dan selari dengan dasar mematuhi dan mentaati Nabi SAW kerana konsep-konsep ini tidaklah dilarang atau bercanggah dengan ajaran yang dibawa oleh Nabi SAW.

Merujuk kepada asas fahaman mereka yang ketiga, majoriti umat Islam telah mewarisi khazanah fahaman agama meliputi ketiga-tiga cabang utamanya Akidah/Tauhid, Syariah/Fiqh dan Akhlak/Tasawuf daripada generasi demi generasi ulama-ulama pilihan dalam suatu kerangka yang kemas dan sistematik.

Para pemuka ulama umat dalam kerangka ini rata-ratanya tidak menolak dan mendokong Maulid sehingga boleh dianggap terdapat sebentuk Ijma' Sukuti (ijma' senyap) tentang sambutan Maulid Nabi selepas ia mula dianjurkan secara besar-besaran.

Penulis ialah Ahli Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dan Penasihat Yayasan Sofa Negeri Sembilan.

Cara mengatasi was-was

SOALAN:

1) Saya mengalami masalah was-was yang teruk. Ia selalu berlaku jika saya hendak berwuduk dan solat.

Ketika berwuduk, saya selalu was-was ketika hendak membasuh muka. Ketika saya menadah air, saya merasakan bahawa air dari muka saya menitik masuk ke dalam tangan.

Saya terpaksa buang air tersebut dan menadah air baru sehingga beberapa kali sampai saya yakin. Hal ini membuatkan saya selalu mengambil masa yang lama untuk berwuduk iaitu kira-kira 10 minit.

Demikian juga semasa hendak solat. Ia berlaku semasa hendak berniat menyebabkan saya terpaksa menyebut niat dengan mulut dan bukannya dalam hati. Sudah bermacam-macam cara saya lakukan termasuk membaca isti'azah, surah an-nas namun tetap was-was. Bagaimana mengatasi masalah ini?

JAWAPAN:

Ustaz turut bersimpati dengan masalah was-was adik. Kedengaran ia sangat memeritkan hidup adik selama ini. Masalah ini bukan dihadapi oleh adik seorang.

Terdapat ramai lagi yang menghadapi masalah ini. Bahkan daripada kalangan bukan Islam dan pada perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan agama.

Ia kadang-kala dikaitkan dengan masalah psikologi yang dinamakan obsessive-compulsive disorder (OCD).

Menurut perspektif Islam, memanglah situasi yang adik gambarkan dinamakan was-was (dalam bahasa Arab - waswasah pl. wasaawis) iaitu bisikan yang tidak diundang dalam jiwa dan pemikiran oleh syaitan.

Al-Quran telah menerangkan kepada kita yang ia telah bermula dari hari-hari pertama Adam hidup di syurga lagi - firman Allah, surah al-A'raaf, ayat 20: Setelah itu maka syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua (agar) mendedahkan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil ia berkata: "Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana ia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam syurga).

Begitu juga dalam surah Taha, ayat 120: Setelah itu maka syaitan membisikkan (hasutan) kepadanya dengan berkata: "Wahai Adam, mahukah aku tunjukkan kepadamu pohon yang membolehkan kau hidup selama-lamanya, dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap?

Allah mengajar kita manusia agar memohon perlindungan-Nya agar terpelihara daripada mudarat teknik hasutan bisikan syaitan ini dalam surah al-A'raaf, ayat 200: Dan jika Engkau dihasut oleh sesuatu hasutan syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Di penghujung al-Quran dalam surah al-Naas, kita diajar dengan lebih terperinci bagaimana melindungi diri daripada was-was dengan membacanya dengan penuh penghayatan terhadap maksud setiap ayat dalam surah yang pendek tetapi besar fungsinya kepada kita dalam memerangi was-was secara kognitif:

(1) Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Tuan Empunya sekalian manusia."

(2) "Raja segala raja yang Menguasai sekalian manusia".

(3) "Tuhan yang berhak disembah oleh sekelian manusia

(4) "Dari kejahatan pembisik hasutan yang tenggelam timbul".

(5) "Yang menyuntik bisikan hasutannya ke dalam hati manusia".

(6) (Iaitu pembisik hasutan) dari kalangan jin dan manusia". (an-Naas: 1-6)

Alhamdulillah, adik telah berjaya mengesan masalah adik dan telah cuba berusaha dengan inisiatif sendiri mengatasinya. Kemudian diteruskan melalui bantuan kawan-kawan.

Malahan adik masih berinisiatif untuk mencari jalan keluar masalah adik dengan bertanya kepada ustaz. Itu tandanya Allah masih sayangkan adik sebab itu Dia tetap Memberi Hidayah-Nya kepada adik.

Surah al-Naas

Sekarang ustaz nak adik cuba kawal tumpuan aliran pemikiran adik. Cuba sedikit demi sedikit secara berperingkat. Kemudian, adik cuba semula cara kawan adik dengan membaca surah al-Naas dan isti'azah tetapi dengan menghayati, menyebatikan dan menjadikan maksudnya berpasak sekukuh-kukuhnya di minda adik.

Bacalah bersama surah al-Falaq dan surah al-Ikhlas sebanyak tiga kali selepas setiap solat. Adik mesti yakin Allah SWT sedang memerhati adik dan Maha Mendengar keluhan penderitaan adik yang memohon-Nya melindungi adik daripada gangguan was-was tersebut.

Daripada luahan hati adik mengenai masalah ini, ustaz juga dapati adik sentiasa sedar apabila ia berlaku dan hati adik tidak suka masalah ini berterusan seakan di bawah kawalan sesuatu, betul tak?

Oleh itu, ustaz mahu adik sentiasa memantau aktiviti dalaman minda dan jiwa adik terutamanya apabila bisikan-bisikan yang membawa kepada was-was muncul. Apabila ia datang, cuba labelkan bahawa ia bukan daripada diri adik tetapi bisikan syaitan dan syaitan itu musuh manusia yang nyata.

Oleh kerana ia musuh adik, pastinya ia bertujuan memusnahkan adik. Oleh itu, adik mesti mengawal diri dan minda adik agar tidak dapat ditakluk oleh kuasa syaitan dengan memohon perlindungan Allah SWT daripada mudarat yang mungkin diakibatkan oleh syaitan - itu pun dengan izin Allah.

Kemudian, cuba ubah aliran tumpuan fikiran adik daripada menyedari kemunculan bisikan-bisikan ini kepada memberi sepenuh tumpuan kepada wuduk atau solat adik. Cuba jangan pedulikan bisikan was-was yang muncul.

Cuba bayangkan ia seumpama sesuatu imej, pangkahkan untuk menutup skrin imej itu seperti adik menutup skrin halaman sesawang. Hilang. Beritahu diri adik ia sesuatu yang tidak penting langsung untuk diberi perhatian atau disedari kemunculannya.

Wuduk dan solat yang ingin adik persembahkan yang terbaik kepada Allah adalah lebih penting.

Adik juga boleh melakukan terapi kepada diri sendiri. Contohnya bagi diri adik masa selama seminggu. Cuba berwuduk atau bersolat pada waktu lapang.

Apabila bisikan was-was itu muncul cuba kawal diri adik daripada mengulang-ulang mana-mana bahagian wuduk atau solat. Hari pertama mungkin daripada kebiasaannya adik berwuduk sampai 10 minit, adik pastikan dapat kurangkan sehingga sekurang-kurangnya seminit, jadi sembilan minit. Begitulah sampai hari ketujuh, mungkin sudah mencapai tahap normal tiga hingga lima minit. Begitu juga ketika berniat solat.

Terapi ini biasanya sangat berkesan dan akan menghentikan masalah yang adik hadapi sekarang secara beransur-ansur. Insya-Allah.

Ustaz dapati rasa was-was ini dicetuskan daripada rasa bersalah (guilt) adik. Seakan-akan minda adik dihantui ketakutan kemungkinan adik akan melakukan kesalahan dalam setiap perbuatan adik ketika berwuduk dan dalam solat.

Perasaan bersalah dan takut ini bagus tetapi perlulah diimbangi dengan rasa yakin diri dan mengharapkan rahmat Allah. Allah Maha Pengasihani, Islam datang bukan untuk menyusahkan sehingga adik rasa tertekan setiap kali hendak solat sedangkan ia tiang agama yang menjadi kewajipan utama seperti yang terdapat dalam al-Quran.

Al-Quran juga tidak diturunkan untuk membuat kita tertekan, firman Allah dalam surah Taha ayat 2: Kami tidak menurunkan al-Quran kepadamu (Wahai Muhammad) untuk menyusahkanmu.

Sedangkan Allah berfirman kepada orang-orang yang melampaui batas (melakukan maksiat) agar jangan berputus asa daripada rahmat Allah:

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana Sesungguhnya Allah mengampunkan Segala dosa; Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (az-Zumar: 53)

Mesti Allah lagi Maha Mengasihani terhadap adik yang ingin mempersembahkan solat yang terbaik kepada-Nya. Jadi, adik tak perlu terlalu risau, tertekan terlalu obses tidak mahu buat silap ketika berwuduk atau solat.

Yakin dengan diri adik yang adik buat itu sudah betul sekadar yang adik termampu sebagai seorang manusia. Hanya Allah sahaja yang Maha Sempurna.

Tentang was-was yang menyerang akar-umbi akidah adik sehingga meragukan adik terhadap kewujudan Allah pula, perkara ini ada disebut dalam hadis: Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah SAW bersabda: Syaitan akan mendatangi seseorang daripada kamu lalu berkata: Siapa yang mencipta ini dan itu? Sehingga sampai satu peringkat ia menyoal: Siapa pula yang mencipta Allah? Apabila hal seumpama ini terjadi, maka mohonlah perlindungan dengan Allah (isti'aazah) dan hentikanlah (mindamu daripada menerawang berterusan mencari jawapan kepada soalan bisikan syaitan itu). (riwayat al-Bukhari)

Pedoman Hadis

Manakala hadis yang sama dalam riwayat Muslim terdapat tambahan: Katakanlah: Aku beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. (Aamantu billahi wa rasulihi).

Cubalah ikut pedoman hadis ini apabila adik menghadapi masalah itu lagi. Insya-Allah, berkat yakin beramal dengan hadis Nabi SAW, semua masalah was-was adik akan beransur-ansur hilang kelak.

Beritahulah kepada ibu bapa, keluarga dan kawan-kawan adik tentang masalah adik ini sambil meminta mereka memberi sokongan moral kepada adik sepanjang berjuang membebaskan diri adik daripada dijajahi was-was. Mereka mungkin boleh membantu adik contohnya memantau semasa adik berwuduk dan bersolat.

Pada masa yang sama banyakkan membaca al-Quran terutamanya surah al-Baqarah serta ayat al-Kursi jika adik mampu, banyakkan lagi bersabar dan teruskan berdoa memohon kepada Allah SWT agar masalah adik ini segera selesai. Amin.

Jika keadaan bertambah teruk, adik perlulah mendapatkan bantuan profesional seperti kaunselor atau ahli psikologi yang terlatih untuk mengatasi masalah ini kerana kadang-kadang ia ada kaitan dengan faktor genetik atau aktiviti-aktiviti tertentu otak atau masalah peribadi yang adik hadapi dalam kehidupan sehari-hari seperti perasaan terlalu merendah diri dan mengutuk diri - "saya bodoh, jahil dan sebagainya".

Biasanya ia berpunca daripada peristiwa tertentu pada masa lalu yang memberi kesan yang sangat mendalam dalam diri adik. Begitu juga sumber informasi yang salah seperti rasa takut (khawf) kepada Allah yang tidak disertakan dengan informasi ia perlu diimbangi dengan rasa harap (rajaa') kepada Allah.

Kesimpulannya, cubalah menambah ilmu pengetahuan dengan belajar atau melalui pembacaan terutamanya buku-buku agama.
(Utusan Malaysia 5 Mac 2010)

Thursday, March 4, 2010

Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak

Tarikh Keputusan:
2 Oct, 2009
Tarikh Mula Muzakarah:
2 Oct, 2009
Tarikh Akhir Muzakarah:
2 Oct, 2009
Oleh:
Muzakarah Kali Ke-88
Kod Isu:

Keputusan:

1.

Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa di dalam Islam para fuqaha’ sepakat memutuskan bahawa pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.


2.

Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.


3.

Muzakarah juga memutuskan bahawa pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.


4.

Muzakarah juga bersetuju supaya garis panduan pemakaian inai ini disediakan oleh JAKIM dengan memasukkan bersama nas-nas hadis yang berkaitan dengan unsur-unsur syirik dalam penggunaan corak atau ukiran inai.

Mimbar Jumaat

PENYALAHGUNA KUASA PENGAMAL RASUAH PENGKHIANAT SATU MALAYSIA

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Saya mengingatkan diri saya dan tuan-tuan sekalian, marilah sama-sama kita tingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT dengan cara melaksanakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya di samping berusaha mencari kehidupan yang diberkati dan diredhai dengan berbekalkan sumber rezeki halal. Mudah-mudahan kita berjaya menjadi insan yang beruntung di dunia dan akhirat.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Sempena dengan sambutan ulangtahun sulung penubuhan suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang disambut pada 24 Februari 2010 lalu, mimbar Jumaat pada hari ini akan memperkatakan khutbah mengenai tajuk: “Penyalahguna Kuasa, Pengamal Rasuah Pengkhianat Satu Malaysia”.




Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Umat Islam secara fitrahnya adalah terpelihara darah dan harta mereka. Oleh itu, apa-apa juga perkara yang mempunyai unsur khianat terhadapnya adalah dianggap melakukan perbuatan jenayah. Bahkan wajib diperangi ke atas orang yang melakukan kezaliman kepada hak harta dan darah orang lain tanpa sebarang alasan yang dibenarkan syarak. Berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah, lazimnya tabiat memakan harta secara salah, memberi rasuah atau menerima rasuah serta menzalimi hak orang lain dilakukan untuk kepentingan diri, keluarga dan puak tertentu.

Ini ditegaskan oleh Allah SWT dalam surah al-Baqarah, ayat 188:

Maksudnya: “ Dan janganlah kamu makan harta orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).”

Apa yang menakutkan lagi, orang yang melakukan perbuatan rasuah, menzalimi orang lain, mendatangkan kerosakan dan kemusnahan pihak lain mendapat laknat Allah SWT dengan azab yang sangat keras. Abdullah bin Umar r.a berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ أَخَذَ شَيْئًا مِنَ الأَرْضِ بِغَيْرِ حَقِّهِ خُسِفَ بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِلَى سَبْعِ أَرَضِينَ
Mafhumnya: “Sesiapa yang mengambil tanah tanpa haknya, maka dia akan ditenggelamkan dengan tanahnya pada hari kiamat sehingga ke dasar tujuh lapisan bumi”.(Riwayat Bukhari)

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Penjenayah rasuah yang pelbagai latarbelakang ini membawa imej negatif terhadap kebersihan dan ketelusan perkhidmatan negara. Menurut statistik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada tahun 2009, sebanyak 500 tangkapan telah dibuat atas kesalahan jenayah rasuah. Daripada jumlah ini di dapati seramai 191 orang atau 38.2 peratus adalah penjawat awam dan seramai 180 orang atau 38 peratus adalah orang awam. Manakala selebihnya ahli-ahli politik, anggota pentadbiran, kakitangan swasta dan lain-lain.
Bagaimana pun apa yang membimbangkan kita kini ialah bilangan orang awam yang terlibat rasuah semakin meningkat. Sekiranya penjawat awam dan masyarakat bersikap tidak peduli, maka dikhuatiri akan mengancam kestabilan politik, ekonomi dan keselamatan negara. Malah para pelabur asing akan lari kerana bimbang diburu oleh pengamal rasuah dan penyalahguna kuasa ini. Apatahlagi pada masa ini tersebar dakwaan jahat media asing tentang amalan rasuah di negara ini yang semakin membimbangkan pelabur.
Justeru, Islam menggalakkan umatnya bekerja kuat dan mengumpul kekayaan secara halal dengan kudrat dan kemampuan yang ada. Hasil titik peluh yang halal menjadikan jiwa kita sihat dan mempengaruhi personaliti diri. Jangan sesekali kita cemarinya dengan sesuatu yang haram, kotor dan makruh kerana ia menjadikan jiwa tidak tenteram, gelisah, diburu ketakutan dan menyalahi titah perintah Allah SWT.
Dalam sebuah hadith Rasulullah SAW ada menceritakan kisah seorang lelaki yang kusut masai berada dalam kesusahan berdoa kepada Allah tetapi Allah tidak memakbulkan doanya. Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. katanya:
إِنَّ اللهَ تَعَالَى طَيِّبٌ لاَ يُقْبَلُ إِلاَّ طَيِّباً، ثُمَّ ذَكَرَ الرَّجُلُ يُطِيْلُ السَّفَرَ، أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدَّ يَدَيْهِ إِلَى السَّمَاءِ: يَا رَبِّ يَا رَبِّ يَا رَبِّ، وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ، وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ، وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ، وَغَذِيَ بِالحَرَامِ، فَأَنَّى يُسْتَجَابَ لَهُ
Mafhumnya: “Sesungguhnya Allah itu baik dan tidak menerima kecuali yang baik. Baginda kemudian menceritakan kisah seorang lelaki yang bermusafir, berambut kusut masai, berdebu, berdoa tidak henti-henti kepada Allah: Wahai tuhan! Wahai tuhan! Wahai tuhan! Sedangkan makanannya haram, minumannya juga haram, pakaian yang membaluti badannya juga haram serta perutnya di kenyangkan dengan sumber yang haram, maka bagaimana doanya boleh diterima”. (Riwayat Imam Muslim)

Berdasarkan hadith ini, jelas pengaruh pemakanan dan sumber pendapatan yang haram merosakkan kesempurnaan ibadah. Oleh itu, setiap muslim wajib membersihkan hartanya dari sebarang dosa agar doa dan ibadah diterima Allah.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Alangkah ruginya kita disebabkan perbuatan rasuah, ibadah menjadi sia-sia. Bahkan lebih malang lagi, menjauhkan kita daripada mendapat rahmat Allah SWT. Mimbar bimbang, jika kita tidak segera membanteras penyakit rasuah akan menyebabkan kita terdedah dengan pelbagai malapetaka dan bencana dalam kehidupan, akibat kemurkaan Allah. Renungilah firman Allah SWT dalam surah Ali Imran, ayat 112:

Maksudnya: “Mereka ditimpa kehinaan di mana sahaja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia. Dan mereka kembali mendapat kemurkaan dari Allah, dan mereka ditimpa kemiskinan. Yang demikian itu, disebabkan mereka ingkar akan ayat-ayat Allah, dan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tiada alasan yang benar. Semuanya itu disebabkan mereka derhaka dan melampaui batas.”


Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Berdasarkan petunjuk al-Qur’an dan as-Sunnah yang menjadi pegangan asasi kita, maka mimbar ingin mengingatkan bahawa pengamal rasuah, penyalahguna kuasa, pengkhianat amanah dan mereka yang bersyubahat dengan amalan rasuah adalah pengkhianat kepada agama, rakyat dan satu Malaysia. Kita perlu ingat dan insaf, kadar celik huruf dan celik akal di kalangan rakyat negara ini semakin tinggi dan dapat membuat penilaian, pengukuran dengan waras tentang isu-isu rasuah di negara ini. Oleh itu, marilah kita bersama-sama mencermini diri dan berusaha untuk memerangi jenayah rasuah, mengheret ikan jerung dan bilis dalam negara kita demi melahirkan urus tadbir yang baik dalam perkhidmatan kerajaan mahu pun swasta. Ini selaras dengan tuntutan syarak dan hasrat kerajaan hak rakyat didahulukan dan prestasi menghapus rasuah di utamakan.
Mengakhiri khutbah pada hari ini, maka mimbar sekali lagi mengingatkan bahawa mereka yang menolak amalan rasuah adalah manusia hebat dan cemerlang kerana:
Pertama : Menjamin kesinambungan nasab atau keturunannya kekal dalam keadaan insan yang beriman dan berintegriti;
Kedua : Meningkatkan martabat dan integriti organisasi serta warga pengurusan;
Ketiga : Meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap pemimpin yang berani memerangi rasuah; dan
Keempat : Membuktikan bahawa amalan ibadah-ibadah khusus seperti sembahyang, puasa, berzakat dan haji yang diamalkan telah berjaya mencegah dirinya terlibat dengan najis rasuah.
Oleh itu, marilah sama-sama kita meningkatkan integriti dan menunaikan amanah dengan penuh tanggungjawab menghapuskan rasuah. Semoga dengan itu, iman kita terus bertambah dan dapat memakmurkan bumi Allah dengan benih-benih kebaikan, serta menjadi golongan yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran seperti firman Allah dalam surah Ali Imran:

Maksudnya : “Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru kepada kebajikan, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah. Dan mereka yang demikian ialah orang yang berjaya.” (Surah Ali Imran: 104).

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(05 MAC 2010 / 19 RABIUL AWWAL 1431)

Kesalahan Jenayah Syariah Yang Dikenakan Hukuman Sebat

SENARAI KESALAHAN-KESALAHAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH NEGERI-NEGERI YANG
DIKENAKAN HUKUMAN SEBAT

NEGERI AKTA/ENAKMEN/ORDINAN JENIS-JENIS KESALAHAN HUKUMAN

Selangor
Enakmen Jenayah Syariah
(Selangor) 1985
1. Doktrin Palsu (Sek. 7)
2. Mencemarkan Tempat Ibadat (Sek. 11)
3. Sumbang Mahram (Sek. 22)
4. Melacurkan Diri @ Isteri (Sek. 23)
5. Muncikari (Sek. 24)
6. Persetubuhan Luar Nikah (Sek. 25)
7. Persediaan Persetubuhan Luar Nikah
(Sek. 26)
8. Persetubuhan Bertentangan Dengan
Tabii (Sek. 28)
RM 5,000.00 @ penjara tidak melebihi
3 tahun @ sebat tidak melebihi 6 kali
@ mana-mana kombinasi

Kelantan
(Enakmen Kanun Jenayah
Syariah 1985)
1. Zina (Sek. 11)
2. Mukadimah Zina (Sek. 12)
3. Liwat (Sek. 14)
Penjara tidak lebih 3 tahun @ denda
tidak lebih RM 5,000 @kedua-duanya
DAN sebat tidak lebih 6 kali
Denda tidak lebih RM 3,000-00 @
penjara tidak lebih 2 tahun @ keduaduanya
sekali DAN sebat tidak lebih 3
kali
Denda tidak lebih RM 5,000-00 @
penjara tidak lebih 3 tahun @ keduaduanya
sekali DAN sebat tidak lebih 6
kali
4. Meminum Minuman Yang Memabukkan
(Sek. 25)
Denda tidak lebih RM 5,000-00
@ penjara tidak lebih 3 tahun
@ kedua-duanya sekali DAN
sebat tidak lebih 6 kali

Wilayah
Persekutuan
Akta Kesalahan Jenayah
Syariah Wilayah Persekutuan
1997
1. Doktrin Palsu (Sek.4)
2. Perbuatan Sumbang Mahram (Sek.20)
3. Pelacuran (Sek. 21)
4. Muncikari (Sek. 22)
5. Persetubuhan Luar Nikah (Sek.23)
6. Liwat (Sek. 25)
7. Musahaqah (Sek. 26)
Denda tidak melebihi RM 5,000-00 @
penjara tidak melebihi 3 tahun @ sebat
tidak lebih 6 kali sebat @ mana-mana
kombinasi.

Negeri Pulau Pinang
Enakmen Kesalahan Jenayah
Syariah Pulau Pinang1996
1. Doktrin Palsu (Sek. 4)
2. Perbuatan Sumbang Mahram (Sek.
20)
3. Pelacuran (Sek. 21)
4. Muncikari (Sek. 21)
5. Persetubuhan Luar Nikah (Sek.
23)
6. Liwat (Sek. 25)
7. Musahaqah (Sek. 26)
8. Minuman Yang Memabukkan
(Sek. 24)
Denda tidak melebihi tidak melebihi RM
5,000-00 @ penjara tidak melebihi tiga
tahun @ rotan tidak lebih 6 kali sebat @
mana-mana kombinasi.

Negeri Melaka
Enakmen Kesalahan Syariah
Negeri Melaka 1991
1. Perhubungan Jenis Luar Tabii (Sek.
58)
Denda tidak melebihi tidak melebihi RM
5,000-00 @ penjara tidak melebihi 36
bulan @ rotan tidak lebih 6 kali sebat @
mana-mana kombinasi

Negeri Perlis
Enakmen Jenayah Dalam
Syarak 1991
1. Minuman Yang Memabukkan (Sek.
24)
Denda tidak melebihi tidak melebihi RM
5,000-00 @ penjara tidak melebihi tiga
tahun @ rotan tidak lebih 6 kali sebat @
mana-mana kombinasi.

Negeri Johor
Enakmen Kesalahan Syariah
1997
1. Doktrin Palsu ( Sek. 4)
2. Sumbang Mahram (Sek. 20)
3. Pelacuran (Sek. 21)
4. Muncikari (Sek. 22)
5. Persetubuhan Luar Nikah (Sek.
23)
6. Liwat (Sek. 25)
7. Musahaqah (Sek. 26)
Denda tidak melebihi tidak melebihi RM
5,000-00 @ penjara tidak melebihi tiga
tahun @ rotan tidak lebih 6 kali sebat @
mana-mana kombinasi.

Negeri Perak
(Enakmen Jenayah Syariah
(Syariah) 1992
1. Perhubungan Muabbad Dan Ghairu
Muabbad (Sek. 45)
2. Melacurkan Isteri (Sek. 47)
3. Persetubuhan Haram (Sek. 48)
Denda tidak melebihi RM 5,000-00 @
penjara tidak melebihi tiga tahun @
kedua-duanya dan boleh juga
dikenakan sebat tidak lebih 6 kali sebat

Negeri Terengganu
(Enakmen Kanun Jenayah
Syariah (Takzir) Terengganu
2001)
1. Doktrin Palsu (Sek. 4)
2. Perbuatan Sumbang Mahram
(Sek. 24)
Denda tidak melebihi RM 5,000-00 @
penjara tidak melebihi tiga tahun @
rotan tidak lebih 6 kali sebat @ manamana
kombinasi.
3. Perbuatan Sebagai Persediaan Untuk
Melacurkan Diri (Sek. 25)
4. Perbuatan Sebagai Persediaan Untuk
Melacurkan Isteri Atau Kanak-Kanak
Dalam Pemeliharaannya
(Sek. 26)
5. Melacurkan Isteri Atau Anak (Sek.
27)
6. Muncikari (Sek. 28)
7. Musahaqah (Sek. 30)

Negeri Sarawak
Ordinan Kesalahan Jenayah
Syariah (2001)
1. Doktrin Palsu ( Sek. 4)
2. Perbuatan Sumbang Mahram (Sek.
17)
3. Pelacuran (Sek. 18)
4. Muncikari (Sek. 19)
5. Persetubuhan Luar Nikah (Sek. 20)
6. Liwat (Sek. 22)
7. Musahaqah (Sek. 23)
Denda tidak melebihi tidak melebihi RM
5,000-00 @ penjara tidak melebihi tiga
tahun @ rotan tidak lebih 6 kali sebat @
mana-mana kombinasi

Negeri Sabah
Enakmen Kesalahan Jenayah
Syariah 1995
1. Persetubuhan Luar Tabii (Seksyen
76)
2. Persetubuhan Haram (Sek. 80)
Denda tidak melebihi tidak melebihi RM
5,000-00 @ penjara tidak melebihi tiga
tahun @ rotan tidak lebih 6 kali sebat @
mana-mana kombinasi

Negeri Pahang
Enakmen Pentadbiran Ugama
Islam Dan Adat Resam Melayu
Pahang 1982
1. Minuman yang memabukkan (Sek.
136)
2. Zina (Sek. 146)
Denda tidak lebih daripada lima ribu
ringgit @ penjara tidak lebih daripada
tiga tahun @ kedua-duanya dan sebat
tidak lebih daripada enam kali sebatan
3. Sumbang (Sek. 147)
4. Zina dengan orang Bukan Islam (Sek.
149)
5. Mendakyah atau mengajar ugama lain
kepada orang Islam (Sek. 166)
6. Membuat kenyataan keluar daripada
ugama Islam dengan apa-apa jua
tujuan (Sek. 185)
7. Ajaran yang salah (Sek. 162)
8. Suami memaksa, menyokong atau
membiarkan isteri melacurkan diri (Sek.
177)
Denda tidak lebih daripada lima ribu
ringgit @ penjara tidak lebih daripada
dua tahun @ kedua-duanya @ sebat
sebanyak tiga kali sebatan atau ketigatiganya.
Denda tidak lebih daripada empat ribu
ringgit atau penjara tidak lebih daripada
dua tahun atau kedua-duanya dan
sebat tidak lebih daripada enam kali
sebatan.

Negeri Kedah
Enakmen Kanun Jenayah
Syariah 1988
Tidak terdapat apa-apa peruntukan sebat di dalam mana-mana seksyen.
Negeri Sembilan
Enakmen Jenayah Syariah
Negeri Sembilan 2004
Tidak terdapat apa-apa peruntukan sebat di dalam mana-mana seksyen.

*Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah masih dalam tindakan Jawatankuasa Teknikal Undang-undang Syarak/Sivil Jakim untuk diseragamkan di seluruh
Malaysia.
Disediakan Oleh :
Bahagian Penyelarasan Undang-Undang
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Wednesday, March 3, 2010

ISU KALIMAH ALLAH DAN HUKUM PENGGUNAANNYA BAGI BUKAN ISLAM

Oleh :
Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Rashidy Jamil Muhammad ar-Rashid


MUQADDIMAH
Firman Allah SWT :

Maksudnya : Dan orang-orang Yahudi berkata: "Uzair ialah anak Allah" dan
orang-orang Nasrani berkata: "Al-Masih ialah anak Allah". Demikianlah
perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai
perkataan orang-orang kafir dahulu, semoga Allah binasakan mereka.
Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?
(Surah al-Taubah 9 : 30 )

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Yang Maha Esa, Allah yang menjadi tumpuan serta
tempat pergantungan seluruh makhlukNya, Allah yang tidak mempunyai anak serta
diperanakkan dan tidak ada makhluk yang dapat mengatasi dan menandingiNya, apatah
lagi merubah segala yang telah ditaqdirkan olehNya.
Selawat serta salam yang setulusnya buat sebaik-baik ikutan, penyebar nikmat terbesar
di alam ini dengan risalah Islam yang perlu didasari dengan keyakinan Iman, yang telah membersihkan Lafaz Al-Jalalah dari ucapan-ucapan dusta Musyrikin dan Kafirin.
Isu kalimah Allah merupakan satu lagi serangan terkini terhadap Aqidah Islam yang
nampaknya seakan-akan berwajah intelektual. Umat Islam di negara ini dikejutkan
dengan keberanian pihak Kristian yang begitu lantang mempertahankan tindakan
mereka menggunakan lafaz suci ini di dalam bahan percetakan mereka yang akhirnya
turut mengheret institusi kehakiman negara.
Sebenarnya ini bukanlah kali pertama mereka menggunakan kalimah Allah di dalam
penulisan. Jika ditinjau dan diperhatikan, sebelum ini pun terdapat brosur-brosur dan
buku-buku berwajah Islam yang turut menggunakan kalimah Allah seperti Rahsia jalan
yang lurus, Kiamat, Komik Kisah yang paling menarik untuk diceritakan dan
lain-lain yang telah disebarkan secara percuma oleh mereka. Bahkan mereka turut
menggunakan kalimah suci ini di dalam Bible bahasa Melayu yang dikenali sebagai Al-
Kitab, Berita Baik.

Terdapat juga Sarjana-Sarjana Islam yang turut bersetuju dengan tuntutan agar kalimah
Allah dibenarkan sahaja penggunaannya di kalangan bukan Islam dan tidak kurang pula
ada yang menambah hujah-hujah ilmiah bagi menyokong penggunaannya di kalangan
bukan Islam.
Soalnya, apakah benar dakwaan mereka? Benarkah hujah-hujah ilmiah yang telah
dinyatakan tersebut menepati waqi’ dengan memahami kesan-kesan tersurat serta yang
tersirat di sebalik isu yang menggemparkan di negara kita
ini?

PENDAHULUAN
Walaupun penggunaan nama Allah mashyur di kalangan umat Islam dan orang yang
beriman, tetapi mutaakhir ini, isu penggunaan Lafaz Al-Jalalah ini mula dipersoalkan
oleh orang-orang bukan Islam khususnya Kristian di mana Herald Catholic Weekly
turut sama menggunakannya dengan menterjemahkan perkataan God kepada Allah.
Akhirnya pada 24 Januari lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Benard
Dompok merayu Kementerian Dalam Negeri membenarkan Herald Catholic,
menggunakan perkataan Allah dalam edisi terbitan bahasa Melayu sehingga mahkamah
membuat keputusan. Ini menyebabkan berlaku perselisihan pendapat dikalangan
masyarakat khususnya para Ulama’. Justeru, risalah kecil ini cuba sedaya mungkin
menekuni permasalahan ini dengan berpandukan kepada dalil-dalil dan maslahat
setempat.

Pendapat Ulama’
Sebahagian Ulama’ mengemukakan pendapat tentang keharusan menggunakan
perkataan Allah bagi orang-orang bukan Islam. Walaupun begitu, pendapat kebanyakan
Ulama’ menyatakan ketidakharusan berdasarkan realiti dan waqi’ di Malaysia. Justeru,
risalah ini akan cuba membincangkan kedua-dua hujah berkenaan dalam konteks
penggunaan dan semangat bahasa Malaysia itu sendiri di Malaysia ini.

Hujah Yang Membolehkan/ Mengharuskan
Antara Ulama’ yang menyokong berkenaan dengan keharusan penggunaannya ialah
Syeikh Fauzi al-Zafzaf, bekas Timbalan Rektor al-Azhar yang sekarang menjawat
jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Dialog Antara Agama Universiti al-Azhar.
Golongan yang berpendapat bahawa harus penggunaannya di kalangan bukan Islam ini
telah mengemukakan dua hujah. Pertama hujah daripada al-Quran dan kedua daripada
logik akal dan bahasa. Antara hujah mereka ialah :
Pertama : Hujah Daripada al-Quran
(iii) Firman Allah SWT :

Maksudnya : Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad)
bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang
menciptakan langit dan bumi, dan yang memudahkan matahari dan
bulan (untuk faedah makhluk-makhluk-Nya)?" Sudah tentu mereka akan
menjawab: "Allah". Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan
(oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi
perintah-Nya)?
(Surah al-Ankabut 29:61)
Wajah istidlal menunjukkan bahawa keharusan menggunakan nama Allah kerana
orang kafir juga menggunakannya.
(iv) Firman Allah SWT :

Maksudnya : Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad)
bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang
menciptakan langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab:
"Allah". Ucapkanlah (Wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai
bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian - tidak
mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui
(hakikat tauhid dan pengertian syirik).
(Surah Luqman 31:25)
Wajah istidlal daripada ayat ini menunjukkan jawapan yang diberi oleh orang kafir
bahawa Allah lah yang menciptakan makhluk-Nya.
(v) Firman Allah SWT :

Maksudnya : Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (Wahai Muhammad)
bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu:" Siapakah yang
menciptakan langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab:
"Yang menciptakannya ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha
Mengetahui".
(Surah Zukhruf 43 : 9)
Wajah istidlal daripada ayat ini menunjukkan bahawa pencipta langit dan bumi adalah
Allah dan inilah yang diucapkan oleh orang kafir.

Kedua : Hujah Daripada Logik Akal dan Bahasa
1. Lafaz Allah sudah pun wujud dan digunakan sebelum kedatangan Islam. Ini
berdasarkan hujah mereka bahawa bapa Rasulullah SAW sendiri bernama Abd
Allah.
2. Lafaz Allah juga digunakan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani sebelum
kedatangan Islam lagi. Ini berdasarkan dalil al-Quran menerusi surah al-Taubah
yang mengakui bahawa orang-orang Yahudi telah menyatakan Uzair itu anak
Allah. Manakala bagi orang-orang Nasrani pula mengakui bahawa al-Masih (Isa
AS) adalah anak Allah.
3. Lafaz Allah juga wujud dan turut digunakan di dalam Kitab Bible berbahasa Arab.
(al-Kitab al-Muqaddas). Sebagaimana yangn tertulis di dalam beberapa
tempat. Antaranya dalam perjanjian lama, al-Taqwin 1:1. Yang menyebut
dengan jelas : LMNO PIOQRSHI >? BCD EFGHI JK
4. Lafaz Allah bukan milik eksklusif untuk umat Islam sahaja seperti dakwaan
mereka.
5. Hujah mereka yang mengatakan bahawa lafaz Allah ini berasal dan hampir sama
bunyinya dari kalimah Eloh yang merupakan panggilan terhadap Tuhan dalam
bahasa Yahudi.

Hujah Yang Mengharamkan
Ramai di kalangan Ulama’ menolak pendapat yang mengharuskan penggunaan nama
Allah bagi yang bukan Islam. Antara mereka ialah, Penasihat Undang-undang
Kementerian Kehakiman Arab Saudi, Syeikh Abdul Muhsin al-Abikan. Justeru, mereka
mengemukakan hujah di samping menjawab hujah yang dikemukakan oleh yang
mengharuskannya.
Di sini akan dinyatakan beberapa hujah dan alasan berkenaan dengan pengharaman
nama Allah. Antaranya :
Pertama :
1. Kerana Allah yang dimaksudkan dalam Islam mempunyai sifat Ahadiyyah
dan Somadiyyah-Nya sebagaimana firman Allah SWT :

Maksudnya : “Katakanlah (Wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang
Maha Esa. Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon
sebarang hajat…
(Surah al-Ikhlas 112:1-2)
Hamka dalam tafsirnya 30/302 dengan menukilkan Tafsir Abu Suud berkata :
“Diulangi nama Allah sampai dua kali (ayat 1 dan 2) dengan kejelasan bahawa Dia
adalah Esa, Tunggal, Dia adalah pergantungan segala makhluk, supaya jelaslah bahawa
yang tidak mempunayi kedua sifat pokok itu bukanlah Tuhan. Dalam ayat pertama
ditegaskan keesaan-Nya, untuk menjelaskan bersih-Nya Allah dari berbilang dan
bersusun, jelaslah bahawa pada-Nya terkumpul segala sifat Kesempurnaan.
Dia tempat bergantung, tempat berlindung, bukan Dia yang mencari perlindungan
kepada yang lain, Dia tetap ada dan kekal dalam kesempurnaan-Nya tidak pernak
berkurang.”
2. Berdasarkan firman Allah SWT :

Maksudnya : Dan orang-orang Yahudi berkata: "Uzair ialah anak Allah" dan
orang-orang Nasrani berkata: "Al-Masih ialah anak Allah". Demikianlah
perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai
perkataan orang-orang kafir dahulu, semoga Allah binasakan mereka.
Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?
(Surah al-Taubah 9 : 30 )
Wajah istidlal daripada ayat ini ialah pada : Demikianlah perkataan mereka dengan
mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir
dahulu, semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh
berpaling dari kebenaran?
Allah SWT menegaskan bahawa orang-orang Yahudi dan Nasrani telah memfitnah Allah
dengan menyatakan bahawa Allah mempunyai anak iaitu Uzair dan juga al-Masih. Maka
di dalam menolak fitnah ini, Rasulullah SAW diperintahkan untuk menyatakan bahawa
Allah SWT bukanlah seperti yang didakwa oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani
menerusi firman Allah SWT :

Maksudnya : Katakanlah (Wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang
Maha Esa. Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon
sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak
ada sesiapapun yang serupa dengan-Nya".
(Surah al-Ikhlas 112 : 1-4)
Maka setelah Rasulullah SAW membersihkan maksud kalimah ini, dari mulut orangorang
Yahudi dan Nasrani, wajarkah Muslim hari ini memberi kebenaran untuk mereka
menggunakan kembali lafaz suci ini.
3. Lafaz Allah tidak pernah wujud di dalam bahasa asal penulisan Kitab Taurat
orang Yahudi dan Kitab Injil (Bible) orang-orang Nasrani. Sebagaimana yang kita
maklum, bahasa penulisan Kitab Taurat ialah bahasa Ibrani (Hebrew) manakala
bahasa penulisan Kitab Injil (Bible1) ialah bahasa Greek (Yunani).
4. Hujah mereka yang menyatakan bahawa kalimah Allah terdapat di dalam Al-
Kitab iaitu Bible terjemahan bahasa Melayu dan juga Al-Kitab Al-Muqaddas iaitu Bible
terjemahan Bahasa Arab juga tidak dapat diterima kerana lafaz Allah yang digunakan
di dalam kedua-dua Bible tersebut jelas membawa maksud yang berbeza terhadap
lafaz Allah. Ini adalah kerana Allah yang dimaksudkan oleh kedua-dua Bible tersebut
jelas menunjukkan kepada akidah Triniti (tiga di dalam satu) yang meyakini bahawa
Bapa di Syurga ialah Allah, manakala Nabi Isa (Jesus) adalah anaknya dan Ruhul
Qudus pula merupakan salah satu oknum daripada tiga oknum triniti tersebut. Ini
dapat diperhatikan jelas menerusi dalil-dalil daripada kitab Bible mereka yang
menyebut di beberapa tempat antaranya di dalam Perjanjian Baru, Markus 13:32 :
1 Kitab Bible mengandungi perjanjian lama dan perjanjian baru. Lima kitab awal di dalam perjanjian
lama iaitu Kitab Kejadian, Kitab Keluaran, Kitab Immamat, Kitab Bilangan, Kitab Ulangan dipercayai
merupakan Kitab Taurat bagi orang Yahudi.
Meskipun demikian, tidak seorang pun mengetahui hari atau waktunya,
baik malaikat-malaikat di Syurga ataupun anak (Yesus); hanya Bapa
yang tahu.
Dalam Lukas 23:46 juga menyebut :
“Lalu Yesus berseru dengan suara lantang, “Ya Bapa, Aku serahkan diriKu kedalam
tanganMu!” Setelah berkata demikian, Dia pun meninggal.”
Konsep triniti ini juga dapat diperhatikan secara jelas melalui Perjanjian Baru, 1 Yohanes
5:7-8 yang menyebut :
“Ada tiga saksi : Roh Allah, air dan darah dan ketiga-tiganya memberi kesaksian yang
sama”.
Di dalam Perjanjian Baru , Matius 3:16-17 juga menyebut :
Setelah Jesus dibaptis, Dia keluar dari air sungai itu. Tiba-tiba langit terbuka dan Jesus
nampak Roh Allah turun seperti burung merpati ke atasNya. Kemudian terdengarlah
suara Allah berfirman : “ Inilah Anak-Ku yang Aku kasihi. Dia menyenangkan hatiku”.
Di dalam Perjanjian Baru , Lukas 3:21-22 juga menyebut :

Setelah semua orang dibaptis, Jesus juga dibaptis. Ketika Dia berdoa, langit terbuka,
dan Roh Allah berwujud burung merpati turun keatas-Nya. Lalu terdengar satu suara
dari Syurga mengatakan : “ Engkaulah Anak-Ku yang Aku kasihi. Engkau menyenangkan
hatiKu.”
Maka menerusi dalil-dalil yang telah dinyatakan ini, jelaslah bahawa lafaz Allah yang
telah digunakan oleh mereka di dalam kedua-dua Bible tadi membawa maksud yang
amat berbeza dengan keyakinan Islam.
5. Dalam bahasa Ibrani, lafaz Tuhan disebut sebagai Elohim dan YHWH.
Namun YHWH merupakan nama yang terlalu hebat bagi Tuhan dan tidak boleh
disebut sewenang-wenangnya. Perkataan ini, telah diganti sebagai ADONAI2. Ini
dapat diperhatikan menerusi dalil dari Kitab Bible yang menyebut di dalam
perjanjian baru yang menyebut : “Pada tengah hari selama tiga jam, seluruh
negeri itu menjadi gelap. Pada pukul 3 petang, Jesus berseru dengan suara
lantang “Eli, eli lama Sabakhtani?” yang bermaksud “Allah, Allah mengapa Engkau
tinggalkan aku?” beberapa orang di situ mendengar seruan Jesus lalu berkata :
“Dia memanggil Elia.” Seorang dari mereka mengambil bunga karang, lalu
mencelupkannya ke dalam wain murah. Kemudian bunga karang itu
dicucukkannya pada sebatang kayu, lalu dihulurkan ke mulut Jesus. Tetapi orang
lain di situ berkata : “Tunggu, mari kita lihat kalau-kalau Elia datang
menyelamatkan dia.” Kemudian Jesus berseru lagi dengan nyaring lalu
menghembuskan nafas terakhirnya.3
2 What Is His Name? Ahmed Deedat, Islamic Propagation Centre International. Hal. 25
3 al-Kitab Berita Baik, Kitab Matius bab 27 ayat 45-50
15
Kalimah Eli ini juga turut digunakan di tempat yang lain dalam perjanjian baru,
Kitab Markus bab 15 ayat 33-37.
6. Dalam bahasa Greek (Yunani) pun tidak terdapat lafaz Allah. Lafaz Tuhan
di dalam bahasa Greek disebut sebagai Theos. Sekiranya Tuhan yang disembah
oleh mereka merupakan Tuhan yang sebenar, Theos ini dipanggil sebagai
Hotheos. Dan sekiranya merujuk kepada bukan Tuhan yang sebenar, maka dia
dipanggil sebagai Tontheos.4
7. Sekiranya lafaz Allah terdapat di dalam Kitab Bible berbahasa Arab (al-
Kitab al-Muqaddas) sebagaimana yang dijadikan hujah oleh mereka, ini adalah
semata-mata kerana penterjemahan dan penggunaan secara wariasan sahaja
tanpa mereka memahami maksud sebenar dengan semangat bahasa Arab sendiri.
8. Dari sudut Fiqhiyyah pula, Sad al-Zarai’ di mana kalimah Allah jika
dibiarkan untuk digunakan oleh yang bukan Islam, maka kesucian dan kefahaman
amat berbeza serta sifatnya yang muqaddas tidak dapat dipertahankan dan
dipelihara dengan sebaik mungkin. Bahkan fahaman mereka berkenaan dengan
Allah sendiri berlainan sama sekali daripada kefahaman umat Islam.
• Perkataan Allah mempunyai partikel al iaitu al-ilah yang merujuk kepada The Only
God.
4 Dialog Syeikh Ahmad Deedat & Pastor Stanley Sjoberg dalam perbahasan Benarkah Nabi Isa Tuhan?
Hal. 54 oleh Muhammad Ramzi Omar.

• Penulis Marshall G.S Hodgson dalam bukunya The Venture of Islam :
Conscience and History in a World Civilization bahawa terma ‘Allah’ disebut
oleh Muslim yang berbahasa Inggeris adalah merujuk kepada Tuhan dalam Islam.
• Hodgson menyebut orang Islam menyembah Tuhan bernama Allah yang bukan
sekadar Tuhan sebagai pencipta.
Kedua : Jawapan hujah pertama.
Hujah yang mereka gunakan daripada ayat al-Quran :
Surah al-Ankabut 29:61, Surah Luqman 31: 25 dan Surah Zukhruf 43 : 9
Al-Maghari berkata dalam tafsirnya 11/5284 : “Sebenarnya mereka mengetahui, Allah
SWT yang mencipta langit dan bumi serta menundukkan matahari dan bulan. Walaupun
mereka mengakui keesaan-Nya tetapi mereka masih tetap menyembah selain daripada-
Nya. Sepatutnya Dialah yang mesti disembah kerana Dialah satu-satunya yang berhak
disembah. Banyak disebut dalam al-Quran tentang Tauhid Uluhiyyah selepas
menyebut Tauhid Rububiyyah . Tujuan disebut itu bagi mengakui Allah SWT sebagai
pencipta dan penjaga alam semesta, sekaligus mengakui Allah SWT sebagai satusatunya
Tuhan yang berhak disembah, dipatuhi dan ditaati.
Penjelasan Berkenaan Lafaz Allah Dan Maknanya
Perbincangan ini dibahagikan kepada beberapa perkara, antaranya :
Pertama : Pada Bahasa
Lafaz Allah merupakan kata terbitan yang mempunyai kata dasar yang tertentu. Namun
para ulama’ berbeza pandangan tentang asal kalimah Allah tersebut. Pendapat yang
tepat ialah kalimah ini berasal dari ) JQNOD? P- JNODE P- IJKLKD? M- CDGH– CDE (.
Ia membawa maksud (UV اST- RST) iaitu menyembah dan penyembahan. Daripada
timbangan (wazan) ini lahirnya kalimah ilah (CDX) yang bermaksud ma’luh (YODGZ) iaitu
yang disembah (ma’bud). Lafaz ini merujuk kepada maksud yang tersendiri
sebagaimana yang telah dinyatakan oleh para ulama’ bahasa. (Lisan al-Arab 1/197)
Secara tafsilnya, seperti dalam Kitab al-Mu’jam:
Pertama : Perkataan IJKQMNODE[KP- IJKNODKE KP- IJKLKD? M- C[ KDG\ KH– KCKDKE maksudnya ialah : Beribadat
Kedua : Perkataan اILKDKE C[ KD ا\ KH KCMDKE maksudnya : Hairan dan tercengang.
Ketiga : Perkataan MC\QKDMX KCMDKE maksudnya : Pergi dan berharap kepadanya.
Ini semua makna yang diambil daripada kalimah IJKQMNODE[KP- IJKNODKE KP- IJKLKD? M-C[ KDG\ KH– KCKDKE dan
antara lain dengan maksud mentaati dan hal ini berlaku pada ibadah iaitu cinta dalam
ketaatan. (Mausuah Asma’ Allah al-Husna 2/7)
Kata ini merupakan bentuk thulathi (tiga huruf) iaitu alif, lam dan ha yang mencakupi
beberapa makna :

• Peribadatan seperti dikatakan : “Fulan beribadah kepada Tuhan, ketuhanan,” iaitu
menyembah.
• Sewa-menyewa, seperti dikatakan : “Fulan alhan,” iaitu : menyewakannya dan
memberikannya ketenangan.
• Kebingungan, seperti dikatakan : “Aliha-alah,” iaitu bingung.
• Tinggal, seperti dikatakan : “Aliha ditempat, “ iaitu, tinggal ditempat tersebut.
Kedua : Pada Istilah :
Al-Ilah adalah setiap sesuatu yang disembah. Barangsiapa yang menyelidiki
pengambilan sebutan al-Jalalah (Allah) maka diketahui bahawa nama tersebut terambil
dari kata (Ilahu). Ketika kata ini dimasukkan dengan huruf (al) al-tafsir (definitive)
kemudian huruf hamzah pada (Ilahu) serta lam al-ta’rid didengungkan maka menjadilah
sebutan kalimah (Allah). (Allah al-Ahad hal 235-236)
Dinukilkan daripada Ibn Manzur beberapa pandangan para ulama’ berkenaan dengan
nama Allah SWT. (1/196-197)
1. Al-Laith berkata : “Telah sampai kepada kami bahawa nama Allah yang Maha
Besar ialah Allah yang tiada Tuhan kecuali Dia yang bersifat Esa.”
19
2. Syeikh Abdullah Sirajuddin berkata : “Allah adalah isim alam. Menunjukkan
terhadap zat Allah Taala Rab al-Alamin, Tuhan yang disembah dengan sebenar,
bersifat dengan segala sifat kesempurnaan yang tidak boleh dihitung dan dikira,
dihadkan dan dibataskan. Suci daripada segala keaiban dan kelemahan, Esa
dengan sifat wajib al-wujub dan tidak layak seorang pun atau mana makhluk
pun menamakan dengan nama-Nya. Dengan sebab itulah kalimah Allah tidak
ditasniahkan (diduakan) atau dijama’kan.( Haula Tafsir Surah al-Fatihah hal.
21)
3. Al-Khalil berkata : “Allah tidaklah boleh dibuang alif pada nama-Nya, tetapi Dia
adalah Allah Maha Perkasa sebutannya atas kesempurnaan dan Dia bukanlah
daripada nama-nama yang harus di mushtaqkan daripada fiil sebagaimana nama
al-Rahman dan al-Rahim.”
4. Ibn Abbas RA berkata : “Allah yang memiliki (sifat) ketuhanan (al-Ilahiyyah) dan
kehambaan (al-Ubudiyyah) ke atas seluruh makhluk-Nya.”
5. Kalimah Jalalah (Allah) mengetahui zat al-Ilah yang sebenar dan yang Dialah
semata yang berhak disembah.
Kalimah ini yang terbanyak disebutkan di dalam al-Quran. Penggunaannya selalu
berulang-ulang sebanyak 2820 kali. Kalimah ini merupakan lafaz Islam yang termashyur
yang diucapkan setiap insan.
Telah dijelaskan asal kalimah (alif, lam dan ha) dan juga penggunaan masing-masing
pengambilan huruf tersebut, khususnya lafaz Allah di kalangan insan orang-orang Arab.
Kalimah ini berasal dari Arab sama ada pada masa Jahiliyyah mahupun selepas Islam,
dan bukan merupakan kata serapan (dakhil). (Dairah al-Ma’rif al-Islamiyyah 1/302-
311)
Berasaskan pendapat ini,
Ulama’ nahu Arab termashyur antaranya al-Kisa’i dan al-Farra’ mengatakan kalimah
Allah itu berasal daripada kata al-Illah. Kemudian mereka membuang huruf “hamzah”
dan menggabungkan (idgham) huruf “lam” yang pertama ke dalam huruf “lam “ yang
kedua. Kemudian terbentuk satu “lam” yang disabdu kan (tashdid) dan dibaca dengan
tebal dan berat.
Tarjih
Ibn Qayyim al-Jauziyyah berkata : “Yang benar, kalimah Allah ialah kata yang
mempunyai asal, di mana asal katanya ialah al-Ilah. Ini sebagaimana pendapat ahli
bahasa terkenal Sibawaih dan majoriti sahabatnya kecuali beberapa orang yang
berpendapat sebaliknya (tanpa sebarang asas). Lafaz Allah mencakupi seluruh makna
al-Asma’ al-Husna dan sifat-sifat-Nya yang Maha Tinggi.”
Syeikh Sya’rawi dalam tafsirnya 1/27 berkata : “Tentang lafaz Allah pada Bismillah
maknanya mohon bantuan dengan kekuatan Allah SWT untuk menjayakan sesuatu
pekerjaan. Hal ini sangat berbeza dengan Alhamdulillah yang berisikan rasa terima kasih
kepada Allah SWT setelah kita bekerja. Manusia tidak dapat mengungkapkan rasa
syukur kepada Allah SWT kecuali kita menggunakan lafaz al-Jalalah (Allah). Kerana lafaz
tersebut mencakupi seluruh sifat-sifat Allah yang mulia, sehingga tidak perlu
diungkapkan dengan al-Hamdu li al-Qahhar, al-Hamdu li al-Wahhab atau yang lainnya.”
21
Pendapat Tokoh Ulama’ dan Cendekiawan Kristian
Dijelaskan di sini, pendapat tokoh ulama’ dan juga tokoh Kristian yang menunjukkan
ketidaksesuaian penggunaan nama Allah bagi yang bukan Islam.
Pertama : Pendapat Tokoh
1. Dr. Syed Ali Tawfik Al-Attas, Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam
Malaysia telah mengulas isu ini sebagaimana yang telah disiarkan di dalam
Mingguan Malaysia, Ahad 6 Januari 2008.
2. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Setiausaha Agung Persatuan Ulama’ Malaysia
berkata : “Menterjemahkan perkataan God kepada Allah bagi agama lain tidak
sesuai dalam konteks Malaysia yang merujuk kepada Allah sebagai Tuhan yang
Maha Esa. Setelah menimbang maslahah dalam konteks Malaysia, Persatuan
Ulama’ Malaysia bersetuju mengambil pendirian bersetuju bahawa perkataan Allah
tidak wajar digunakan bagi agama lain selain daripada Islam.”
3. Osman Abu Bakar, Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Malayu
(BBPM) berkata : “Haramkan sahaja penerbitan mereka (Herald Catholic) atau
menarik permit mereka jika sengaja menggunakan nama Allah. Kerajaan perlu
mengambil tindakan tegas kerana perbuatan ini boleh mengakibatkan ketegangan
agama. Kita tidak mahu keamanan negara ini dicemari dengan perbuatan tidak
bertanggungjawab seperti ini dan kami sedia bertindak atas nama Islam.”
4. Prof. Dato’ Paduka Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid, Pensyarah Jabatan
Fiqh dan Usul di UIAM berkata : “Hasil penelitian saya, akhbar Herald Catholic
sengaja provokasi Islam Melayu kita dengan menyentuh perkara paling sensitif. Ia
diburukkan lagi dengan tindakan seorang menteri yang tidak menjaga sensitiviti
ini. Kita sanggup bangkit mempertahankan hak ini kerana Allah sendiri mewajibkan
kita berjuang sekiranya kesucian Islam dicemari. Jangan sentuh semangat jihad
kami.”
5. Dato’ Seri Mohd Tamyes Abd Wahid, Mufti Selangor berkata :
“Sepatutnya mereka (Herald Catholic) faham perkataan Allah itu tidak harus
digunakan kerana perkataan itu adalah khusus kepada agama Islam sahaja dan ia
merujuk kepada Tuhan yang Maha Esa.” Dalam agama Kristian sendiri, mereka
tidak menggunakan perkataan Allah dalam kita mereka, sebaliknya mereka
menggunakan perkataan seperti Ilah, God, Lord dan sebagainya bagi merujuk
tuhan mereka.
Menurut beliau, larangan menggunakan perkataan Allah kepada mana-mana
agama lain selain Islam, telah diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan sejak
bertahun-tahun dahulu.
6. Tan. Sri Syaikh Ismail Muhammad, Imam Besar Masjid Negara berkata :
“Nama Allah bukan sewenang-wenangnya boleh digunakan. Ini kerana Islam
merupakan agama yang suci dan tindakah Herold Catholic ini mempersendakan
Islam perlu diambil tindakan tegas.”
7. Dato’ Dr. Maamor Osman, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam
Malaysia (PPIM) berkata : “Kerajaan perlu bertegas dalam hal ini dengan
mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar itu dan jika perlu gunakan
Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).”
Kedua : Cendekiawan Kristian
Penganut Kristian juga berselisih pendapat di dalam hal ini. Pada
Ogos 2007, Tiny Muskens telah membuat seruan kepada
penganut Kristian untuk menggunakan kalimah Allah. Bagaimana
pun seruan tersebut telah mendapat bantahan daripada penganut
kristian sama ada dikalangan Protestans mahupun Katolik sendiri.
Presiden Liga Katolik Bagi Hak Agama Dan Sivil telah membantah
saranan tersebut dengan kenyataannya : “Bishop Martinus Tiny
Muskens can pray to Allah all he wants, but only addlepated
Catholics will follow his lead. It’s not a good sign when members
of the Catholic hierarchy indulge in a fawning exchange with
Muslims, or those of any other religion. 5
Pengerusi General Synod of The Dutch Protestant Church, Gerrit
de Fijter juga menolak cadangan Muskens dengan berkata : “I
5 http ://www.foxnews.com/story/0,2933,293394,00.html

applaud every attempt to encourage dialogue with Muslims, but I
doubt the sense of this maneuver.”6 Izzat Andrews seorang penganut Kristian Koptik di Mesir, di dalam
artikelnya yang berbahasa Arab berjudul Allah Bukan Tuhan
Agama Kristian Dan Yahudi telah menyatakan : “Kalimah Allah
hanya berasal daripada penggunaan orang Jahiliyyah yang
merujuk kepada Tuhan Bulan. Ia tidak pernah termaktub dalam
kitab-kitab suci Yahudi mahupun Nasrani. Tuhan bagi agama
Kristian ialah Elohim.7
Berdasarkan kenyataan yang disebut oleh tokoh-tokoh ulama’ Islam dan cendekiawan
Kristian, jelas menunjukkan bahawa penggunaan nama Allah untuk agama Kristian
tidaklah sesuai bahkan ditentang dengan sekeras-kerasnya oleh kedua-dua pihak.
Tarjih
Setelah melihat kepada dalil-dalil serta hujah-hujah ilmiah yang telah dibincangkan
maka penulis cenderung kepada pendapat ketidakharusan atau haram penggunaan lafaz
Allah bagi yang bukan Islam dalam konteks negara Malaysia ini.
6 http:// www.news .com.au/story/0,23599,22254040-13762,00.html
7 http:// www.coptichistory.org/new_page_197.htm

Sebab-sebab Tarjih
Antara hujah dan sebab-sebab tarjih ialah :
1. Lafaz Allah jelas menunjukkan terbezanya maksud dan mafhum antara
orang Islam dan bukan Islam. Mengikut di dalam kitab Dairah al-Ma’rif al-
Islamiyyah 4/1005 jelas menunjukkan perkataan Allah hanya sahaja digunakan
oleh orang Islam sahaja dari kalangan umat Muhammad SAW. antara lain
menyebut, “Allah adalah Rabb yang Maha Tinggi di sisi orang Islam yang mana
sifat-Nya adalah Tuhan yang berhak disembah dengan sebenar mencakupi segala
sifat kesempurnaan dan keesaan tanpa disekutukan dengan yang lain.”
2. Konsep tauhid hanya wujud dalam Islam sahaja sedangkan kenyataan
orang bukan Islam seperti ahli al-Kitab di kalangan Nasrani dan Yahudi
menganggap ketidakesaan Tuhan sebaliknya adanya konsep anak Tuhan. Justeru,
hal ini amat jarak perbezaannya. Sedangkan Allah bersifat ahadiah dan somadiah.
3. Dr. Ahmad Zaki Hammad dalam Allah Maha Esa : Sifat-sifat Dan
Kesempurnaannya hal 236 berkata : “Dalam sejarah Arab tidak terdapat dalil
dan bukti yang menunjukkan bahawa lafaz al-Jalalah (Allah) telah digunakan
kepada selain Tuhan yang lebih berhak sebagai Pencipta langit dan bumi.”
4. Ma’ruf di Malaysia penggunaan nama Allah untuk umat Islam sahaja. Hal
ini tidaklah pelik kerana berhujahkan kepada bahasa itu sendiri menunjukkan
bahawa Allah adalah Tuhan yang sebenar tanpa disekutukan yang lain. Dengan
sebab itu kalimah tauhid mengiakan ketuhanan tetapi mengisbatkan ketuhanan
yang sebenar kepada Allah.
5. Sekalipun penggunaan nama Allah dinyatakan dalam al-Quran oleh
golongan Musyrikin dan ahli Kitab tetapi maksud mereka dalam isu menthabitkan
Tauhid Rububiyah dan maksud yang lain daripada akidah Islamiah.
6. Maslahat ammah di mana jika diberi keizinan sudah pasti membuahkan
bibit-bibit perpecahan dan pertikaian antara agama dan penganut. Justeru,
pemerintah dengan kuasa yang ada padanya melalui kaedah Sa’d al-Zarai’ boleh
menyekat penggunaan kalimah Allah kepada yang bukan Islam.
Keputusan Majlis Fatwa dan Kabinet
Bagi menyokong dan menguatkan lagi tarjih yang dikemukakan di atas, dijelaskan di
sini keputusan yang pernah dan telah dibuat. Antaranya :
1. Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang telah mengharamkan penggunaan
empat kalimah kepada yang bukan Islam.
2. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa (JKF) Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama
Islam Malaysia kali ke 82 pada 5-7 Mei 2008 memutuskan bahawa penggunaan
kalimah Allah adalah khusus buat agama dan umat Islam sahaja.
3. Berdasarkan perundangan. Keputusan Kabinet pada Mei 1986 yang telah
memutuskan bahawa terdapat empat kalimah yang tidak dibenarkan
penggunaannya oleh bukan Islam iaitu Allah, Ka’bah, Baitullah dan Solat.
4. Malah penggunaan kalimah Allah, Ka’bah, Baitullah dan Solat telah pun
diwartakan hanya eksklusif buat umat Islam sahaja di bawah Warta PU (A) 15/82
dan Pekeliling KKDN. S. 59/3/6/A bertarikh 5 Disember 1986. Manakala jemaah
menteri yang bermesyuarat pada 3 Januari 2008 memutuskan untuk
mengekalkan larangan tersebut sebagaimana yang pernah diputuskan pada 18
Oktober dan 1 November 2006.

Penutup
Syariat Islam yang dianggap sebagai salah satu sumber undang-undang umum tetap
hidup dan menerima perkembangan. Ia berdiri sendiri, bukan diambil atau diciplak
daripada yang lain.
Atas perkembangan inilah, sewajarnya para fuqaha’ Islam bergerak di atas satu manhaj
yang jelas jalannya jika mereka mahu memainkan peranan mereka secara sempurna.
Dr. Yusuf al-Qardawi dalam bukunya Wujud Allah berkata : “Sejak lebih dari dua
kurun yang lalu situasi agama di Eropah berada dalam keadaan yang amat getir
disebabkan persepsi gereja yang terdiri daripada golongan akademik dan pemikir.
Mereka ini telah menjadikan manusia mengingkari agama Allah. Pada realitinya mereka
ini telah menafikan agama gereja dan secara tidak langsung turut sama menafiakn
kewujudan Allah SWT. Sekiranya diberi peluang untuk mengetahui Tuhan yang
sebenarnya dan agama yang sebenarnya pasti mereka telah menjadi seorang yang
beriman kepada Allah SWT.
Meskipun terdapat tanda-tanda kemunculan golongan Atheis pada ketika itu, namun
begitu tanda-tanda tersebut diabaikan. Dengan ini menjadikan fahaman tersebut
berkembang pesat di Eropah dan di negara-negara lain. sejurus dengan itu
menyebabkan beberapa buah negara telah menjadikan fahaman Atheis ini sebagai
prinsip perlembagaan mereka. Mereka menyatakan : “Tuhan tidak wujud dan kehidupan
ini adalah kebendaan” sepertimana yang terjadi pada perlembagaan Soviet Union
(Rusia) dan negara-negara fahaman sosialis yang lain.”
Walaupun begitu, apa yang menjadi musykil, adanya golongan yang bukan Islam, masih
lagi beriya-iya menamakan tuhan-tuhan mereka dengan nama Allah sedangkan maksud
yang dikehendaki mereka adalah tersasar jauh dan menyeleweng daripada akidah
Islamiyyah. Lebih-lebih lagi kalimah suci ini tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal
kitab suci mereka sama ada Taurat dan Bible. Bagi Muslim yang menyokong keharusan
penggunaannya pula diharap dapat menilai kembali sokongan tersebut setelah meneliti
maksud sebenar kalimah Allah yang telah diutarakan tadi. Justeru, ketegasan daripada
pihak pemerintah dan sokongan padu daripada Ulama’ amat diperlukan dalam
mempertahankan kesucian dan kemurniaan akidah Islamiyyah.

Bibliografi
i. Allah al-Ahad (Terjemahan), Dr. Ahmad Zaki Hammad. Jasmin
Enterprise. Cetakan Pertama 2004.
ii. Da’irah al-Ma’rif al-Islamiyyah , Kumpulan Pakar Ulama’. Markaz al-
Syariqah. Cetakan Pertama 1418H/1998M.
iii. Tafsir Sya’rawi (Terjemahan), Syeikh Muhammad Mutawalli Sya’rawi.
Pustaka Dar al-Salam. Cetakan pertama Muharram 1425H/2004M.
iv. Tafsir Maraghi, (Terjemahan), Ahmad Mustafa al-Maraghi. Dewan
Bahasa dan Pustaka. Cetakan Pertama 2001.
v. Haula Tafsir Surah al-Fatihah, Syeikh Abdullah Sirajuddin. Maktbah
Dar al-Fallah. Cetakan Pertama 1420H/2000M.
30
vi. Lisan al-Arab, al-Alamah Ibn Manzur. Dar al-Hadith.
vii. Mausuah Asma’ Allah al-Husna , Muhammad Ratib al-Nabalisi. Dar
al-Maktabi. Cetakan Kelima 1429H/2008M.
viii. Tafsir al-Azhar (Terjemahan), Prof. Dr. Hamka. Pustaka Panjimas.
Cetakan Pertama Mei 1985.
ix. Wujud Allah, Dr.Yusuf al-Qardhawi ( Terjemahan ), MAIDAM. Cetakan
Pertama 2007.
x. Al-Kitab al-Muqaddas, Arabic New Van Dyck Bible 2002 The Bible
Society of Egypt. Cetakan Kedua 2004.
xi. Al-Kitab Berita Baik, The Bible Society Of Malaysia, Edisi Kedua
2001.
xii. Mengapa Kalimah Allah?, Satu Percubaan Menjelaskan
Pengertian Ketuhanan Dalam Islam, Dr. Amriah Buang hal 28-47.
Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur. Cetakan
Pertama 1990.
31
xiii. Dialog Syeikh Ahmad Deedat & Pastor Stanley Sjoberg dalam
perbahasan Benarkah Nabi Isa Tuhan? Hal. 54 oleh Muhammad
Ramzi Omar.
xiv. What Is His Name? Ahmed Deedat, Islamic Propagation Centre
International.
xv. Compact Bible Commentary Hal. 1 oleh Earl Radmacher,Ron Allen &
H.Wayne House
xvi. Izhar Al-Haqq Rahmatullah al-Kairanawi Al-Hind
xvii. Benarkah Nabi Isa Disalib? Ar-Rashid, Rashidy Jamil Muhammad,
cetakan Badan Penerangan dan Penerbitan Persekutuan Melayu Republik Arab
Mesir (PMRAM), Egypt
xviii. http:// www.news .com.au/story/0,23599,22254040-13762,00.html
xix. http:// www.coptichistory.org/new_page_197.htm
xx. http:// www.coptichistory.org/new_page_197.htm.

(Sumber JAKIM)

POLEMIK HUKUMAN SEBAT KE ATAS KARTIKA SARI DEWI SUKARNOR

Pendahuluan

Ramadhan tahun 2009 ini disambut dengan kontroversi isu hukuman sebatan
yang dijatuhkan ke atas Puan Kartika Sari Dewi bt. Sukarnor oleh Mahkamah
Tinggi Syariah, Kuantan, Pahang. Ini berikutan pengakuannya atas kesalahan
minum minuman yang memabukkan dan keengganannya memfailkan rayuan
bagi meringankan hukuman tersebut. Pelbagai respon positif dan negatif dari
semua lapisan masyarakat mengenai isu ini termasuklah pemimpin tertinggi
negara, ahli-ahli politik, badan-badan professional, ahli-ahli akademik dan orang
perseorangan. Laporan khas ini akan mengimbas secara eksklusif coretan
peristiwa yang timbul berkisar pelaksanaan hukuman sebat terhadap model
sambilan berkenaan.

Perjalanan Kes Kartika Sari Dewi Sukarno

11hb Julai 2008 - Lebih kurang jam 11.40 malam, satu operasi bersepadu
dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dengan kerjasama Majlis
Perbandaran Kuantan (MPK), Kastam Diraja Malaysia dan Polis Diraja Malaysia
(PDRM) bertempat di Cherating Bay Launge, Hotel Legend bagi
menguatkuasakan kesalahan ‘minum minuman yang memabukkan’. Hasil dari
operasi tersebut, 5 orang telah berjaya diberkas termasuklah seorang model
sambilan berusia 31 tahun bagi tujuan siasatan lanjut dan diambil sampel air
kencing untuk ujian makmal sebelum dilepaskan dengan jaminan Pegawai
Penguatkuasa Agama.
15hb Julai 2008 - Kartika dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah dan
dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM1,000.00 bersama seorang
penjamin.
31hb Julai 2008 - Keputusan analisis sampel air kencing milik Kartika dari
Jabatan Kimia Malaysia, Cawangan Negeri Pahang yang diterima oleh Pegawai
Penguatkuasa Agama menunjukkan terdapat 22 mg etil alkohol dalam 100
mililIter sampel berkenaan.
1hb Disember 2008 – Sebutan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah
Kuantan, Y.A Dato’ Haji Abdul Rahman Bin Yunus. Pengakuan salah Kartika di
atas pertuduhan di bawah seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan
Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan) 1987 telah direkodkan. Yang Arif
Tuan Hakim telah menetapkan 12hb Januari 2009 sebagai tarikh pengumuman
penghakiman.
12hb Januari 2009 - Kartika tidak hadir dan diwakili oleh peguambela Mohd Zuki
b. Che Mat Ghani. Beliau telah memohon penangguhan bagi membolehkan
hujahan bertulis ke atas rayuan pengurangan hukuman difailkan. Mahkamah
membenarkan permohonan tersebut dan menetapkan kes disebut semula pada
4hb Mei 2009.
4hb Mei 2009 – Kartika hadir bersama peguambelanya. Timbalan Pendakwa
Syarie telah memohon penangguhan untuk membolehkan pihak pendakwaan
meneliti hujahan bertulis yang telah difailkan dan seterusnya memfailkan hujahan
balas iaitu cadangan hukuman pendakwa. Permohonan tersebut dibenarkan dan
kes berkenaan ditetapkan bagi sebutan semula pada 20hb Julai 2009 untuk
keputusan penghakiman.
20hb Julai 2009 - Yang Arif Dato’ Haji Abdul Rahman Bin Yunus menjatuhkan
hukuman denda sebanyak RM5,000.00 atau 3 tahun penjara (jika gagal bayar
denda) dan disebat 6 kali sebatan.
21hb Julai 2009 - Kartika telah membayar denda sebanyak RM5,000.00 di
Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan tanpa memfailkan rayuan atas keputusan
Mahkamah tersebut.
3hb Ogos 2009 - Tarikh akhir bagi pihak Kartika dan/atau pihak pendakwaan
memfailkan rayuan. Namun tiada sebarang rayuan dari kedua-dua pihak
difailkan bagi mengenepikan hukuman berkenaan.
18hb Ogos 2009 - Pihak pendakwaan mengemukakan tiga permohonan kepada
Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, iaitu:
a) Permohonan di bawah Seksyen 125 (4) Enakmen Tatacara Jenayah
Syariah (Pahang) 2002 untuk menahan Kartika di Penjara Wanita Kajang bagi
melaksanakan hukuman sebat.
b) Permohonan menguatkuasakan perlaksanaan hukuman sebat sebanyak 6
kali secara syariah di Penjara Wanita Kajang.
c) Permohonan melepaskan Kartika dari Penjara Wanita Kajang setelah
hukuman 6 kali sebatan dilaksanakan.
19hb Ogos 2009 - Mahkamah membenarkan permohonan tersebut dan
mengeluarkan waran pemenjaraan selama 7 hari bermula pada 24hb Ogos 2009
untuk tujuan pelaksanaan hukuman sebat.
24hb Ogos 2009 - Lebih kurang jam 8.45 pagi, Pegawai Penguatkuasa Agama,
Jabatan Agama Islam Pahang pergi ke rumah Kartika untuk melaksanakan
waran dan perintah Mahkamah tersebut. Namun Penjara Wanita Kajang telah
menghubungi Pegawai Penguatkuasa Agama dan memaklumkan bahawa
perintah berkenaan tidak dapat dilaksanakan berikutan arahan dari Jabatan
Penjara Malaysia. Surat penangguhan perlaksanaan hukuman tersebut hanya
diterima oleh Pegawai Penguatkuasa Agama pada pukul 4.00 petang.

26hb Ogos 2009 – Utusan Malaysia, Pegerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah,
Perpaduan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Mohd
Sahfri Abdul Aziz menyatakan bahawa Ketua Hakim Syarie Negeri Pahang telah
memberi jaminan kepada Peguam Negara untuk menyemak semula keputusan
hukuman sebat ke atas Kartika selepas Aidilfitri ini. Penangguhan pelaksanaan
hukuman sebat tersebut dibuat bagi menghormati kemuliaan Ramadhan.
30hb September 2009 – Utusan Malaysia, Timbalan Menteri Dalam Negeri,
Datuk Wira Abu Saman berkata, Jabatan Penjara kini telah mempunyai Pegawai
Sebat Rotan yang terlatih (sebatan Syariah) dan bersedia untuk melaksanakan
tugas itu pada bila-bila masa. Hukuman tersebut akan dilaksanakan sebaik
sahaja Jabatan Penjara memperolehi perintah daripada Mahkamah Syariah.
02hb Oktober 2009 – The Star, Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah Negeri
Pahang, Mohd Azhari Abdul Rahman memberitahu bahawa Yang Amat Arif
Abdul Hamid Abdul Rahman, Ketua Hakim Syarie Negeri Pahang telah
memutuskan bahawa hukuman denda dan sebatan ke atas Kartika seperti yang
telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan dikekalkan. Mohd
Azhari juga memohon agar keputusan yang dibuat dihormati dan bersabar
menunggu tarikh pelaksanaan hukuman oleh Mahkamah Tinggi Syariah
Kuantan.
Seminar Hukuman Sebat Jenayah Syariah
Bagi JAKIM, JKSM, Jabatan Penjara Malaysia, Persatuan Peguam Syarie
Malaysia dan ahli-ahli akedemik dari universiti tempatan mahupun institut
kefahaman Islam, isu sebat ini bukanlah sesuatu yang baru ataupun
mengejutkan. Ini kerana satu seminar Hukuman Sebat Jenayah Syariah anjuran
Jakim telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Seminar
yang berlangsung pada 23hb April 2009 itu dihadiri oleh semua Ketua Hakim
Syarie negeri-negeri, wakil dari Jabatan Penjara, wakil dari unversiti-universiti
tempatan, Institut kefahaman Islam dan wakil dari Persatuan Peguam Syarie
Malaysia.
Objektif seminar ini bertujuan mengetengahkan semula hukuman sebat bagi
kesalahan jenayah syariah yang pada masa ini agak jarang dilaksanakan
walaupun terdapat peruntukkan di dalam undang-undang jenayah syariah bagi
kesalahan tertentu. Keadaan ini telah mewujudkan persoalan di kalangan orang
ramai termasuklah pengamal undang-undang mengenai kesesuaian hukuman ini
dikekalkan di bawah undang-undang Syariah atau seharusnya dimansuhkan.
Persoalan ini terjawab apabila isu hukuman sebat ke atas Kartika timbul.
Ternyata ia masih lagi relevan dalam konteks undang-undang jenayah syariah.
Namun, pemahaman harus diberikan kepada semua golongan masyarakat agar
ianya tidak keliru. Ini kerana berdasarkan respon orang ramai terhadap isu ini,
ternyata masih ramai yang tersalah anggap mengenai perbezaan antara sebat
sivil dan sebat syariah dengan mengatakan kedua-duanya adalah sama. Lebih
hangat apabila penerima hukuman tersebut adalah seorang wanita, yang mana
di bawah undang-undang sivil wanita tidak boleh menerima hukuman sebatan.
Maka semakin banyak persatuan-persatuan bukan kerajaan mahupun individuindividu
tertentu memberikan komen negatif berkaitan pelaksanaannya.
Perbezaan Di Antara Sebat Syariah dan Sebat Sivil
BIL.
PERKARA
SEBAT SYARIAH
SEBAT JENAYAH
SIVIL
1.
Tempat
perlaksanaan
hukuman sebat
Mana-mana tempat yang
telah di arahkan oleh
mahkamah untuk hukuman
sebat dilaksanakan.
(Seksyen 125(3)(c) Akta
Tatacara Jenayah Syariah
Wilayah-wilayah
Persekutuan)
Tempat dan masa
seperti yang di arahkan
oleh Majistret.
(Seksyen 286 Kanun
Prosedur Jenayah)
2. Saksi
(i) Di hadapan sekurangkurangnya
empat lelaki
muslim.
(Kaedah-kaedah Hukuman
Sebat 1987 Negeri Kelantan)
Tidak dinyatakan.
3.
Masa
pelaksanaan
hukuman sebat
(i) Sebatan hendaklah
dikenakan dengan seberapa
segera yang praktik.
(ii) Sekiranya rayuan di
pohon sebatan hendaklah
dikenakan dengan seberapa
segera yang praktik selepas
penerimaan perintah
mahkamah rayuan yang
mengesahkan hukuman
tersebut.
(Seksyen 126(2) Akta
Tatacara Jenayah Syariah
Wilayah-wilayah
Persekutuan)
(i) Sebatan boleh
dilaksanakan selepas
tamat tempoh tujuh hari
daripada hukuman itu
sekiranya hukuman
sebat adalah hukuman
tambahan kepada
penjara.
(ii) Sebatan boleh
dilaksanakan selepas
tamat tempoh empat
belas hari sekiranya
hukuman penjara
sehingga empat belas
hari dikenakan.
(iii) sekiranya rayuan
atas hukuman dibuat,
sebatan boleh
5
dilaksanakan selepas
perintah mahkamah
rayuan menetapkan
hukuman sebat itu.
(Seksyen 287 Kanun
Prosedur Jenayah)
4. Rotan
(i) Dibuat sama ada daripada
rotan atau ranting kecil;
(ii) tiada ruas atau buku;
(iii) tidak melebihi 1.22 meter
panjang;
(iv) tidak melebihi 1.25 cm
tebal;
(Seksyen 125(2) Akta
Tatacara Jenayah Syariah
Wilayah-wilayah
Persekutuan)
Dewasa – tidak boleh
lebih daripada 1.25
sentimeter garis pusat
Kanak-kanak – rotan
yang halus dan ringan
(Peraturan
131(5)(a)&(b)
Peraturan- peraturan
Penjara 2000)
5.
Bahagian
anggota yang
disebat
Sebatan boleh dikenakan di
mana-mana bahagian
anggota kecuali muka,
kepala, perut, dada dan
bahagian-bahagian sulit.
(Seksyen 125(3)(g) Akta
Tatacara Jenayah Syariah
Wilayah-wilayah
Persekutuan)
Hukuman sebat
dikenakan pada
punggung pesalah itu.
(Peraturan 131(4)
Peraturan-peraturan
Penjara 2000)
6.
Cara pukulan
sebat
(i) Sebatan dengan kekuatan
sederhana tanpa
mengangkat tangan melebihi
paras bahu
(ii) Tidak mengakibatkan
luka pada kulit pesalah
(iii) selepas mengenakan
satu sebatan, alat sebatan
itu diangkat ke atas dan
tidak boleh menariknya.
(Seksyen 125(3)(e)&(f) Akta
Tidak dinyatakan
6
Tatacara Jenayah Syariah
Wilayah-wilayah
Persekutuan)
7. Pakaian
Memakai pakaian yang
menutup aurat bagi lelaki
dan wanita
(Seksyen 125(3)(h) Akta
Tatacara Jenayah Syariah
Wilayah-wilayah
Persekutuan)
Tidak memakai pakaian
dan hanya ditutup di
bahagian anggota sulit
sahaja.
8.
Kedudukan
pesalah ketika
sebat di
laksanakan
Lelaki – sebatan di kenakan
dalam keadaan berdiri.
Perempuan – sebatan di
kenakan dalam keadaan
duduk.
(Seksyen 125(3)(i) Akta
Tatacara Jenayah Syariah
Wilayah-wilayah
Persekutuan)
Di ikat di tripod dalam
keadaan berdiri.
9.
Pemeriksaan
oleh Pegawai
Perubatan
Pemeriksaan oleh Pegawai
Perubatan Islam dilakukan
sebelum hukuman di
laksanakan untuk
memperakui bahawa
kesihatan pesalah adalah
dalam keadaan yang baik
untuk menjalani hukuman
(Seksyen 125(3)(a) Akta
Tatacara Jenayah Syariah
Wilayah-wilayah
Persekutuan)
Hukuman Sebat boleh
dijalankan sekiranya
Pegawai Perubatan
memperakui bahawa
pesalah adalah
berkeadaan sihat.
(Seksyen 290(i) Kanun
Prosedur Jenayah)
10.
Penangguhan
hukuman sebat
(i) Jika pesalah sedang
hamil pelaksanaan
hendaklah ditangguhkan
sehingga 2 bulan selepas
melahirkan.
(ii) Jika pesalah keguguran
hendaklah ditangguhkan
sehingga 2 bulan selepas
keguguran.
(a) Perempuan
(b) lelaki yang
dijatuhkan hukuman
mati.
(c) lelaki yang
diisytiharkan oleh
mahkamah berumur
lebih daripada 50 tahun
(Seksyen 289 Kanun
7
(Seksyen 125(3)(b) Akta
Tatacara Jenayah Syariah
Wilayah-wilayah
Persekutuan)
(iii) Jika pesalah telah
disahkan oleh Pegawai
Perubatan tidak sihat untuk
menjalani hukuman sebat,
ianya hendaklah di
tangguhkan sehingga di
sahkan sihat untuk menjalani
hukuman.
(Seksyen 125(3)(a) & (j)
Akta Tatacara Jenayah
Syariah Wilayah-wilayah
Persekutuan)
(v) Jika pesalah membuat
rayuan, hukuman sebat akan
ditangguhkan sehingga
rayuan selesai.
(Seksyen 126(1) & (2) Akta
Tatacara Jenayah Syariah
Wilayah-wilayah
Persekutuan)
Prosedur Jenayah)
11.
Klausa
Pengecualian
Tiada pengecualian sebatan
ke atas mana-mana kategori
pesalah syariah
(a) Perempuan
(b) lelaki yang
dijatuhkan hukuman
mati
(c) lelaki yang
diisytiharkan oleh
mahkamah berumur
lebih daripada 50 tahun
(Seksyen 289 Kanun
Prosedur Jenayah)
12. Pegawai sebat
(i) Seorang Islam yang adil
dan matang
(i) Pegawai Sebat Rotan
akan dilantik oleh
Komisioner Jeneral
8
(Seksyen 125(3)(d) Akta
Tatacara Jenayah Syariah
Wilayah Persekutuan)
Penjara
13.
Baki hukuman
sebatan yang
dihentikan
Hukuman sebatan adalah
ditangguhkan sekiranya
Pegawai Perubatan Islam
Kerajaan memperakui
bahawa pesalah itu tidak lagi
dapat menerima sebatan,
sebatan itu hendaklah
ditangguhkan sehingga
Pegawai Perubatan itu
memperakui bahawa
pesalah itu sihat tubuhnya
untuk menjalani baki
hukuman itu.
(Seksyen 125(3)(j) Akta
Tatacara Jenayah Syariah
Wilayah-wilayah
Persekutuan)
Jika sebahagian atau
keseluruhan hukuman
sebat tidak dapat
dilaksanakan atas
sebab-sebab kesihatan,
maka ia akan dirujuk
kepada mahkamah.
(Seksyen 290 (2) &
291(1) Kanun Prosedur
Jenayah)
Berdasarkan jadual di atas, melainkan istilah ‘sebatan’ dan kata perbuatan yang
digunakan adalah sama, tidak terdapat sebarang persamaan antara sebat
syariah dan sebat sivil. Ini sangat jelas kerana motif dan tujuan asal hukuman
sebat Syariah bukanlah untuk menyiksa penerima hukuman seperti sebat Sivil.
Tetapi bertujuan sebagai pengajaran dan menjadi contoh teladan kepada
masyarakat.
Perspektif Antarabangsa
Mungkin ramai yang tidak tahu mengenai keanggotaan Malaysia di dalam
Convention on the Elimination of All Form of Discrimination Against Women
(CEDAW) sejak tahun 1995. Di kenali sebagai ‘International Bill of Rights for
Women’, konvensyen yang dianggotai oleh lebih dari 180 negara itu memberi
penekanan terhadap perlindungan dan kesaksamaan hak wanita di dalam
perundangan, ekonomi, sosial dan kemasyarakatan di dalam negara-negara
anggotanya.
Hingga kini, meskipun Malaysia masih belum membuat sebarang deklarasi
ataupun masih lagi di peringkat “reservation” dalam menandatangani
konvensyen ini, prinsip kesaksamaan hak wanita di dalam negara ini tetap tidak
tergugat. Yang nyata, perundangan syariah di negara ini sama sekali tidak
membelakangi prinsip tersebut apabila hukuman sebat syariah dijatuhkan ke
atas Kartika adalah sama seperti kes-kes sebelumnya tanpa mengira jantina.
9
Dari perspektif domestik, tidak dinafikan terlalu banyak respon berbau negatif
dari sesetengah pihak mahupun individu berkaitan isu ini. Namun, harus
difahami dan diingati sebaiknya bahawa kekurangan ilmu pengetahuan di dalam
sesuatu bidang menjadi faktor fitnah di dalam berkata-kata jika tidak kena pada
tempatnya. Yang pasti, pihak yang bertanggungjawab telah memberi penjelasan
sebaik mungkin mengenai isu ini dan telah melaksanakan perundangan Islam
tanpa membelakangi prinsip-prinsip demokrasi dan Pelembagaan negara kita.
Selebihnya adalah bergantung kepada penerimaan masyarakat di dalam
pelaksanaan hukuman tersebut. Yang pasti, perbezaan pendapat sama sekali
tidak menghalalkan perpecahan di dalam masyarakat dan menjejaskan
perpaduan negara terutama apabila melibatkan pihak-pihak seagama dan
sebangsa.
Di arena antarabangsa pula, negara kita menjadi perhatian dunia dan di pandang
tinggi dari pelbagai aspek. Seorang pelancong dari Emiriyah Arab Bersatu yang
ditemui penulis menyatakan dengan bangganya bahawa Malaysia merupakan
negara yang dipandang tinggi oleh negara-negara Arab sebagai negara Islam
terkehadapan. Keindahan alam semulajadi, perpaduan berbilang bangsa dan
agama, pelaksanaan dwi perundangan dan pertumbuhan rancak ekonomi
sebagai “The miracle of South-East Asia” menjadi identiti negara ini di kaca mata
mereka.

Konklusi
Umumnya, apa saja langkah yang kita ambil dalam menangani isu-isu yang
berkaitan dengan pelaksanaan undang-undang Islam yang akan menjenamakan
negara di mata dunia, samada sebagai sebuah negara Islam yang menerapkan
nilai-nilai Islam semata seperti Turki, Syria dan Maghribi atau menjurus kepada
perlaksanaan teras hukum syarak, seperti Afghanistan (sebelum diserang oleh
Amerika Syarikat dan sekutunya); ataupun sebagai sebuah negara Islam yang
mempunyai haluan dan pengisian tersendiri, namun tidak lari dari batas-batas
asal hukum syarak. Semoga Allah bersama kita!
(Sumber JAKIM)