Sunday, November 29, 2009

Tauhid tiga serangkai disyariat dalam Islam?

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN

MINGGU ini kita menyambung kembali persoalan tauhid tiga serangkai yang telah pun diberikan lontaran awal pada dua minggu lepas. Sebelum soalan pertama dilontarkan mengenai tauhid tiga serangkai atau tauhid tiga bahagian yang diformulasikan atau direka oleh Ibnu Taimiyyah ini,

sebaiknya kita melihat dahulu secara ringkas definisi yang diberikan kepada ketiga-tiga tauhid ini.

Tauhid rububiah didefinisikan dengan makna mengesakan Allah pada ciptaan, pemerintahan, takdir, pentadbiran dan perbuatan-Nya serta dalam memberikan suatu kesan.

Manakala tauhid uluhiah didefinisikan dengan makna mengesakan Allah dalam hal peribadatan tanpa mengambil seorang manusia pun bersama Allah sebagai sembahan.

Tauhid Asma' dan Sifat pula didefinisikan dengan makna mengesakan Allah pada apa yang dinamakan dan disifatkan dengan diri-Nya, sebagaimana yang terdapat di dalam kitab-Nya atau yang didapati daripada lidah nabi-Nya yang telah menetapkan dengan apa yang telah ditetapkan bagi diri-Nya.

Dalam membincangkan pembahagian ini, maka perkara utama yang perlu dipersoalkan dan bincangkan ialah adakah pembahagian ini telah dinaskan oleh syarak dan terdapat dalil-dalil yang menunjukkan ke atasnya? Adakah pembahagian ini merupakan perkara yang disyariatkan ataupun perkara baru yang dicipta (bidaah)?

Persoalan ini, mengandungi beberapa jawapan:

Jawapan Pertama

Ibnu Taimiyyah yang merupakan pereka pembahagian tauhid ini mendakwa dirinya bermazhab Hanbali.

Namun Imam Ahmad ibnu Hanbal r.a. sendiri, yang dikatakan menjadi tempat sandaran bagi orang-orang yang melakukan pembahagian tauhid bidaah ini, tidak pernah menyatakan bahawa tauhid itu mempunyai beberapa bahagian; tauhid rububiah, tauhid uluhiah dan tauhid asma' dan sifat.

Beliau juga tidak pernah menyatakan bahawa sesiapa yang tidak mengetahui tauhid uluhiah, tidak dikira makrifatnya tentang tauhid rububiah kerana tauhid rububiah ini telah diketahui oleh orang musyrikin.

Sesungguhnya akidah Imam Ahmad ibn Hanbal r.a telah disusun di dalam kitab-kitab karangan pengikutnya. Misalnya, di dalam kitab biografinya yang ditulis oleh Ibnu Jauzi dan lain-lainnya, tidak terdapat langsung pembahagian tauhid rekaan ini. Maka dari manakah Ibnu Taimiyyah mengambil tauhid ini?

Jawapan Kedua

Tidak berkata walau seorang daripada Sahabat-sahabat Nabi r.a: "Sesungguhnya tauhid itu ialah tauhid rububiah dan tauhid uluhiah, dan sekiranya seseorang tidak mengetahui tentang tauhid uluhiah, maka tidak dikira makrifahnya tentang tauhid rububiyyah kerana tauhid rububiah ini telah diketahui oleh orang musyrikin".

Justeru, saya mencabar kepada setiap orang yang mempunyai ilmu yang mendalam, supaya menaqalkan kepada kami pembahagian yang diada-adakan ini daripada sahabat-sahabat Nabi r.a, sekalipun dengan mengemukakan satu riwayat yang lemah.

Jawapan Ketiga

Tidak terdapat dalam sunnah Nabi SAW yang luas dan menjadi penjelas kepada kitab Allah, sama ada dalam kitab-kitab hadis sahih, sunan-sunan, musnad-musnad dan mu'jam-mu'jam yang menyebut bahawa Nabi SAW pernah bersabda dan mengajar sahabat-sahabatnya, bahawa tauhid itu terbahagi kepada tauhid uluhiah dan juga rububiah yang telah diketahui oleh orang musyrik.

Sekiranya berkumpul jin dan manusia bersama-sama mereka untuk menetapkan bahawa pembahagian ini adalah datang daripada Nabi SAW dengan isnadnya, sekalipun dengan isnad yang lemah, nescaya mereka tidak akan mampu untuk mendatangkannya walaupun dengan satu jalan.

Jawapan Keempat

Telah tercatat dalam sunnah yang banyak, bahawa dalam dakwah Rasulullah SAW mengajak manusia kepada Allah, Baginda SAW menyeru mereka ke arah penyaksian kalimah syahadah: Tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah. Baginda SAW juga mengajak mereka meninggalkan penyembahan berhala.

Di antara hadis yang paling masyhur menyebut tentang perkara ini ialah hadis Muaz ibnu Jabal r.a. Ketika beliau diutuskan oleh Nabi SAW ke Yaman, Baginda SAW bersabda kepadanya: Serulah mereka kepada penyaksian "Bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah". Sekiranya mereka mentaatinya, maka hendaklah kamu khabarkan kepada mereka bahawa diwajibkan ke atas mereka solat lima waktu sehari semalam. (riwayat al-Bukhari dalam Sahihnya)

Diriwayatkan oleh pengarang kitab Sunan dan Ibnu Hibban, bahawa seorang Arab Badawi memberitahu Rasulullah SAW bahawa dia telah melihat anak bulan. Lantas Rasulullah SAW memerintahkan supaya berpuasa dan Baginda SAW tidak menyoalnya melainkan tentang pengakuannya terhadap kalimah syahadah. (diriwayatkan oleh Abu Daud, al Nasaei, al Tirmizi dan lain-lain)

Sekiranya tauhid itu terbahagi kepada tiga bahagian sebagaimana yang mereka perkatakan, maka sudah tentulah Nabi SAW menyeru sekelian manusia kepada tauhid uluhiah yang tidak mereka ketahui dan bukannya tauhid rububiah kerana mereka telah mengetahuinya.

Demikian juga, perlulah Baginda SAW bersabda kepada Muaz r.a, "Serulah mereka kepada tauhid uluhiah," dan Baginda SAW bertanya terlebih dahulu kepada orang Arab Badawi yang melihat anak bulan Ramadan, "Adakah kamu mengetahui tentang tauhid uluhiah dan perbezaan di antara tauhid ini dengan tauhid rububiah, dan adakah kamu mengetahui tauhid asma' dan sifat?"

Jawapan Kelima

Di dalam kitab Allah yang ternyata tidak dicemari dengan kebatilan, tidak membezakan di antara tauhid uluhiah dan tauhid rububiah.

Begitu juga tidak dikatakan kepada mereka: Sesiapa yang tidak mengetahui tauhid uluhiah tidak dikira imannya, bahkan dia adalah lebih kafir daripada Firaun dan Haman. Tetapi Allah SWT memerintahkan dengan kalimah tauhid secara mutlak sebagaimana firman Allah SWT kepada Nabi-Nya dalam surah Muhammad ayat 19: Ketahuilah, bahawasanya tiada Tuhan melainkan Allah. Begitu jugalah dengan keseluruhan ayat tauhid yang disebut di dalam al-Quran.

Sekiranya kamu kehendaki, maka bacalah surah al-Ikhlas yang menyamai sepertiga al-Quran. Adakah kamu mendapati di dalamnya ayat yang membezakan di antara uluhiah dan rububiah sebagaimana yang mereka sangkakan?

Jawapan Keenam

Melalui pembahagian yang direka ini, memberi kefahaman kepada kita, seolah-olah Allah masih belum lagi menyempurnakan agama-Nya. Kemudian, datang seseorang yang kononnya untuk menyempurnakan agama Allah yang masih lagi mempunyai kekurangan dan menjelaskan tentang tauhid dan pembahagiannya kepada manusia pada kurun ke-7 Hijrah.

Pada kurun ini, lahirnya pembahagian tauhid uluhiah, rububiah, asma' dan sifat yang dicetuskan oleh Ibnu Taimiyyah (661- 724 H). Seolah-olah semua umat tidak mengetahui tentang apa yang diperkenalkan oleh pemuka-pemuka pembahagian tauhid rekaan ini.

Selepas kita mengetahui jawapan daripada soalan pertama ini, yakinlah kita dengan sempurna bahawa tauhid ini tidak mempunyai sumber yang sah daripada al-Quran dan hadis.

Ia menunjukkan bahawa pembahagian ini hanyalah rekaan semata-mata. Persoalan kedua akan dikemukakan pada minggu hadapan, insya-Allah.

Tuesday, November 24, 2009

Bahaya Taklid Dalam Tauhid

Oleh DR. ASMADI MOHAMED NAIM

APABILA ditanya dari mana nas al-Quran dan sunnah yang menyebut pembahagian yang jelas bagi tauhid tiga serangkai iaitu tauhid uluhiah, tauhid rububiah dan tauhid asma' wa sifat, pendokongnya yang mengaku berpegang dengan al-Quran dan sunnah pun, teragak-agak mendatangkan hujah.

Lantas mendatangkan hujah-hujah berbentuk taklid iaitu WAMY, ulama-ulama lain dan silibus-silibus beberapa buah universiti yang menyokong. Itu sebenarnya taklid.

Kadang-kadang didatangkan nukilan al-Baghdadi dalam al-Farq Baina al-Firaq berkaitan dengan tafsiran perkataan 'ahlussunnah' sebab mahu bergantung dengan ulama silam Ahlussunnah, namun ditiadakan syarahan bahawa Imam al-Baghdadi sebenarnya mensyarahkan tauhid Sifat di dalam kitab tersebut apabila beliau mensyarahkan firqah najiah (firqah yang selamat). Bahkan perkataan 'tauhid-tauhid sifat' dalam definisi tersebut diabaikan. Walhal itulah antara sifat-sifat 20.

Lihat bagaimana Imam al-Baghdadi mensyarahkan pandangan Ahlussunnah dalam mentauhidkan sifat Allah SWT: "Mereka ijmak bahawa tempat tidak meliputiNya (Allah SWT tidak bertempat) dan masa tidak mengikatnya, berbeza dengan firqah al-Hasyamiah dan al-Karamiah, yang mengatakan Allah memegang arasynya". (Lihat Al-Baghdadi, al-Farq Baina al-Firaq, hal.256).

Dalam isu tauhid, amat merbahaya kita bertaklid. Sepatutnya didatangkan nas-nas yang jelas berkaitan pembahagian tiga serangkai tersebut bersesuaian sekiranya kita bersarjanakan al-Quran dan sunnah.

Kalau berdoa selepas solat secara berjemaah yang tidak ditunjuk oleh hadis secara jelas pun dituduh bidaah dan sesat oleh sesetengah orang (walau berdoa disuruh dalam al-Quran dan sunnah), apatah lagi isu pokok dan besar seperti tauhid.

Apabila ditanya, mana dalil al-Quran dan sunnah apabila anda mengatakan penyembah berhala bertauhid dengan tauhid rububiah (tanpa tauhid uluhiyah)? Lantas akan dinyatakan kata-kata si polan dan polan mengatakan perkara ini dan di sokong pula dengan ulama-ulama ini dan ini.

Persoalan saya: Kenapa tidak ada sepatah pun ayat al-Quran dan hadis atau kata-kata ulama-ulama Salafussoleh (tiga kurun pertama) mengenai perkara ini?

Memang benar ada ayat yang bermaksud: Dan jika engkau bertanya kepada mereka, siapakah yang menciptakan mereka, nescaya mereka menjawab: Allah; jadi bagaimana mereka dapat dipalingkan (dari menyembah Allah SWT). (al-Zukhruf: 87).

Dalil ini digunakan untuk menunjuk- kan orang-orang Musyrik (penyembah berhala) beriman dengan iman rububiah. (Mohd. Naim Yasin, hal.11).

Namun kenapa tidak dicantumkan dengan ayat selepasnya? Dan (Allah mengetahui) ucapannya (Muhammad): Ya Tuhanku, sesungguhnya mereka itu adalah kaum yang tidak beriman. (al-Zukhruf: 88).

Tidak pula al-Quran mahupun sunnah menyebut orang-orang Musyrik beriman dengan tauhid rububiah sahaja! Ini persoalan akidah, sepatutnya ada nasnya secara jelas.

Sebaliknya al-Quran mengatakan dengan jelas bahawa mereka bukan orang yang beriman. Bagaimana kita boleh mengubahnya mengatakan mereka beriman dengan tauhid rububiah? Mana dalilnya sebab ini persoalan akidah?

Ini adalah taklid. Kenapa kita membenarkan taklid dalam soalan akidah sebegini? Kita amat tidak adil apabila membenarkan taklid pada persoalan akidah sebegini.

Lantas kemungkinan saya pula ditanya: Apa dalil kamu dari al-Quran dan sunnah yang menyebabkan kamu mengkhususkan Sifat 20 untuk Allah SWT?

Maka saya berkata: "Bahawasanya Allah SWT bersifat dengan segala sifat kesempurnaan, dan maha suci dari segala kekurangan. Sesungguhnya ketuhanannya melazimkan kesempurnaan mutlak secara khusus untuk ZatNya.

"Kemudian, kami memilih sifat-sifat terpenting daripada sifat-sifatNya yang maha sempurna dan kami menjelaskannya secara terperinci perkara-perkara dan keyakinan-keyakinan yang berkaitan dengannya (Lihat al-Buti, 1992, Kubra al-Yaqiniyat al-Kauniyyah, h108).

Adalah satu fitnah sekiranya kami dikatakan menghadkan sifat Allah SWT kepada 20 sahaja!

Saya mungkin ditanya lagi: Mana dalilnya dari al-Quran dan sunnah? Saya akan mengatakan bahawa semua sifat dua puluh itu ada dalilnya di dalam al-Quran dan sunnah. Kalau mahu diperincikan, boleh dilihat dalam semua buku yang mensyarahkan Sifat 20.

Saya ditanya lagi: Bukankan Sifat 20 itu susunan Muktazilah? Saya berkata: Sekiranya saudara membaca sejarah Islam silam, saudara akan memahami bahawa pada zaman Khalifah Abbasiah iaitu Ma'mun bin Harun ar Rasyid (198H-218H), al-M'tashim (218H-227H) dan al-Watsiq (227H-232H) adalah khalifah-khalifah penganut fahaman Muktazilah atau sekurang-kurangnya penyokong-penyokong yang utama dari golongan Muktazilah.

Dalam sejarah Islam, dinyatakan terjadinya apa yang dinamakan 'fitnah al-Quran itu makhluk' yang mengorbankan beribu-ribu ulama yang tidak sefaham dengan kaum Muktazilah.

Pada masa itu, Imam Abu Hassan al-Asy'ari muda remaja, dan belajar kepada seorang Sheikh Muktazilah, iaitu Muhammad Abdul Wahab al-Jabai (wafat 303H).

Imam Abu Hassan al-Asy'ari (wafat 324H) melihat terdapat kesalahan besar kaum Muktazilah yang bertentangan dengan iktiqad (keyakinan) Nabi SAW dan sahabat-sahabat baginda, dan banyak bertentangan dengan al-Quran dan sunnah. Lantas beliau tampil meninggalkan fahaman Muktazilah dan menongkah hujah-hujah kaum Muktazilah.

kefahaman masyarakat

Bermula dari itulah, Imam Abu Hassan al-Asy'ari melawan kaum Muktazilah dengan lidah dan tulisannya. Justeru, susunan tauhidnya bermula setelah dia berjuang menentang Muktazilah dan mengembalikan kefahaman masyarakat kepada al-Quran dan sunnah.

Di atas jalannya, ulama silam menelusuri, antaranya ialah Imam Abu Bakar al-Qaffal (wafat 365H), Imam Abu Ishaq al-Asfaraini (wafat 411H)., Imam al-Hafiz al-Baihaqi (wafat 458), Imam Haramain al-Juwaini (wafat 460H), Imam al-Qasim al-Qusyairi (wafat 465H), Imam al-Baqilani (wafat 403H), Imam al-Ghazali (wafat 505H), Imam Fakhrurazi (wafat 606H) dan Imam Izzuddin bin Abd Salam (wafat 660H). (Lihat Kiyai Sirajuddin Abbas (2008). Aqidah ahlussunnah wal Jamaah, h21-23).

Tidak pernah wujud pertelingkahan antara penghuraian Imam Abu Hassan al-Asy'ari dan Imam al-Maturidi dengan pengikut-pengikut mazhab fiqh yang empat.

Kemudian saya mungkin diperlekeh kerana pengajian sifat 20 ini bentuknya kaku, lantas contoh sindirannya ialah: "Wujud maksud ada, lawannya tiada.... akhirnya semuanya tiada".

Saya katakan sememangnya cara perbahasan Sifat 20 kena diperbaharui dan diringkaskan.

Dalil-dalil al-Quran berkaitan sifat tersebut perlu lebih dipertekankan berbanding dengan dalil-dalil akal yang rumit-rumit yang mungkin zaman kita tidak memerlukannya.

Pada saya, mungkin penulisan seorang ulama Indonesia Kiai Sirajuddin Abbas bertajuk: Aqidah Ahlussunnah wal Jamaah, boleh digunakan untuk memudahkan kefahaman pembaca. Buku ini masih banyak dijual di toko-toko buku di Wisma Yakin, Kuala Lumpur.

Saya kemudian ditanya berkaitan dengan sahabat-sahabat saya yang mungkin belajar dan mengajar tauhid tiga serangkai ini?

Saya katakan pengalaman saya mendengar pensyarah-pensyarah dan sahabat-sahabat saya yang mengajar tauhid pecah tiga ini, ada di kalangan mereka tidak ekstrem, tidak sampai mengkafirkan/mensyirikkan golongan yang tidak sependapat.

Contohnya bila memperkatakan tawassul dan menziarahi kubur, ada di kalangan mereka menerimanya tanpa mengkafirkannya atau menyesatkannya.

Demikian juga persoalan penafsiran ayat-ayat sifat, ada yang tidak menerima/ tidak taklid bulat-bulat kenyataan Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab, dan lebih kepada menyerahkan kepada Allah SWT. Mereka lebih suka merujuk terus ke Ibn Taymiyyah berbanding Sheikh Abd Wahhab.

Di kalangan mereka (mengikut cerita adik saya ketika dia belajar di Universiti Yarmuk, Jordan), pensyarah Aqidahnya mengatakan: Kamu orang-orang Malaysia, ramai mengikut Ahlu sunnah aliran Asyairah.

Namun, tauhid yang diajarkan ini mengikut susunan Ibn Taymiyah kerana menjadi silibus Universiti ini (pada masa itu). Terserah kepada kamu mengikut keyakinan Asyairah itu (tanpa beliau menyesatkannya).

Mereka menyedari ramai ulama silam (sama ada muhadithin, fuqaha' atau mufassirin) dari kurun ke tiga Hijrah berpegang kepada huraian Imam Abu Hassan al-Asy'ari (wafat 324H) dan Imam Abu Mansur al-Maturidi (wafat 333H).

Walaupun begitu, ada yang amat ekstrem dalam pegangannya sehinggakan menyesatkan imam-imam terdahulu yang berada dalam lingkungan ratusan tahun.

Semoga pembaca membuat pertimbangan dan terbuka berkaitan isu ini. Pada saya berpegang pada tauhid susunan dan huraian orang yang dekat dengan Rasulullah SAW (al-'ali) lebih selamat dari berpegang kepada tauhid orang terkemudian dan sekarang yang kelihatan cacar marba metodenya dan bertaklid dengan orang-orang baru (al-nazil).

Semoga Allah SWT menyelamatkan kita dari kesesatan dan menganugerahkan kita jalan yang lurus.
(Utusan Malaysia,Rabu, 25 November 2009 Masihi/ 8 Zulhijjah 1430 Hijrah)

Perbahasan "اذا صح الحديث فهو مذهبي"

Penulis : Ustaz Nazrul Nasir


Beberapa hari saya tidak menulis, mungkin agak sibuk dengan persediaan peperiksaan yang semakin hampir. Teringin juga jari-jari ini memetik butang key board menulis semula . Tambahan pula semenjak akhir-akhir ini, golongan “mujtahid jadi-jadian” semakin ramai menceburi bidang penulisan ini. Semakin mereka menulis, semakin saya risau melihat masyarakat yang tertipu dengan gaya bahasa yang mereka gunakan seolah-olah menampakkan bahawa mereka benar-benar orang yang berkelayakkan di dalam memperkatakan tentang permasalahan hukum-hakam. Pelbagai pendapat digunakan oleh mereka demi mempertahankan pendapat-pendapat yang boleh kita klasifikasikan sebagai “menegakkan benang yang basah”.

Kalam para ulama Mujtahid yang sering kita dengar seperti :


* إذا صح الحديث فهو مذهبي
* لا ينبغي لمن لم يعرف دليلي أن يُفتي بكلامي
* لا تقلدني و لا تقلد مالكا و لا الأوزاعي و لا غيرهم و خذ الأحكام من حيث أخذوا


Pendapat-pendapat para Imam Mujtahid ini sering disalah gunakan oleh golongan yang gemar mendakwa-dakwi sebegini.Kalam pertama yang bermaksud (( Jika sahih sesebuah hadis maka itulah mazhabku)) digunakan oleh golongan ini dengan mengatakan bahawa, jika kita berjumpa sebuah hadis yang sahih dan mendapati hadis tersebut bertentangan dengan pendapat Imam Mujtahid ( Abu Hanifah, Malik, Syafie dan Ahmad bin Hambal radhiyallahu anhum), maka dahulukan hadis yang sahih kerana ini juga merupakan pendapat sebahagian para Imam tersebut.

Al-Imam Nawawi rahimahullah menyebutkan di dalam muqaddimah Majmu’ Syarah Muhazzab:

“ Memang benar al-Imam Syafie menyebutkan :


إذا وجدتم في كتابي خلاف سنة رسول الله صلى الله عليه و سلم فقولوا بسنة رسول الله صلى الله عليه و سلم و دعوا قولي



Maksudnya:

Jika kamu semua (para ulama) mendapati di dalam kitab yang aku tulis menyalahi Sunnah baginda sallallahu alaihi wasallam maka keluarkan pendapat kamu semua dengan Sunnah Baginda sallallahu alaihi wasallam dan tinggalkan pendapatku.”



Al-Imam Nawawi rahimahullah menyebutkan lagi bahawa:

Kata-kata Imam Syafie tersebut bukanlah bermaksud sesiapa sahaja yang menjumpai hadis sahih maka terus mengatakan bahawa ianya merupakan mazhab Imam Syafie itu sendiri.Malah beramal dengan zahir kalam itu semata-mata. Bahkan sebenarnya kalam al-Imam Syafie tersebut ditujukan kepada para ulama yang telah sampai kepada peringkat ijtihad di dalam mazhab seperti yang telah kita sebutkan sebelum ini(rujuk Muqaddimah Majmu’ ). Syarat untuk para yang beramal dengan kalam Imam ini ialah mesti tidak meletakkan sangkaan bahawa al-Imam Syafie radhiyallahuanhu tidak berjumpa dengan hadis ini atau tidak mengetahui bahawa hadis ini tidak Sahih. Syarat ini tidak akan dapat disempurnakan melainkan setelah mengkaji dan mentelaah keseluruhan kitab-kitab karangan al-Imam Syafie , kitab-kitab para ulama Syafieyah yang lain dan yang seumpama dengannya. Inilah merupakan syarat yang agak sukar untuk dipenuhi. Hanya sedikit yang dapat menyempurnakan syarat ini.



Maksud kalam al-Imam Nawawi sangat jelas. Agak menghairankan kita, golongan yang mendakwa kalam al-Imam Syafie kadang-kadang bertentangan dengan hadis ini merupakan dakwaan yang ternyata menyimpang. Bahkan kitab-kitab al-Imam Syafie mereka tidak memahaminya dengan baik (maksudnya memerlukan penguasaan bahasa Arab yang tinggi kerana al-Imam Syafie radhiyallahu anhu merupakan seorang ahli Bahasa Arab yang hebat), apatah lagi membacanya. Ini sepatutnya yang disedari oleh mereka. Tetapi ego dan bodoh sombong yang menyebabkan mereka tidak mahu memahami pendapat ulama sebegini.

Oleh kerana itulah kita katakan, perlu membaca kitab para ulama dengan para alim-ulama yang benar ilmunya, bukan dengan pembacaan secara persendirian tanpa guru yang membimbing. Akan sesat jadinya. Ini asas pertama yang perlu diperbetulkan oleh mereka. Akhir-akhir ini kita melihat mereka juga belajar dengan guru, tetapi guru yang mengajar pula hakikatnya belajar dengan guru yang tidak belajar dengan ulama yang benar ilmunya,bersih pengambilannya serta jauh daripada pendapat-pendapat yang menyalahi jumhur para ulama.

Kata Imam Nawawi lagi menukilkan kata-kata Imam Abu Amru Ibn Salah rahimahumallah:

“Kalam al-Imam Syafie tersebut bukanlah boleh diamalkan dengan zahir luarannya semata-mata,Bukanlah semua ulama yang Faqih (hebat dalam ilmu fiqhnya) beramal secara terus daripada hadis yang dirasakan hujah baginya.”



Kata Imam Abu Amru Ibn Salah lagi:

“ Jika seorang ulama bermazhab Syafie tersebut menjumpai sebuah hadis yang menurutnya bertentangan dengan mazhab yang dipegangnya, Maka perlu dilihat semula kepada keahlian orang tersebut. Jika ulama tersebut telah mencapai peringkat Ijtihad (seperti yang kita sebutkan di dalam keluaran yang lepas) maka tiadalah masalah baginya untuk beramal dengan hadis tersebut. Tetapi jika dia masih tidak mencapai tahap Ijtihad dan menyukarkan baginya menemukan sebab-sebab pertentangan hadis tersebut dengan kalam Imam Mazhab @ Mazhab itu sendiri maka bolehlah baginya beramal dengan hadis tersebut jika terdapat seorang lagi Imam Mujtahid Mutlak selain Imam Syafie(seperti Imam Abu Hanifah , Malik, Ahmad dan lain-lain).”



Kata al-Syeikh Wahbi Sulaiman Ghawuji al-Albani hafizahullah(bukan Syeikh Nasiruddin al-Albani) di dalam risalah kecilnya berkenaan kalam tersebut:

Maksud kalam tersebut ialah:

Kata para imam , kalam tersebut ditujukan kepada para ulama yang benar-benar berkelayakkan di dalam mengeluarkan hukum.Mereka(yang dibenarkan) adalah merupakan para ulama yang hebat di dalam ilmu hadis. Ini bermakna, jika sahih sesebuah hadis sahih tersebut yang bertepatan dengan syarat-syarat pengambilan sesebuah hadis dan kaedahnya berdasarkan mazhab yang mereka gunakan , maka gunakan hadis tersebut. Bukannya kalam tersebut menyuruh setiap kali membaca hadis yang sahih maka tinggalkan beramal dengan pendapat imam mazhab.



Sebaliknya golongan yang sering mendakwa-dakwi ini, menggunakan pendapat ini dengan luarannya sahaja, bukan maksud sebenar kalam tersebut.

Al-Imam Malik Radhiyallahuanhu menyebutkan kepada para muridnya(yang merupakan para mujtahid) ketika beliau mengeluarkan pendapat di dalam sesebuah hukum,

“ Kamu perlu mengkajinya semula, ini kerana ianya merupakan pegangan agama kita.Tiada seorang pun boleh diterima pendapatnya bulat-bulat tanpa perlu dikritik, melainkan pendapat yang dikeluarkan oleh pemilik Maqam yang mulia ini( mengisyaratkan kepada Saidina Muhammad sallallahu alaihi wasallam).”



Saya ingin bertanya, adakah Imam Malik radhiyallahu anhu bercakap seorang diri ketika tersebut? Atau adakah beliau mengucapkan pendapat tersebut dihadapan orang awam yang tidak mengerti hukum-hakam? Jawapannya tentu tidak sama sekali. Golongan yang dibicarakan oleh al-Imam ialah merupakan kelompok mujtahid. Seolah-olah al-Imam ingin memberitahu kepada murid-muridnya bahawa mereka juga telah sampai kepada peringkat Ijtihad yang tinggi. Syarat-syarat untuk menjadi seorang mujtahid telah saya terangkan di dalam keluaran yang lalu. Jika syarat sebegini masih tidak jelas, maka bagaimana seseorang tersebut boleh mengaku bahawa dia juga boleh mengeluarkan hukum terus daripada al-Quran dan Sunnah?

Pendapat kedua yang sering digunakan oleh mereka ialah pendapat yang dikeluarkan oleh al-Imam Abu Hanifah radhiyallahuanhu iaitu :

لا ينبغي لمن لم يعرف دليلي أن يُفتي بكلامي

Maksudnya:

Tidak sepatutnya bagi seseorang yang tidak mengetahui dalil yang aku keluarkan untuk berfatwa dengan pendapatku.


Pendapat ini jelas menunjukkan bahawa ianya disebutkan kepada golongan ulama yang benar-benar alim di dalam bidang tersebut. Ini kerana perkataan “ berfatwa” tersebut tidak lain dan tidak bukan semata-mata ditujukan kepada para ulama ahli fatwa,bukannya mujtahid jadi-jadian . Ini perlu difahami dengan baik dan jelas. Perlu juga bagi seseorang tersebut melihat semula kepada syarat-syarat untuk berfatwa yang disusun oleh para ulama . Antara ulama yang menyusun tentang adab-adab fatwa ini ialah al-Imam Abu Qasim al-Soimuri rahimahullah(guru kepada al-Imam Mawardi rahimahullah), al-Imam al-Khatib al-Baghdadi rahimahullah, dan al-Imam Abu Amru Ibn Salah rahimahullah. Ketiga-tiga kitab ini telah diringkaskan perbahasannya oleh al-Imam Nawawi rahimahullah dan beliau meletakkan perbahasan tersebut di dalam kitabnya Majmu’ Syarah Muhazzab.

Jika kamu membaca semula syarat-syarat berfatwa dan Mufti, tentulah kamu akan menyedari betapa jauhnya jurang sebenar antara kamu (yang suka mendakwa-dakwi sebegini) dengan para ulama yang benar-benar sampai kepada peringkat mengeluarkan fatwa.Malah al-Imam Nawawi sendiri menyebutkan bahawa bidang fatwa adalah merupakan bidang yang sangat merbahaya diceburi tetapi sangat tinggi kelebihannya(bagi yang layak sahaja).

Al-Imam Malik radhiyallahu anhu menyebutkan:

ما أفتيت حتى شهد لي سبعون أني أهل لذلك

Maksudnya:

Aku tidak akan berfatwa melainkan selepas disaksikan oleh tujuh puluh orang ulama bahawa aku benar-benar layak di dalam bidang fatwa ini.


Kalam-kalam sebegini tidak pula dilihat oleh golongan sebegini. Mereka hanya mengambil pendapat-pendapat yang luarannya merupakan suatu kelebihan kepada diri mereka untuk meninggalkan berpegang dengan mazhab itu sendiri. Sedangkan langsung tidak memahami maksud kalam itu sendiri.

Jika kita memahami maksud kalam-kalam yang disebutkan dengan baik maka pendapat Imam Ahmad bin Hambal radhiyallahu anhu juga akan mudah bagi kita memahaminya. Maksudnya Imam Ahmad menyebutkan pendapat tersebut bukanlah untuk orang awam melainkan untuk para ulama yang telah mencapai peringkat Ijtihad.

Al-Allamah Syeikh Muhammad Awwamah hafizahullah menukilkan kalam al-Imam Kairanawi radhiyallahu anhu:


“Maksud sebenar kalam al-Imam Syafie (Jika sahih sesebuah hadis maka itulah Mazhabku) dan kalam ulama yang lain yang menyebutkan sedemikian ialah tidak lain selain ingin menunjukkan kepada kita hakikat bahawa kalam yang menjadi hujjah adalah kalam Baginda sallallahu alaihi wasallam bukannya kalam kami(para Imam Mujtahid).Seolah-olah Imam Syafie ingin mengatakan: Jangan kamu menyangka kalam aku adalah hujjah berbanding kalam Baginda Sallallahu alaihi wasallam dan aku juga berserah kepada Allah jika pendapat yang aku sebutkan bertentangan dengan Sabda Baginda sallallahu alaihi wasallam.”



Hakikatnya, kalam al-Imam Syafie radhiyallahu anhu adalah merupakan sifat tawaddhuk yang ada pada beliau. Mustahil seseorang Imam tersebut akan mengeluarkan sesuatu hukum dengan hawa nafsunya melainkan setelah dikaji secara terperinci dengan ilmu pengetahuan yang dipelajarinya dan iman yang mendalam.

Oleh sebab itulah al-Imam Ibn Uyainah Radhiyallahuanhu menyebutkan:

الحديث مضلة إلا للفقهاء

Maksudnya:

Hadis adalah sesuatu yang mampu menyesatkan seseorang (yang tidak memahaminya) melainkan kepada para fuqaha(ulama).


Al-Imam Ibn Hajar al-Haitami radhiyallahu anhu menerangkan maksud sebenar kalam al-Imam Ibn Uyainah radhiyallahu anhu di dalam kitabnya Fatawa Hadisiah mukasurat 521:

“Maksud kalam tersebut ialah Hadis adalah seumpama al-Quran yang mana ianya terkadang merupakan lafaz umum tetapi maknanya khusus, ianyanya juga terdapat Nasakh dan Mansukh, terdapat juga hadis yang tidak diamalkan, dan sebahagiannya jika dipegang dengan zahir maka akan menjadi masalah seperti hadis ينزل ربنا (Allah turun ke Langit pertama disepertiga malam). Jadi maksud sebenar sesebuah hadis tidak akan difahami melainkan diterangkan oleh para ulama.Ini berbeza dengan orang yang tidak mengetahui maksud sebenar hadis tersebut melainkan zahirnya semata-mata, maka akan tersesat jadinya seperti yang berlaku kepada sebahagian ulama terdahulu dan terkemudian seperti Ibn Taimiyah dan pengikutnya”


Bagi menentukan sesebuah hadis sahih tersebut bertentangan dengan pendapat Imam Mazhab maka perlu bagi mereka-mereka yang berkata sedemikian mempunyai dua perkara:

1. Kuat sangkaannya bahawa Sang Imam tidak menemukan hadis yang dia temui.

2. Orang yang mengatakan sedemikian mestilah seorang yang benar-benar pakar di dalam ilmu rijal Hadis, Matan Hadis, cara-cara berhujah dengan hadis, dan cara mengeluarkan hukum daripada hadis tersebut berdasarkan kaedah yang diletakkan oleh mazhab.

Terdapat 4 marhalah (peringkat ) bagi menentukan adakah benar seseorang tersebut benar-benar pakar di dalam Ilmu hadis.(Marhalah ini saya petik secara ringkas daripada risalah al-Syeikh Wahbi Sulaiman Ghawuji al-Albani hafizahullah ):

Peringkat pertama

Di dalam peringkat ini seseorang tersebut perlulah mengetahui kedudukan perawi hadis tersebut samaada ianya Thiqah, Saduq dan sebagainya. Serta perlu juga memerhatikan hafalan dan kekuatan ingatan perawi tersebut.Perlu mengetahui tentang martabat thiqah, tempat mana yang perlu didahulukan jarah dan ta’dil(nama ilmu di dalam Mustalah Hadis bagi menentukan darjat seorang perawi).Mengetahui tentang bilakah tarikh perawi tersebut meninggal duni dan dari manakah asalnya dan sebagainya. Pendek kata kesemua ilmu yang diterangkan di dalam kitab Mustalah Hadis perlu diketahui secara lumat dan mendalam oleh seseorang tersebut.

Peringkat kedua

Peringkat ini lebih sukar daripada sebelumnya.Setelah seseorang tersebut mengetahui secara mendalam tentang mustalah hadis tersebut maka perlu pula baginya untuk mengkaji secara teliti dan mendalam hadis-hadis yang terdapat di dalam kitab Sihah, Sunan, Musnad, Jawami’, Mu’jam, al-Ajza’dan lain-lain kitab hadis bagi mencari sesebuah hadis tersebut adakah benar-benar bertentangan dengan pendapat sang Imam. Perlu juga baginya untuk mengetahui adakah hadis tersebut Mutawatir, Masyhur dan sebagainya. Perlu juga baginya mengetahui adakah hadis tersebut Syaz atau mungkar . Perlu juga baginya mengetahui adakah hadis tersebut marfu’, mauquf atau maqtu’.

Oleh sebab itulah al-Imam Abu Hatim al-Razi rahimahullah menyebutkan: “ Tidaklah seseorang tersebut dikatakan benar-benar pakar di dalam bidang hadis melainkan setelah kami (para ulama hadis )menulis hadis tersebut dengan 60 keadaan dan dia mampu menerangkan satu persatu hadis-hadis tersebut tentang hukumnya sama ada Syaz, Mungkar, Ma’ruf, Mutawatir, Marfu’, Mauquf, Fard dan Masyhur.”

Peringkat ketiga

Peringkat ini lebih sukar daripada kedua-dua peringkat di atas. Setelah benar-benar melalui kedua-dua peringkat tersebut, maka seseorang tersebut perlulah melihat sama ada hadis yang dikajinya terdapat illah(kecacatan) atau tidak. Illah yang tersembunyi menurut para ulama hadis adalah yang paling sukar ditemukan melainkan oleh ulama-ulama yang benar-benar pakar di dalam ilmu hadis. Ini diketahui dengan jelas oleh sesiapa yang mempelajari ilmu hadis dengan baik.

Peringkat keempat

Peringkat ini adalah yang paling sukar ditemukan melainkan para Mujtahid yang sampai ke peringkat mutlak. Ramai ulama hadis yang sukar mencapai peringkat ini walaupun mereka sudah mencapai ketiga-tiga peringkat sebelum ini. Walaupun mereka menghafal hadis tersebut dan mengetahui segalanya tentang ilmu hadis , tetapi di dalam permasalahan hukum hakam tetap mereka serahkan kepada para fuqaha.

Kerana itulah al-Imam al-A’mash radhiyallahu anhu menyebutkan kepada al-Imam Abu Hanifah radhiyallahu anhu:

يا معشر الفقهاء, أنتم الأطباء ونحن الصيادلة و أنت أيها الرجل أخذت بكلا الطرفين

Maksudnya:

Wahai para fuqaha, kamu adalah doktor yang mengetahui tentang ubat sesuatu penyakit, manakala kami para muhaddith (ulama hadis) merupakan pemilik ubat tersebut.Manakala kamu wahai lelaki( Imam Abu Hanifah ) , kedua-duanya kamu miliki (sebagai seorang doktor dan sebagai seorang pemilik farmasi).


Maksud kalam al-Imam al-A’mash tersebut ialah para fuqaha mengetahui di manakah sumber pengambilan hukum bagi menyelesaikan sesuatu permasalahan, manakala para muhaddis akan membekalkan hadis-hadis sebagai sumber pengambilan hukum tersebut. Manakala al-Imam Abu Hanifah radhiyallahu anhu mempunyai kepakaran di dalam kedua-dua bidang tersebut(iaitu hadis dan fiqh).

Kesimpulan

Setelah kita perhatikan dan baca dengan teliti perbahasan yang saya tulis ini,jelas lagi bersuluh bahawa menghukumkan sesuatu dengan zahir hadis yang kamu(golongan wahabi) rasakan bahawa ianya bertentangan dengan kalam Imam merupakan suatu tohmahan yang tidak berasas dan tidak mengikut jalur pengajian dan pengkajian yang baik. Perbahasan yang saya buat ini mungkin agak berat bagi sesiapa yang tidak mengetahui istilah-istilah yang digunakan. Jika ada masa, saya akan menerangkannya selepas ini. Tetapi jika “ para mujtahid jadi-jadian” tidak memahaminya maka jelaslah, kamu semua tidak mencapai lagi serendah-rendah martabat tersebut. Maka perlu beristghfar dan memohon keampunan di atas keterlanjuran dan keegoan yang terdapat di dalam diri kamu.

Rujukan:

1. Majmu’ Syarah Muhazzab oleh al-Imam Nawawi rahimahullah tahqiq Syeikh al-Allamah Najib Muti’ie .Cetakan Darul A’lam Kutub

2. Risalah إذا صح الحديث فهو مذهبي oleh Syeikh al-Allamah Wahbi Sulaiman Ghawuji al-Albani al-Hanafi hafizahullah.Cetakan Darul Iqra’.Cetakan Pertama 2005.

3. Fatawa Hadisiah oleh al-Imam Ibn Hajar al-Haitami rahimahullah .Cetakan Darul Taqwa.

MOHD NAZRUL ABD NASIR,
RUMAH KEDAH,
KAHERAH,MESIR.

Monday, November 23, 2009

Dermalah Organ Demi Sebuah Kehidupan

“Dermalah Organ Demi Sebuah Kehidupan”
Organ ialah alat dalam tubuh badan manusia, binatang, dan tumbuh-tumbuhan yang mempunyai tugas yang penting. Dalam bahasa Arab dan Inggeris organ merangkumi organ dalaman dan organ luaran. Dengan erti kata lain, organ ialah anggota tubuh badan sama ada anggota dalaman atau luaran. Muktahir ini masalah dan isu pendermaan organ manusia menjadi perbualan dan perbincangan di kalangan pelbagai kaum dan bangsa di Malaysia serta bermacam-macam kempen, program, dan usaha yang dilaksanakan oleh pihak-pihak dan badan-badan tertentu untuk menggalakkan pendermaan organ demi memberi harapan hidup kepada golongan yang memerlukan. Saya rasa terpanggil untuk melihat perkara ini menurut sudut perspektif yang berbeza iaitu melalui perspektif Islam dan syarak berdalil Al-Quran, hadith Nabi Muhammad s.a.w, kaedah-kaedah fiqhiyyah,dan pandangan para ulama Islam dalam persoalan semasa ini.
Jika kita selusuri secara kasar ,kita akan mendapati seolah-olah masalah ini tidak berlaku perbincangan(perbahasan) di kalangan para fuqaha dahulu tetapi hakikatnya para ulama dahulu tidak membincangkan hal tersebut secara jelas. Perbincangan mereka dalam masalah berkaitan dengan organ hanya berkisar sekitar perkara yang mereka andaikan akan terjadi(fiqh taqdiry) seperti makan jasad manusia ketika darurah, potong anggota badan yang dihinggapi penyakit berjangkit, rawatan menyambung tulang yang patah, belah perut ibu yang sudah meninggal bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan atau harta yang ditelan semasa hidup, rawatan luka menggunakan tulang manusia, dan penjualan rambut anak Adam. Walaupun begitu, asas dan panduan yang mereka tinggalkan daripada perbincangan mereka yang lalu dijadikan rujukan dan garis panduan para ulama dan cendiakiawan Muslim masa kini untuk menentukan hukuman pemindahan dan pendermaan organ serta keharusan perkara demi kemaslahatan dan kebahagiaan untuk individu lain.
Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Baqarah ayat 195:
“ Dan janganlah kamu menjatuhkan(mencampakkan) dirimu sendiri ke dalam kebinasaan”.
Ayat ini jelas melarang manusia Muslim melakukan perbuatan yang boleh mengakibatkan kebinasaan diri. Contoh yang sering kita dengari ialah merokok dan menghisap dadah. Namun begitu, ayat di atas ini jika kita lihat secara analogis ia juga boleh difahami bahawa Islam tidak membenarkan manusia membiarkan dirinya dalam keadaan bahaya maut atau tidak berfungsi organ tubuhnya yang sangat penting baginya tanpa usaha penyembuhannya dengan berubat termasuk pemindahan organ dari individu yang berhati mulia yang sanggup mendermakan organnya bagi memberikan harapan kepada yang berkenaan untuk menikmati kehidupan yang lebih baik.
Firman Allah yang lain:
“Dan sesiapa yang memelihara keselamatan hidup seorang manusia maka seolah-olah ia telah memelihara keselamatan manusia semuanya”
(Al-Maidah:32)
Ayat ini berbentuk umum, merangkumi setiap bentuk usaha untuk menyelamatkan nyawa seseorang daripada kebinasaan termasuklah orang yang mendermakan organnya dan para doktor yang memindahkannya kepada orang lain bagi menyelamatkannya dari binasa atau mengembalikan semula fungsi organnya sebagaimana asal yang seumpama memberi satu kehidupan kepada individu tersebut. Syeikh Mahmud Syaltut, seorang ulama kontemporari menyatakan ayat ini menunjukkan bahawa Islam sangat menghargai tindakan kemanusiaan yang dapat menyelamatkan jiwa manusia, Misalnya seorang yang menemui bayi yang dibuang ditempat sampah wajib mengambilnya untuk menyelamatkan jiwanya. Demikian pula seorang yang dengan ikhlas hati mahu menyumbangkan organ tubuhnya setelah ia meninggal maka Islam membolehkan bahkan memandangnya sebagai satu amalan perbuatan kebajikan yang tinggi nilainya, kerana menolong jiwa sesama manusia dan memberi satu sinar harapan yang baru untuk insan yang kurang bernasib baik ini meneruskan kehidupan.
Sejarah umat Islam yang terdahulu pun ada merekodkan amalan terpuji golongan Ansar yang sanggup berkorban dan melebihkan saudara mereka, golongan Muhajirin hatta ada kisah yang menyatakan wujud individu dari golongan Ansar yang rela memberikan salah seorang isterinya kepada seorang sahabat Rasulullah s.a.w(golongan Muhajirin). Perihal hal ini dinukilkan Allah s.w.t dalam firmanNya:
“Dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri sekalipun mereka berada dalam keadaan kekurangan dan sangat berhajat”
(Al-Hashr:9)
Perlakuan seseorang menderma organ kepada orang lain adalah satu perbuatan mulia dan termasuk dalam konteks ayat di atas kerana pelakunya sanggup memberi sesuatu yang berharga pada diri untuk didermakan kepada golongan yang amat memerlukan pada saat genting iaitu ketika nyawa berada di hujung tanduk dan maut datang menyinggah. Daripada perlakuan itu menyerlahkan bahawa mereka ini berpegang dengan wahyu Allah dan mempraktikkan sifat mahmudah golongan Muhajirin yang sanggup mengutamakan orang lain dari diri sendiri. Selain itu, pesakit yang keselamatan nyawanya dikatakan bergantung kepada pemindahan organ, dan ada pula orang yang sanggup menderma organnya kepada pesakit berkenaan tanpa rasa bimbang berlaku kebinasaan pada diri sendiri, sudah tentu tindakan pendermaan itu termasuk dalam bab ihsan yang digalakkan oleh syarak dan menepati seruan dermalah organ demi sebuah kehidupan.
Qawaid(kaedah-kaedah) Fiqhiyyah pula yang boleh lihat dalam menjelaskan persoalan ini ialah:
1. “Kemudaratan hendaklah dihilangkan”
2. “Keadaan darurah mengharuskan yang haram”
3. “Apabila suatu perkara berada dalam kesempitan ia mewujudkan keluasan”
Kaedah-kaedah ini terbit daripada nas-nas syarak, menjelaskan bahawa syarak memberikan rukhsah(kelonggoran) kepada orang yang berada dalam situasi darurah untuk menghilangkan kemudaratan yang menimpa dan boleh dikaitkan dengan operasi pemindahan organ dan pendermaan organ kerana ia melibatkan keadaan kesukaran atau darurah kepada pesakit yang diancam maut. Manakala, apabila dibandingkan kemudaratan yang dialami oleh penderma organ dengan kemudaratan yang menimpa pesakit yang amat memerlukannya sudah tentulah kemudaratan pesakit yang terlibat lebih besar kerana itu menghilangkan kemudaratan pesakit harus diutamakan dan ini selari dengan satu kaedah fiqhiyyah yang berbunyi:
“ Apabila bertembung dua kemudaratan, hendaklah diutamakan mengelak kemudaratan yang lebih besar dengan melakukan kemudaratan yang lebih kecil”
Ringkasnya, sudah terang lagikan bersuluh bahawa sesungguhnya menderma organ adalah amalan yang terpuji, selaras dengan roh syariat Islam, dan satu perbuatan yang amat tinggi ganjarannya di sisi Allah s.w.t kerana individu tersebut melakukannya tanpa memikirkan keselesaan dan kepentingan diri sendiri malahan lebih mengambil berat dan mengutamakan diri orang lain. Tambahan lagi, timbang tara dan neraca hukum dan nas-nas syarak jelas mengharuskan amalan ini dan sekaligus menepiskan anggapan negatif orang ramai kepada perkara ini serta secara langsung menghilangkan kekaburan dan kegusaran lalu. Maka adalah molek kempen menderma organ ini dijalankan secara lebih giat dan meluas terutamanya di kalangan masyarakat negara ini berserta penerangan yang lebih lanjut dalam hal. Dermalah organ anda demi sebuah kehidupan yang lebih sempurna kepada golongan yang memerlukan. Firman Allah s.w.t:
“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran(pemusuhan).
(Al-Maaidah:2)

Wallahual'am.

Sunday, November 22, 2009

Budaya Ilmu Kini-Jahil Dalam Disiplin Ilmu

Soalan yang perlu dijawab :

1. Pernahkah anda melihat ada pelajar yang mengatakan tidak perlu ikut mazhab tetapi ambil sahaja al Quran dan Hadith Sahih? (sedangkan yang berkata ini jahil di dalam ilmu hadith yang berkaitan dengan hadith hasan, hadith hasan sahih, hadith dhoief - bahkan menyamakan hadith dhoief dengan hadith maudhuk)

2. Pernahkah melihat hujjah yang mengatakan ulamak pun ada buat silap, bukan maksum (sedangkan dirinya pun lagi banyaknya salah kerana tidak mempunyai ilmu seperti ulamak yang dikatanya silap dan bukan maksum tersebut) ?.

3. Pernahkah melihat di dalam blog tertentu yang ada novel-novel yang diisikan dengan pengisian cerita yang menukilkan tentang kalam ulamak agar jangan bertaqlid, mazhabku adalah hadith sahih (sedangkan kalam ulamak mujtahid ini ada disyarahkan dan ditujukan kepada golongan tertentu iaitu mereka yang bertaraf mujtahid - mereka yang mampu untuk mengistinbath (mengeluarkan) hukum sahaja).

4. Pernahkah anda melihat atau membaca mereka yang kuat mengatakan amalan-amalan tertentu (yang telah dipersetujui ulamak ia adalah khilaf (perselisihan pendapat antara ulamak mujtahid)) sebagai bid'ah sesat?

*************************************************************************************

Ketahuilah bahawa mereka yang terlibat di atas ada antara mereka adalah mereka yang tidak mahu belajar adab di dalam disiplin ilmu. Gelojoh dan terburu-buru untuk menjadi seorang pakar hukum tanpa menyelidik dan mengkaji pendapat dan hujjah ulamak muktabar yang lain.

Saya teringat kisah imam syafi'e (mujtahid mutlaq pengasas mazhab Syafie) bagaimana beliau sedari kecil belajar mengenai al Quran sehingga dapat menghafaznya pada umurnya 9 tahun. Kemudian belajar hadith dengan cara mendengar dan bertemu sendiri dengan guru-guru hadith, dan beliau mencatatnya di atas tulang, tembikar dan kulit binatang. Bahkan beliau juga mempelajari bahasa Arab yang asli dengan Kabilah Hudzail sehinggalah beliau mahir dalam bidang hadith, hafalan al Quran, bahkan dalam kesusasteraan bahasa Arab yang asli.

Menurut Dr Said Ramadhan al Buthi dalam bukunya - Alla mazhabiyyatu Akhtaru Bid'atin Tuhaddidu Asy Syarii'ata Al Islamiyyah mengenai pendidikan Imam Syafie :

'Tentang ilmu hadith, beliau belajar kepada Imam Sufyan bin Uyainah, seorang alim besar ahli hadith kota Mekah di masa itu. Adapun tentang ilmu al Quran, beliau belajar kepada Imam Ismail bin Qasthanthin, seorang alim besar ahli Quran di Kota Mekah pada masa itu. Selanjutnya, kepada para ulama lain di masjidil Haram. Beliau belajar berbagai ilmu pengetahuan agama. Ketika berumur 15 tahun, beliau telah menduduki kerusi mufti di Kota Mekah.'

Ketika umurnya 10 tahun, beliau sudah memahami kitab al Muwattha' karangan Imam Malik bin Anas (pengasas mazhab Maliki). Bahkan beliau juga mempertahankan mazhab Maliki.

Dan semasa beliau sudah mempunyai ilmu alat (ilmu asas yang menjadi keperluan untuk mengistinbath hukum) barulah beliau mengemukakan pendapatnya sendiri, serta mengomentari pendapat gurunya (imam Maliki) jika ada yang lemah. Tetapi tidak pula imam Syafie mengatakan ia sebagai bid'ah sesat!. Ini kerana akhlaq yang terbina di dalam diri seorang ulamak yang benar-benar takutkan ALlah untuk menjaga lisan, perilaku dari perbuatan yang tiada hak.

Begitulah - sehingga ramai murid imam syafie yang mengikuti terdiri dari ulamak-ulamak besar, bahkan ada di kalanganya adalah muhaddithin (ulamak hadith), mujtahid tarjih (ulamak yang mampu mengetahui dan menilai mana pendapat yang kuat dan lemah), mujtahid mazhab, mujtahid fatwa seperti Imam Bukhari, Imam Abu Bakar al Humaidi, Imam Ahmad bin Hanbal (pengasas mazhab Hanbali), Imam al Buwaithi, Imam Muhammad bin AbduLLah. Dan ramai lagi - anda boleh menyelusuri sendiri dari kitab Tabaqat Syafi'eyyah karangan al Subki.

SubhanaLLah - mereka ini semuanya belajar dengan disiplin ilmu yang ketat. Mempelajari semuanya dari asas bersama-sama dengan adab sebagai pelajar dan sehinggalah menjadi ulamak yang hebat. Barulah ada antara mereka yang mendirikan mazhab sendiri (setelah menjadi mujtahid mutlaq) dan ada yang terus untuk mengikuti mazhab syafie.

Hakikatnya kini, banyak kecelaruan yang timbul dengan adanya pelajar, golongan profesional yang belajar tanpa ada ilmu asas. Gelojoh hendak mempelajari ilmu yang lebih mendalam. Sehinggalah berani mengeluarkan fatwa dan pendapat sendiri berdasarkan kejahilan dan hawa nafsu sendiri kerana tidak belajar mengikut kaedah yang betul dan disiplin ilmu yang benar. Mereka tidak memikirkan kesan buruk yang timbul kepada orang awam (yang tidak mampu untuk menjadi ulamak mujtahid). Hingga timbullah pecah belah antara umat Islam.

ALlah memerintahkan bukan sahaja dalam urusan kepimpinan, bahkan juga dalam urusan agama untuk memberikan amanah kepada yang berhak dan berkelayakan.

Firman Allah subhanahua ta'ala dalam surah An-Nisa'ayat 58 yang berbunyi :

Maksudnya Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada orang yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkannya dengan adil ".



Daripada Abu Hurairah dia berkata:


“Ketika Nabi s.a.w. di dalam suatu majlis berbicara dengan orang ramai maka datang seorang `arab badawi lalu bertanya: "Bilakah hari kiamat?". Rasulullah s.a.w. meneruskan ucapannya. Ada yang berkata "Baginda dengar (apa yang ditanya) tetapi baginda tidak suka apa yang ditanya". Sementara yang lain pula berkata "Bahkan baginda tidak mendengar". Apabila telah selesai ucapannya, bagida bertanya: "Manakah orang yang menyoal". Jawab (badawi tersebut): "Saya di sini wahai Rasulullah". Baginda bersabda: "Apabila dihilangkan amanah maka tunggulah kiamat". Tanya badawi tersebut: "Bagaimanakah menghilangkan amanah itu". Sabda baginda: "Apabila diserahkan urusan kepada bukan ahlinya maka tunggulah kiamat".

(Riwayat al Bukhari)

Berhati-hatilah wahai diri, perhatikan dari mana kamu mengambil urusan agama. Semoga dijauhkan dari pendustaan terhadap Allah dan RasulNya serta melakukan kezaliman terhadap ulamak dan umat Islam.

Sumber rujukan : Dr Said Ramadhan al Buthi, Alla mazhabiyyatu Akhtaru Bid'atin Tuhaddidu Asy Syarii'ata Al Islamiyyah, K.H AbduLlah Zakiy Al-Kaaf,Bahaya Bebas Mazhab Dalam Keagungan Syariat Islam.

Sumber : Http://JomFaham.Blogspot.Com

Kebesaran Bulan Zulhijjah

Oleh: PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN


DALAM kekecohan beberapa isu dan bencana alam yang melanda negara kita mutakhir ini, sedar atau tidak, hari ini kita telah pun melangkah masuk ke dalam bulan Zulhijjah.

Untuk sama-sama menghayati kebesaran dan anugerah yang disediakan dalam bulan Zulhijjah, maka ruangan Relung Kasih menangguhkan persoalan Tauhid Tiga Serangkai yang sepatutnya disambung pada minggu ini.

Dengan 'inayah dan ri'ayah Allah pastinya, maka pada hari ini kita dikurniakan lagi untuk kesekian kalinya nikmat bulan Zulhijjah yang besar fadilat dan ertinya.

Bulan Zulhijjah bukanlah bulan hanya bagi tetamu Allah tetapi bulan istimewa bagi seluruh umat Islam yang peka dengan waktu-waktu yang dimuliakan oleh Allah dan bijak mengambil peluang bagi meraih curahan rahmat, maghfirah (keampunan) dan keredaan-Nya.

Sesungguhnya pada kejadian Allah SWT terdapat benda-benda, masa-masa, tempat-tempat dan insan-insan yang dibesarkan dan dimuliakan oleh-Nya.

Di antaranya ialah kaabah, Hajar Aswad, zamzam, bulan Ramadan, hari Jumaat, 10 terawal bulan Zulhijjah, Mekah, Madinah, Baitul Maqdis, para Nabi, Rasul dan sebagainya.

Kesemua perkara itu merupakan syiar Allah yang diperintahkan supaya dibesarkan sebagaimana firman-Nya: Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa yang menghormati syiar-syiar agama Allah maka (dialah orang yang bertaqwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat takwa hati (orang Mukmin). (al-Hajj: 32)

Dalam bulan Zulhijjah, Allah menganugerahkan masa-masa yang dibesarkan dan dimuliakan oleh Allah. Iaitu sepuluh hari terawal bulan Zulhijjah, Hari Arafah, Aidil Adha dan Hari Tasyriq.

Sesungguhnya, Allah SWT telah bersumpah dengan Fajar Aidil Adha dan 10 malam bulan Zulhijjah dalam surah al-Fajr ayat 1 dan 2: Demi waktu fajar Aidil Adha; dan malam 10 Zulhijjah (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah).

Kita maklumi, Allah tidak bersumpah dengan suatu perkara melainkan kerana kemuliaan dan kepentingan perkara tersebut. Allah telah menganugerahkan pada 10 malam terawal bulan Zulhijjah dengan kelebihan-kelebihan yang lebih besar dan hebat daripada malam-malam yang lain.

Banyak hadis yang menerangkan tentang kelebihan hari-hari ini dan kelebihan amalan yang dilakukan padanya.

Di antaranya, sebagaimana yang disebut di dalam hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Tidak ada dari hari-hari yang dilakukan amal soleh padanya yang lebih disukai oleh Allah daripada hari-hari yang sepuluh ini. Sahabat r.a bertanya, Wahai Rasulullah! Dan tidakkah juga berjihad fi sabilillah (lebih afdal daripada beramal pada hari-hari ini)? Rasulullah SAW bersabda, "Tidak juga berjihad fi sabilillah, kecuali orang yang berjihad dengan diri dan hartanya dan kemudian dia syahid". (riwayat al Bukhari)

Ulama berdalilkan hadis ini sebagai galakan atau sunat berpuasa pada sembilan hari daripada 10 hari terawal bulan Zulhijjah kerana puasa juga termasuk dalam kategori amalan soleh.

Perkara ini disebut oleh al Hafiz Ibnu Hajar r.a, Rasulullah SAW juga bersabda: "Berpuasa sehari dalam bulan ini (hari yang ke-9) menyamai puasa 1000 hari dan sehari puasa pada hari Arafah menyamai puasa 10,000 hari".

Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Tidak ada dari hari-hari yang lebih dikasihi Allah untuk dipenuhi dengan ibadah kepada-Nya daripada 10 hari terawal dari bulan Zulhijjah; puasa setiap hari daripadanya menyamai puasa setahun, solat pada setiap malam daripadanya menyamai solat pada malam al-Qadar".

Bahkan, disunatkan bagi orang yang mahu melakukan korban menahan dirinya terlebih dahulu daripada memotong kukunya dan mencukur bulu sama ada pada kepala, muka dan badannya. Iaitu, bermula dari masuknya bulan Zulhijjah hinggalah selesai melakukan ibadah korban.

Hal ini berdasarkan hadis Ummu Salamah, bahawa Nabi SAW bersabda: "Apabila masuk hari yang 10 Zulhijjah, dan seseorang dari kamu mahu berkorban, maka jangan disentuh rambut dan kulitnya sedikitpun".

Di dalam satu riwayat yang lain, Rasulullah SAW bersabda: "Apabila kamu melihat anak bulan Zulhijjah, dan seseorang dari kamu mahu berkorban, maka hendaklah ditahan dari memotong rambut dan kukunya".

Ini sebagai menunjukkan terbukanya pintu penerimaan Allah terhadap amal yang dilakukan pada hari-hari yang berkat ini, kerana Allah Yang Maha Mulia apabila Dia kasih atau suka kepada sesuatu, maka Dia akan menerimanya.

Kesimpulannya, maksud yang paling utama dari hadis ini, kita digalakkan melakukan amal yang disukai dan diredai Allah pada hari-hari tersebut, sekalipun amalan yang mudah dan tidak sulit untuk dilakukan.

Sekiranya tidak mampu untuk berjihad, berpuasa atau bersedekah, janganlah pula berasa lemah untuk melakukan ibadah yang lain seperti solat sunat, tasbih dan tahlil. Kadang kala amal yang sedikit dan mudah itu besar nilainya di sisi Allah dan lebih dikasihi-Nya.

Hari Arafah

Hari Arafah ialah hari para jemaah haji mengerjakan wukuf di Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah. Ia terkenal sebagai kemuncak bagi segala amalan atau rukun haji.

Allah yang bersifat Maha Pemurah memuliakan dan membesarkan hari tersebut dengan mencurahkan rahmat dan keampunan kepada hamba-hamba-Nya yang berdoa dan meminta keampunan kepada-Nya.

Rasulullah SAW bersabda: "Tidak ada hari yang lebih banyak pembebasan dari neraka daripada hari Arafah".

Justeru pada hari tersebut, kita amat digalakkan supaya memperbanyakkan doa dan istighfar. Daripada Abdullah ibn Amru r.a berkata: "Kebanyakan doa Nabi SAW pada hari Arafah ialah "Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah; Yang Maha Esa tanpa ada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya segala kekuasaan dan pujian. Di dalam kekuasaan-Nya segala kebaikan dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu".

Di antara doa bagi memohon keampunan dan pembebasan dari api neraka ialah:

"Ya Allah! Bebaskanlah tengkukku daripada api neraka, luaskanlah untukku dengan rezeki yang halal dan palingkanlah (hindarilah) daripadaku jin dan manusia yang fasiq".

Kita juga disunatkan berpuasa pada hari Arafah kerana Rasulullah SAW bersabda: "Puasa pada hari Asyura akan mengkafarahkan dosa setahun (sebelumnya). Manakala puasa hari Arafah, akan mengkafarahkan dosa dua tahun; setahun sebelumnya dan setahun selepasnya yang akan datang".

Sebagaimana yang disebut di dalam hadis, bahawa Rasulullah SAW berdoa pada petang hari Arafah agar diampunkan dosa-dosa umatnya termasuk orang yang zalim. Apabila Allah memakbulkan doanya, Baginda SAW tersenyum kerana melihat iblis mengambil tanah lalu menaburnya di atas kepalanya sambil mengeluh panjang apabila mengetahui doa Baginda SAW dimakbulkan dan dosa-dosa umatnya diampunkan.

Aidil Adha

Solat hari raya merupakan khususiat/keistimewaan umat ini seperti solat istisqa' (minta hujan) dan kusuf (gerhana matahari).

Di antara dua solat hari raya, solat Aidil Adha lebih afdal daripada solat Aidilfitri kerana terdapat nas dari al-Quran yang menyebut tentangnya, sebagaimana firman Allah SWT: Oleh itu, kerjakanlah solat (Aidil Adha) kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). (al Kauthar: 2)

Dalil ini juga menunjukkan bahawa ibadah yang dituntut pada Aidil Adha bukan setakat ibadah jasad iaitu solat tetapi juga ibadah yang melibatkan pengorbanan harta iaitu melakukan korban.

Ibadah korban merupakan sunat muakkad bagi umat Islam dan makruh meninggalkannya bagi orang yang berkemampuan. Rasulullah SAW sendiri memberi amaran kepada orang yang enggan berkorban.

Ini sebagaimana sabdanya: "Sesiapa yang mempunyai kemampuan untuk berkorban tetapi tidak berkorban, maka jangan hadir di tempat solat kami".

Sesiapa yang melakukan korban pada hari tersebut, akan diampunkan dosanya dan ahli rumahnya pada titik pertama darah sembelihan korbannya.

Sesiapa yang memberi makan dan bersedekah dengannya, akan dibangkitkan pada hari Kiamat sebagai orang yang mendapat keamanan dan timbangannya lebih berat daripada Jabal Uhud.

Aidil Adha adalah Aidil Akbar (Raya Terbesar) bagi umat ini kerana banyaknya pembebasan dari neraka atau pengampunan dosa yang dianugerahkan oleh Allah pada hari sebelumnya iaitu hari Arafah.

Tidak dilihat pembebasan dari neraka yang lebih banyak daripada pembebasan pada hari Arafah seperti yang disebut dalam hadis. Sesiapa yang telah dibebaskan, maka keesokannya adalah hari raya baginya.

Sekiranya tidak, maka dia berada jauh dari rahmat Allah dan dijanjikan dengan seburuk-buruk balasan.

Justeru, sementara kita masih diberi ruang dan kemampuan, marilah bersama-sama kita merebut peluang keemasan yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita semata-mata kerana kasih dan sayang-Nya terhadap kita.

Thursday, November 19, 2009

Syed Abdullah Al-Hariri Al-Habasyi







Assalamualaikum,salam perkongsian maklumat dan info. Pada kesempatan ini saya ingin berkongsi bersama anda semua, biodata atau latar belakang seorang ulama yang bernama Al-Faqih Wa Al-Muhaddis Syed Abdullah Al-Hariri Al-Habasyi.Sebelum ini saya secara peribadi hanya dapat menatapkan gambar dan mengetahui nama ulama ini melalui friendster para sahabat saya yang mengaji di Timur Tengah. Kini alhamdulillah dibukakan jalan ilmu oleh Yang Maha Mengetahui(Allah),saya berjumpa maklumat ini semasa melayari sebuah blog dan saya merasakan ada keperluan untuk kita semua mengenali ulama ini yang mendapatkan pengiktirafan oleh Mantan Mufti Mesir Dr Ali Juma'ah dalam satu majlis di negara kita pada 12 April 2009 yang lalu di PNB Darby Kuala Lumpur dengan mengatakan:
"Saya sebenarnya telah mengenali Syeikh Abdullah Al-Harari sebelum kamu semua dilahirkan lagi, pada 50an Syeikh Abdullah Al-Harari telah datang ke bumi Mesir dan ulama dan kami menghormati beliau. Ketika Syeikh Abdullah Al-Harari di bumi Mesir beliau sering bersama Syeikh Abdullah Al-Ghumary dalam majlis muzakarah kitab Al-Jam’ul Jawami’. Demikian juga dijelaskan kepada kami oleh Syeikh Soleh Al-Ja’fary. Syeikh Abdullah Al-Harari merupakan seorang yang alim dan hebat dalam menolak hujjah golongan kotor seperti Wahhabi dan selainnya. Ramai ulama yang memuji kehebatan Syeikh Abdullah Al-Harari dalam ilmunya. Antara yang menukilkan dan memuji perjuangan Syeikh Abdullah Al-Harari adalah Syeikh Sa’id Mamduh setelah mentelaah buku karangan Syeikh Abdullah Al-Harari dalam penolak hujjah terhadap Al-Albani. Saya sendiri melihat pujian Syeikh Sa’id Mamduh terhadap Syeikh Abdullah Al-Harari Rahimahullah. Zaman kini penyelewengan ajaran Wahhabi mendahului ajaran-ajaran yang lain kerana mereka mempunyai kewangan untuk meroksakkan masyarakat Islam yang telah terbina sekian lama dengan mulianya oleh para ulama Ahli Sunnah Wal Jama’ah Al-‘Asya’irah. Kami berpegang bahawa Syeikh Abdullah Al-Harari merupakan seorang ulama Ahli Sunnah Wal Jama’ah yang hebat dan amat mendalami ilmu hadith dan sanadnya. Amatlah berbesar hati dapat bersama dengan anak-anak murid beliau khususnya dalam memartabatkan Ahli Sunnah Wal Jama’ah sebenar di era globaliosasi ini.”.

BIODATA

Nama dan Tempat Lahirnya:
Beliau adalah seorang yang alim, al-‘Allamah al-Muhaddis, pakar dalam ilmu fekah, dan kuat berhujah menentang golongan-golongan yang terpesong dari landasan Ahlus Sunnah Wal Jamaah, seorang yang zuhud dan bertaqwa, namanya ialah Abdullah bin Muhammad bin Yusuf bin Abdullah bin Jamei’, berasal dari Harar , berketurunan asy-Syaibi dan al-Abdary beliau juga merupakan Mufti Harar [dilantik menjadi mufti sebelum berumur 18 tahun].


Dilahirkan di bandar Harar pada tahun 1910 bersamaan 1328 Hijrah (beliau lahir lebih awal dari pada tahun yang tercatat, yang tercatat hanyalah yang tertera pada pendaftaran lama).


Pembesaran dan perjalanan hidup beliau:
Beliau telah dibesarkan di rumah yang penuh dengan kasih sayang pada ilmu agama. Beliau telah menghafal al Quran ketika berumur 7 tahun. Ayah beliau telah membacakan ke atasnya kitab al Muqaddimah al-Hadhramiah dan kitab al-Mukhtasar as-Saghir dalam ilmu fekah yang mana kitab tersebut amat mashyur di kawasannya.

Kemudian beliau mula menghafaz dari pelbagai matan-matan ilmu agama yang lain, kecenderungannya untuk mendalami ilmu hadis telah membuatkan beliau menghafal kitab-kitab hadis yang enam [سنن ستة] dan selainnya berserta dengan sanad-sanadnya sekali sehinggakan beliau telah diijazahkan meriwayat hadis-hadis nabi j ketika beliau kurang dari umur 18 tahun.

Tidak cukup dengan ulama di negaranya bahkan dia telah merantau keseluruh pelusuk Habsyah dan Somalia untuk menuntut ilmu dan mendengarnya daripada ulama setempat, oleh itu Syeikh Abdullah sanggup merintangi kesusahan dan kepayahan bahkan sekiranya dia mendengar ada orang alim disesuatu tempat maka dia akan bersegera pergi kepadanya seperti mana yang dilakukan ulama salafussolih yang terdahulu. Kehebatan, ketajaman fikiran dan kekuatan hafazannya yang hebat selain kemampuannya mendalami ilmu fekah Syafii dan usulnya dan mengetahui sudut khilaf dalam mazhab beliau juga sangat arif pendapat yang terdapat dalam mazhab Maliki, Hanafi dan Hanbali hinggakan beliau akan menjadi tempat rujukan ke mana sahaja beliau pergi, beliau juga diminta untuk mengeluarkan fatwa di bandarnya Harar dan sekitarnya.

Beliau telah mempelajari ilmu fekah Syafii dan ilmu usulnya dan juga ilmu nahu dan kitab-kitab yang lain antaranya seperti Alfiah Zubad, Kitab Tanbih, Minhaj, Alfiah bin Malik, al-Luma’ as-Syirazi dan banyak lagi dari Syeikh Muhammad Abdul Salam al-Harary, Syeikh Muhammad Omar Jamei’ al-Harary, Syeikh Muhammad Rasyad al-Habasyi, Syeikh Ibrahim Abil Gaish al-Harary, Syeikh Yunus al-Habasyi dan Syeikh Muhammad Siraj al-Jabruty.

Manakala dalam ilmu bahasa arab beliau telah mengambilnya daripada Syeikh as-Soleh Ahmad al-Basir, Syeikh Ahmad bin Muhammad al-Habasyi dan ulama-ulama lain. Lagi tiga mazhab fekah yang lain dan usulnya beliau telah ambil daripada Syeikh Muhammad al-Araby al-Fasy dan Syeikh Abdur Rahman al-Habasyi.

Dalam ilmu tafsir beliau telah mengambil dari Syeikh Syarif al-Habasyi di bandarnya iaitu Jimmah.

Beliau telah mempelajari ilmu hadis dari as-Syeikh Abu Bakar Muhammad Siraj al-Jabruty Mufti Habsyah dan Syeikh Abdul Rahman bin Abdillah al-Habasyi.

Beliau mempelajari ilmu Qiraat 14 dari dan ilmu Hadis dari gurunya yang alim iaitu Syeikh al-Muhaddis Ahmad Abdul al-Muttalib al-Jabaruty al-Habasyi , beliau adalah ketua guru kepada ahli-ahli ilmu Qiraat di Masjidil Haram di Mekah dan dari Syeikh Daud al-Jabruty al-Qori, Syeikh al-Muqri Mahmud Faiz ad-Dair Atony ilmu qiraat yang tujuh.

Ketika beliau berada di Mekah beliau sempat berkenalan dan bersahabat dengan ulama-ulama Mekah diantaranya ialah Syeikh al-Alim as-Said Alawi al-Maliki, Syeikh Amin al-Kitbi, Syeikh al-Muhaddis Muhammad Yasin al-Padani [berasal dari Padang, Indonesia], Syeikh Muhammad al-Araby at-Tabban, beliau juga pernah mengambil ijazah amalan zikir Tariqat an Naqsyabadiah dari Syeikh Abdul Ghafur al-Afghani An-Naqsyabandi.
Kemudian beliau telah pergi ke Madinah al-Munawwarah di sana beliau sempat belajar ilmu-ilmu hadis dan membaca hadis-hadis nabi dari Syeikh al-Muhaddis Muhammad bin Ali al-Siddiq al-Bakry al-Hindi al-Hanafi dan syeikh tersebut mengijazahkan ilmu hadis kepada beliau. Di sana juga beliau sempat pergi ke Maktabah Arif Hikmat dan Maktabah al-Mahmudiah dan mengkaji ilmu-ilmu di sana, dan di katakan beliau telah menghafaz hampir kesemua kitab di dalam maktabah-maktabah tersebut. Di Madinah juga beliau sempat bertemu dengan seorang ulama hadis iaitu Syeikh al-Muhaddis Ibrahim al-Khattani anak murid kepada seorang ulama yang masyhur iaitu Syeikh al-Muhaddis Abdul Qadir Syalbi. Adapun ijazah-ijazah ilmu agama yang beliau perolehi dari ulama-ulama memang sangat banyak tetapi tidak disebutkan di sini.

Selepas itu beliau menuju ke Baitul Muqaddis dan seterusnya ke dataran Syam yang dulu terkenal dengan seorang ulama yang sangat alim iaitu al Muhaddis Syeikh Badruddin al-Hasani tetapi beliau sudah lama meninggal dunia sebelum kedatangan Syeikh Abdullah al-Harary ke sana. Di sana Syeikh Abdullah al-Harary menjadi rujukan dalam masalah-masalah agama bahkan beliau mengembara ke desa-desa dan ke bandar-bandar di antara Dimashq, Beirut, Himsh, Hamah, Halab dan bandar-bandar yang lain di seluruh pelusuk bumi Syam, kemudian dia menetap di Jamik al-Khuthat di satu tempat yang bernama Khaimuriah di Dimashq dan menyampaikan ilmu-ilmu Islam yang berguna dan bermanfaat dan mengajarkannya berteraskan Manhaj atau metodologi Ahlus Sunnah Wal Jamaah, para masyaikh, alim ulama Syam merujuk kepada Syeikh Abdullah tentang bermacam-macam masalah sehingga mereka mengatakan bahawa Syeikh Abdullah ini adalah pengganti kepada al Muhaddis Syeikh Badruddin al-Hasani dari segi ilmu. Kemudian beliau digelar sebagai "Al-Muhaddis Ad-Diyar Asy-Syamiyyah".
Syeikh Abdullah telah menerima ijazah tariqat al-Rifaeyyah dari Syeikh Abdul Rahman al-Sabsabi al Hamawy dan dari Syeikh Tohir al-Kayaly al-Humsi. Beliau sempat menerima ijazah tariqat al-Qadiriyah dari Syeikh Ahmad al-Arbiny dan dari Syeikh at-Toyyib ad-Dimasyqi.

Pada tahun 1950 bersamaan dengan 1370 hijrah beliau telah pergi ke Beirut dan di sambut oleh ulama-ulama di sana seperti Syeikh Taufiq al-Hibry. Dan pada tahun 1969 bersamaan 1389 beliau diminta oleh Rector al-Azhar cawangan di Lubnan untuk mengajar ilmu akidah di sana.

Sifatnya:
Syeikh Abdullah adalah seorang yang warak, tawadhuk, kuat mengerjakan ibadat, banyak berzikir, sentiasa menggunakan masanya untuk menyampaikan ilmu agama dengan mengajar dan berzikir, seorang yang zuhud sehingga susah untuk melihat beliau dalam satu masa dia tidak menggunakan masanya melainkan menyempurnakan masa tersebut untuk mengajar atau zikir atau membaca atau menyampaikan nasihat. Kuat berpegang dengan Kitab [al-Quran] dan Sunnah, mempunyai ingatan dan kecerdasan akal yang kuat dengan hujah dan dalil yang teguh, sangat adil dalam munghukumkan sesuatu, sentiasa memerangi terhadap siapa sahaja yang melanggar syarak, mempunyai kekuatan dan semangat yang tinggi dalam amal makruf dan nahi munkar hinggakan golongan bidah berhasad dan menfitnahnya, tetapi Allah memberkati amalannya dan memelihara manhaj Ahlus Sunnah hinggakan telah lahir beribu-ribu anak muridnya bertebaran di muka bumi ini dari Negara Arab, Eropah, Afrika, Australia dan juga Asia.

Penulisannya:
Syeikh Abdullah al-Harary sebenarnya tidak mempunyai waktu yang mencukupi untuk mengarang banyak kitab kerana beliau amat sibuk dengan pengajaran dan memperbetulkan akidah-akidah manusia, di samping menentang golongan sesat yang mereka cipta perkara baru dalam agama. Walaubagaimanapun dalam kesibukan itu beliau tetap juga menulis pelbagai karangan dan risalah-risalah antaranya ialah :

1. Syarah Alfiah As-Suyuthi.
2. Qosidah Fil I’tiqodi.
3. As-Shirothul Mustaqiim.
4. Ad-Dalilul Qawim ‘Ala As-Shirothil Mustaqiim.
5. Mukhtasar Abdillah Al-Harary Al-kafil Bi ‘Ilmi Ad-Din Ad-Dharury ‘Ala Mazhabi Asy-Syafii.
6. Mukhtasar Abdillah Al-Harary Al-kafil Bi ‘Ilmi Ad-Din Ad-Dharury ‘Ala Mazhabi Al-Imam Malik
7. Mukhtasar Abdillah Al-Harary Al-kafil Bi ‘Ilmi Ad-Din Ad-Dharury ‘Ala Mazhabi Abi Hanifah.
8. Bughyah At-Tholib li Ma’rifatil Ilmi Ad-Deenil Wajib.
9. At-Ta’aqqub Al-Hatsits ‘Ala Man Tho’ana fi Ma Sohha Minal Hadis.
10. Nashratul Ta’aqqubil Hatsits ‘Ala Man Tho’ana Fima Sohha Minal Hadis
11. Ar- Rawa-ihuz Zakiyyah fi Maulidi Khairil Bariyyah.
12. Syarah Aqidah An- Nasafiyyah.
13. Syarah Al-fiyah Al-Zubad fi fiqhi Asy- Syafii.
14. Syarah Matan Abi Syujaa’ Fi Fiqhi Asy Syafii
15. Syarah As-Shirothil Mustaqiim.
16. Syarah Matnil ‘Ashmawiyyah.
17. Syarah Mutammimah Al-Aa jurumiyah fin Nahu.
18. Syarah Al-Baiquniyyah.
19. Shorihul Bayan fi Roddi ‘Ala Man Khalafal Quran.
20. Al-Maqoolaat As-sunniyyah fi Kasyfi Dhalalaat Ahmad bin Taimiyah.
21. Kitab Ad-Durrin Nadhidi Fi Ahkamit Tajwid.
22. Idzhar Al-‘Aqidah As-Sunniyyah bi Syarah al-‘Aqidah At- Thohawiyah.
23. At-Tahzir al-Wajib
24. Mandzumah “Nasihat At-Thullab”.
25. Risalah Fi Buthlan Da’wa Awwaliyyatil An-Nurul Muhammady.
26. Risalah Fi Roddi ‘ala Qaulil ba’dhi Innar Rasula ya’lamu kulla Syai’in ya’lamuhumullah.
27. Ad-Durarul Bahiyyah Fi Halli Alfadz Al-‘Aqidah At-Tahawiyah.
28. Al-Ghaaratul Imaniyyah Fi Roddi Mafasidi At-Tahriryyah.
29. Syarah Mandzumah As-Shibyan fil ‘Arudh
30. Syarah As-Sifat Ats-Salats ‘Asyarata Al-Wajib Lillah
31. Al’Aqidah Al-Munjiyyah
32. Syarah At-Tanbih
33. Syarah Manhaj At-Tullab.
34. Syarah Kitab Sullamit Taufiq ila Mahabbatillah ‘Ala Tahqiqi Lil Syeikh Abdillah Ba’lawi

Kewafatannya:
Beliau kembali ke Rahmatullah pada fajar hari selasa 2 Ramadhan 1429 Hijrah bersamaan 2 September 2008 Masihi di rumahnya di Beirut pada usia 105 tahun, disembahyangkan oleh jutaan umat Islam di Masjid Burj Abi Haidar Beirut dan di makamkan berdekatannya.

Beliau adalah ulama yang hebat dan dikenali dengan gelaran Al-Muhaddith (ulama pakar Hadith), Syeikhul Islam dan sebagainya dari gelaran yang mulia. Rahimakallahu Ya Syeikh Abdullah Al-Harari.

www.ustaz-rasyiq.blogspot.com

Sekian sahaja perkongsian maklumat dan info seorang ulama moga apabila membaca dan meneliti latar belakang ulama ini membuahkan dalam diri kita untuk menjadi seperti beliau dan berusaha menjadi insan yang berilmu,beramal dengan ilmu yang ada dan menyebarkannya kepada masyarakat.Wassalam.Wallahual'am.

Wednesday, November 18, 2009

معنى حديث إذا التقى المسلمان بسيفيهما

رَوَى البخاريُّ عن رسولِ الله ، صلَّى الله عليه وسلَّم، أنه قال : " إذا التقَى المسلمانِ بسيفيهما فالقاتلُ والمقتولُ في النَّار "

ورَوَى مسلمٌ هذا الحديثَ بلفظ : " إذا تواجهَ المسلمانِ بسيفيهما فالقاتلُ والمقتولُ في النَّار "

ورَوَى البَزَّارُ في (مسندِه) هذا الحديثَ بلفظ : " إذا اقتتلَ المسلمانِ على الدُّنيا فالقاتلُ والمقتولُ في النَّار "

روايةُ البَزَّارِ فَسَّرَتِ الرِّوايةَ الأُولى , والمعنى أنه إذا اقتتلَ المسلمانِ على الدُّنيا أي إذا قَصَدَ كُلٌّ منهما أنْ يقتلَ الآخَرَ طَلَبًا لحَظٍّ دنيويٍّ فكلا الفريقَينِ يستحقَّان النَّار وليسَ المعنى أنَّ كُلَّ واحدٍ حَصَلَتْ منه هذه المعصيةُ مُحَتَّمٌ له دخولُ النَّار ، وذلكَ لأنَّ الله لا يغفرُ أنْ يُشْرَكَ به ويغفرُ ما دونَ ذلكَ لمنْ يشاء ، إنما المعنى أنَّ هذا جزاءُ الطَّائفتَين ، وأمَّا إنْ قاتلَ المسلمُ أخاهُ ظلمًا فقاتلَ المظلومُ دفاعًا عن حقِّه ونفْسهِ فقُتِلَ المظلومُ فإنَّ الله لا يُضَيِّعُ حَقَّه وقد قال رسولُ الله صلَّى الله عليه وسلَّم : " مَنْ قُتِلَ دونَ مالهِ فهو شهيد " رَوَاهُ البخاريُّ ومسلم ، وفي روايةٍ عندَ النَّسَائِيِّ والتِّرْمِذِيِّ : " مَنْ قُتِلَ دونَ مالهِ فهو شهيد ومَنْ قُتِلَ دونَ أهلهِ فهو شهيد ومَنْ قُتِلَ دونَ دِينهِ فهو شهيد ومَنْ قُتِلَ دونَ دَمهِ فهو شهيد " وأمَّا أنْ يكونَ كِلا الفَرِيقَينِ قتالُه على الظُّلْمِ أيْ لطلبِ الدُّنيا فكلا الفريقينِ ءاثِمٌ يستحقُّ عذابَ الله

وإذا كانَ قتالُ إحدَى الطَّائفتين للدِّينِ وقتالُ الطَّائفة الأخرَى للدُّنيا أي حُبِّ الرِّئاسةِ والاستبدادِ ونحوِ ذلك من الأغراضِ الفاسدةِ فالطَّائفةُ التي قَصْدُها الدِّينُ ليسَ عليها حَرَج .

وبالعَوْدَة إلى حديثِ البَزَّارُ : " إذا اقتتلَ المسلمانِ على الدُّنيا فالقاتلُ والمقتولُ في النَّار " ، يقولُ بعضُ الحاضرِين : " يا رسولَ الله ، هذا القاتلُ فما بالُ المقتول ؟؟" ، فيجيبُه رسولُ الله :" إنه كانَ حريصًا على قتلِ صاحبه " والمعنى أنَّ هذينِ المسلمَينِ اللَّذَيْنِ تَوَاجَهَا للقتال بسَيْفَيْهِمَا وكانَ كُلٌّ منهما يقاتلُ على الدُّنيا فالقاتلُ في ذلكَ أمرُه ظاهرٌ لأنه قَتَلَ نَفْسًا مسلمةً ، وأمَّا المقتولُ فسَبَبُ استحقاقهِ عذابَ الله بالنَّارِ في الآخرةِ هو أنه كانَ حريصًا على أنْ يقتلَ صاحبَه فلأجلِ نيَّته وعَمَلهِ استحقَّ عذابَ الله , فبنيَّتهِ وحَمْلهِ السَّيفَ في وجه أخيهِ المسلمِ ليقاتلَه استحقَّ عذابَ الله فكونُه مقتولا لا يرفعُ عنه استحقاقَ العذاب .


تخريج حديث: أحبوا العرب لثلاث

حديث:" أحبوا العرب لثلاث: لأني عربي، والقرءان عربي، وكلام أهل الجنة عربي ".

رواه العقيلي في الضعفاء والطبراني في الكبير والحاكم في المستدرك والبيهقي في شعب الإيمان عن ابن عباس.

خلاصة القولِ فيهِ أنه إمّا حسنٌ لغيره باعتبار مجموع الطرق وإما ضعيف ضعفًا خفيفا تجوز روايتُه في الترغيب والترهيب.

أما معناه فهو حسن المعنى صحيح، لكن الكلام في إسنادِه، وأما تفصيلا فقد استقصاه الحافظ شمس الدين السخاوي في المقاصد الحسنة وقال ما نصه:

رواه الطبراني في معجميه الكبير والأوسط والحاكم في مستدركه والبيهقي في الشعب وتمام في فوائده وآخرون كلهم من حديث العلاء بن عمرو الحنفي حدثنا يحيى بن يزيد الأشعري عن ابن جريج عن عطاء عن ابن عباس رضي الله عنهما رفعه بهذا وابن يزيد والراوي عنه ضعيفان وقد تفردا به كما قاله الطبراني والبيهقي ومتابعة محمد بن الفضل التي أخرجها الحاكم أيضا من جهته عن ابن جريج لا يعتد بها فابن الفضل لا يصلح للمتابعة ولا يعتبر بحديثه للاتفاق على ضعفه واتهامه بالكذب. ولكن لحديث ابن عباس شاهد رواه الطبراني أيضا في معجمه الأوسط من رواية شبل بن العلاء بن عبد الرحمن عن أبيه عن جده عن أبي هريرة مرفوعا ( أنا عربي والقرءان عربي وكلام أهل الجنة عربي ) وهو مع ضعفه أيضا أصح من حديث ابن عباس، وأخرج أبو الشيخ في الثواب بسند ضعيف عن عطاء بن أبي ميمونة عن أبي هريرة مرفوعا ( أحبوا العرب وبقاءهم فإن بقاءهم نور في الإسلام وإن فناءهم ظلمة في الإسلام ) وفي حب العرب أحاديث كثيرة أفردها بالتأليف العراقي منها ما في الأفراد للدراقطني عن ابن عمر رفعه ( حب العرب إيمان وبغضهم نفاق ) وعن أنس مثله بزيادة أخرجه الديلمي وعن البراء أخرجه البيهقي في الشعب ولكنه قال إن المحفوظ من حديث البراء معناه في الأنصار قال وإنما يعرف هذا المتن من حديث الهيثم بن جماز عن ثابت عن أنس يعني كما أخرجه الديلمي ، ومنها ما للبيهقي أيضا من حديث زيد بن جبير عن داود بن الحصين عن أبي رافع عن أبيه عن علي مرفوعا ( من لم يعرف حق عترتي والأنصار فهو لأحد ثلاث إما منافق وإما لزنية وإما لغير طهور ) يعني حملته أمه على غير طهور وقال زيد غير قوي في الرواية.انتهى

قال السيوطي في الجامع الصغير ، المجلد الأول ،باب: حرف الألف:" صحيح"اهـ

قال العجلوني في كشف الخفاء، حرف الهمزة ،الهمزة مع الحاء المهملة :" أحبوا العرب لثلاث: لأني عربي، والقرءان عربي، وكلام أهل الجنة عربي". وفي لفظ "وكلام أهل الجنة في الجنة عربي"، قال في الأصل رواه الطبراني والحاكم والبيهقي وآخرون عن ابن عباس مرفوعا بسند فيه ضعيف جدا، ورواه الطبراني أيضا عن أبي هريرة مرفوعا بلفظ: أنا عربي والقرءان عربي وكلام أهل الجنة عربي، وهو مع ضعفه أقوى من حديث ابن عباس، وأخرجه أبو الشيخ بسند ضعيف أيضا عن أبي هريرة مرفوعا بلفظ: أحبوا العرب وبقائهم، فإن بقائهم نور في الإسلام، وإن فنائهم ظلمة في الإسلام، ورواه الدارقطني عن ابن عمر بلفظ : حب العرب إيمان وبغضهم نفاق، ورواه الدارقطني أيضا عن علي صفحة بلفظ: من لم يعرف حق عترتي والأنصار والعرب فهو لأحد ثلاث، إما منافق، وإما لريبة، وإما لغير طهور يعني حملت به أمه في الحيض أو هو ولد زنا، وقد وردت أخبار كثيرة في حب العرب يصير الحديث بمجموعها حسنا، وقد أفردها بالتأليف جماعة منهم الحافظ العراقي ومنهم صديقنا الكامل السيد مصطفى البكري، لا زالت علينا عوائد الأفضال تجري، فإنه ألف بذلك رسالة نحو العشرين كراسة جمعت غرر الفوائد وجواهر القلائد، سماها الفرق المؤذن بالطرب، في الفرق بين العجم والعرب"اهـ

قال الحافظ الهيثمي في مجمع الزوائد. المجلد العاشر، تابع كتاب المناقب ،باب ما جاء في فضل العرب: وعن ابن عباس قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "أحبوا العرب لثلاث: لأني عربي، والقرءان عربي، وكلام أهل الجنة عربي". رواه الطبراني في الكبير والأوسط إلا أنه قال: "ولسان أهل الجنة عربي". وفيه العلاء بن عمرو الحنفي وهو مجمع على ضعفه"اهـ.

فالحديث بمجموع طرقِه حسنٌ لغيرهِ أو يرتقي من الضعف الشديد إلى الضعف الخفيف كما مر ولا بأس بروايتِهِ تَبَعًا للقواعد الحديثية، والله تعالى أعلمُ وأحكم


-http://darulfatwa.org.au/

Hak-Hak Berkaitan Dengan Harta Pusaka

Pendahuluan
Isu harta pusaka adalah isu yang sering kali digambarkan dalam drama,telefilem,dan sinetron di kaca televisyen pasti akan mencetuskan pergaduhan,perbalahan,pertengkaran, permusuhan,perebutan,dan sebagainya antara dua belah pihak. Pendek kata ia akan menimbulkan suasana yang tidak harmoni kerana masing-masing berebut untuk mendapatkan harta pusaka yang ditinggalkan si mati.

Mitos dan polemik yang timbul
Apabila seseorang meninggal dunia,lazimnya dia akan meninggalkan harta pusaka atau disebut al-tarikah.Harta pusaka si mati ini akan dibahagikan mengikut hukum faraid atau undang-undang pusaka Islam setelah selesai diberikan hak-hak yang berkaitan dengan harta ini yang akan diterangkan lebih lanjut selepas ini. Dalam masyarakat Melayu kita,seolah-olah wujud atau timbul satu mitos dan polemik(kekeliruan) tentang bila masa sesuai untuk membahagikan harta pusaka? seperti berikut:
Kata Ahmad(Adik):" Abang,bila kita hendak bahagiankan harta peninggalan abah ini?
Kata Abang Long: "Aik,ish,kalau ini Mad,abah baru sahaja meninggal dunia kau dah timbulkan persoalan ini"
Kata Aminah: Ya,itu abang Mad,tanah kubur abah masih merah lagi,isu ini telah abang ungkitkan".
Biasakah anda mendengar dialog sebegini dituturkan? adakah betul apa yang didakwa ini? apakah betul anggapan mereka? dan bersalahkan ke Ahmad menimbulkan persoalan ini?.Jawapannya: Saya pasti semua biasa mendengar perbualan ini dan anda semua mempunyai jawapan dan pandangan yang tersendiri tentang hal ini.
Pada pandangan saya yang dhaif ini,apa yang didakwa dan ditanggap atau dalam bahasa lain ialah persepsi negatif berkenaan isu harta pusaka tidak perlu dibangkitkan setelah si mati ditanah adalah tidak tepat. Mitos tanah kubur masih merah acap kali didendangkan,itu bukan alasan dan hujah yang konkrit. Ini kerana tidak adalah satu bukti yang jelas dari syarak yang melarang perkara cuma kurang fahamnya masyarakat kita sahaja yang menyebabkan mereka suka menyatakan sebegitu.
Kalau kita melihat dari aspek psikologi,sebenarnya perbincangan dan pembahagian harta pusaka yang dijalankan ketika suasana ahli-ahli waris dalam kesedihan selepas kematian si mati ada baiknya.Semasa situasi ini, proses perbincangan akan dapat berjalan dengan lebih mudah. Pertikaian dan pergeseran adalah sangat tipis untuk tercetus. Ia juga akan dapat memberikan kemaslahatan yang lebih besar dan mendatangkan kemafsadahan di masa hadapan, lantaran menangguhkan dan melewatkan proses ini.Para ahli waris akan mampu berfikiran secara rasional dan berbincang dalam keadaan makruf serta masih lagi mengingati si mati yang baru pergi menghadap Ilahi.

HAK-HAK BERKAITAN DENGAN HARTA PUSAKA

Secara umumnya jenis-jenis hak yang berkaitan dengan harta terbahagi kepada beberapa jenis iaitu:

(a) Hak-hak yang berkaitan dengan harta semata-mata. Hak ini termasuklah:

i. Hutang-hutang yang masih berada di tangan orang yang berhutang
ii. Hak menambah tingkat bangunan yang bertujuan meninggikannya.
iii. Hak-hak irtifaq seperti hak minuman,lalu lintas, dan tali air.
iv. Diyat(ganti rugi) dan arsh(ganti rugi anggota).
v. Hak menahan barang gadaian untuk dijelaskan hutang.

(b) Hak-hak yang bukan berbentuk harta benda atau juga dikenali dengan hak-hak diri semata-mata. Hak-hak ini termasuklah hak hadanah(hak penjagaan anak), hak suami menceraikan isteri,hak-hak jawatan,hak-hak qias, hak menuntut supaya dijalankan hukuman had dalam tuduhan zina(qazaf) dan sebagainya.

(c) Hak-hak yang mempunyai dua unsur iaitu unsur harta dan unsur persendirian. Hak ini termasuklah hak rujuk kepada hibah, hak syufa'ah,khiyar sharat,hak penangguhan dalam pembayaran hutang oleh orang yang berhutang dan lain-lain.

Para ulama sepakat mengatakan bahawa jenis hak yang pertama iaitu hak yang berkaitan dengan harta semata-mata akan diwarisi oleh waris selepas kematian pewaris. Begitu juga,mereka sepakat mengatakan bahawa jenis hak yang kedua iaitu hak yang bukan berbentuk harta benda tidak akan diwarisi oleh waris selepas kematiannya.
Walau bagaimanapun, para ulama' berselisih pendapat dalam menentukan jenis hak yang ketiga iaitu hak yang mempunyai dua unsur iaitu unsur harta dan unsur persendirian sama ada ia akan diwarisi atau tidak selepas kematian pewaris. Jumhur ulama perpendapat bahawa hak-hak tersebut akan diwarisi oleh waris selepas kematian pewaris.Manakala menurut pendapat mazhab Hanafi,hak-hak tersebut tidak boleh diwarisi.(Undang-Undang Pusaka Islam Pelaksanaan di Malaysia hlmn 26-27).

Sebelum pembahagian harta pusaka dilakukan terdapat beberapa hak-hak yang perlu ditunaikan.Hak-hak tersebut ialah belanja pengkebumian mayit(mayat) si mati, pelunasan atau pembayaran hutang, pelaksanaan wasiat,tuntutan adat seperti harta sepencarian,dan pembahagian harta pusaka kepada waris.

(1) Belanja pengkebumian mayat
Urusan ini merangkumi belanja memandi,mengkafan,membawa jenazah ke tanah perkuburan, menggali tanah kubur, dan mengkebumikannya. Belanja kenduri arwah tidak termasuk dalam perbelanjaan menguruskan mayat.

(2)Pelunasan atau pembayaran hutang.
Jika si mati ada meninggalkan hutang piutang,maka diambil dari harta pusakanya untuk melangsaikan hutang tersebut. Tidak kira hutang kepada Allah seperti zakat,fardhu haji,kifarah,dan sebagainya. Begitu juga,hutang kepada manusia yang perlu dilangsaikan.

(3)Pelaksanaan wasiat.
Jika si mati ada meninggalkan wasiat,wasiat perlu ditunaikan dahulu sebelum pembahagian harta pusaka secara faraid. Namun begitu,pelaksanaan wasiat perlu dilihat daripada beberapa perkara seperti berapa yang diwasiatkan? Kepada siapa harta itu diwasiatkan? dan apakah wasiat yang dibuat menepati syarat-syarat sah wasiat?. Syarak menetapkan lingkungan bahagian yang boleh diwasiatkan ialah 1/3. Ini bersandarkan kepada dalil hadith riwayat Muslim dari Saad bin Abi Waqas r.a yang bermaksud:
"Sepertiga dan sepertiga itu banyak, sesungguhnya adalah lebih baik bagi kamu meninggalkan waris kamu dalam keadaan kaya daripada meninggalkan mereka dalam keadaan miskin yang meminta-minta kepada orang lain".
Orang yang diwasiatkan pula bukanlah individu yang berhak mendapat harta pusaka atau ahli waris kecuali diizinkan oleh waris-waris yang lain. Ini bermaksud jika semua waris bersetuju maka wasiat kepada ahli waris tersebut boleh dilaksanakan.

(4) Harta sepencarian.
Dalam undang-undang keluarga Islam di Malaysia,harta sepencarian boleh dituntut oleh suami dan isteri apabila berlaku perceraian atau kematian salah satu pihak.Harta sepencarian ialah harta yang diperoleh pasangan suami isteri sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam tempoh perkahwinan mereka mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh hukum syarak.

Nama-nama lain bagi harta sepencarian

1. Harta Syarikat (di sebahagian Semenanjung Malaysia)
2. Carian laki-bini (di kalangan masyarakat Melayu N9)
3. Pencarian (di kalangan masyarakat Melayu Sarawak)
4. Pencurian (masyarakat Islam Melanau Sarawak)
5. Gono-gina (masyarakat Jawa)
6. Harecula sihareukat ( masyarakat Acheh)
7. Harta suarang ( masyarakat Minangkabau)
8. Harta usaha sama ( sesetengah masyarakat Melayu di T’ganu)
9. Harta guna-kaya ( masyarakat Sunda)
10. Harta druwe bagro ( masyarakat Bali)
11. Barang-barang berpantangan (masyarakat Kalimantan)
(Undang-Undang Pusaka Islam Pelaksanaan di Malaysia:2006:33)

Umumnya,tuntutan harta sepencarian adalah undang-undang adat tempatan yang kemudian diiktiraf oleh masyarakat Melayu dan ia adalah satu maslahah(kebaikan)kepada umum yang tidak bertentangan dengan syarak untuk menjaga keadilan dan kebajikan kaum wanita. (Kes Norbee lwn Ahmad Shanusi [1978] 1 Jurnal Hukum)
Jenis: 1. Carian Tunggal 2. Carian Bersama

Kadi Besar Pulau Pinang berpendapat; “Harta sepencarian yang dibenarkan oleh syarak berdasarkan khidmat dan perkongsian hidup. Isteri yang menguruskan rumahtangga, suami mencari rezeki. Isteri menurut syarak berhak mendapat orang gaji dalam mengurus rumahtangga, jika tidak maka kerja memasak, membasuh dan menguruskan rumah hendaklah dianggap sebagai sebahagian daripada kerja yang mengurangkan tanggungan suami”.
Dalam UUKI di Malaysia,harta sepencarian boleh dituntut oleh pasangan suami isteri apabila berlaku penceraian atau kematian salah satu pihak. Contoh kes Hajah Lijah Binti Jamal lwn Fatimah Binti Mat Diah(1950) MLJ 63.(M.Ridzuan Awang:78:2008)
Kes Noh Bin Atan lwn Shakila binti Mohamad(1998) 12 JH 27/6 MLJ 631.
1. Lelaki pun boleh menuntut harta sepencarian
2. Mahkamah yang berbidangkuasa mendengar tuntutan
Seksyen 122(1) EUUKIS Negeri Melaka 2002

Penentuan kadar yang akan diperolehi oleh salah satu pihak sama ada suami atau isteri bergantung kepada budibicara mahkamah.
Walau bagaimanapun, menurut S122(2) EUUKISNM 2002 Mahkamah hendaklah mengambil perhatian tentang:
takat sumbangan-sumbangan yang telah dibuat oleh tiap-tiap satu pihak dalam bentuk wang, harta, kerja atau perkhidmatan bagi memperolehi aset-aset tersebut;
apa-apa hutang yang terhutang oleh salah satu pihak yang telah dilakukan bagi manfaat bersama mereka;
keperluan-keperluan anak-anak yang belum dewasa dan perkahwinan itu, jika ada. Tertakluk kepada pertimbangan-pertimbangan itu, Mahkamah hendaklah membuat pembahagian yang sama banyak.

Mahkamah juga ada kuasa untuk membahagiakan harta yang diperoleh dalam masa perkahwinan dengan usaha tunggal satu pihak sahaja. Misalnya,isteri hanya menjadi suri rumahtangga sepenuh masa dan tidak memperolehi apa-apa aset tetapi memberi sumbangan kepada kebajikan keluarga dengan memelihara rumahtangga atau menjaga keluarga. Maka kadar penentuan harta sepencarian itu tidak akan diberi sama banyak tetapi mengikut apa2 kadar yang difikirkan munasabah.
Pihak yang berusaha akan memperoleh suatu kadar yang lebih besar seperti 1/3-Isteri(suri rumah) dan 2/3-Suami(Bekerja).
Lihat Seksyen 122(3) dan (4) EUUKISNM 2002

(5) Pembahagian harta pusaka.
Pembahagian harta pusaka kepada ahli waris yang berhak dilaksanakan setelah diselesaikan empat perkara di atas.

Wallahua'lam.

Hindun Pujuk Suami Peluk Islam

HINDUN binti Amru berasal daripada Bani Salamah. Dia adalah adik-beradik dengan seorang sahabat Nabi Muhammad iaitu Abdullah bin Amru. Hindun mempunyai sifat berani, berilmu, tabah, dan sabar.

Dia berkahwin dengan seorang lelaki yang bernama Amru bin al-Jamuh. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Muaz, Muawiz, Khallad dan Abdurrahman.

Hindun adalah antara wanita yang masuk Islam ketika Mushab berdakwah di Madinah. Mushab dihantar oleh Nabi Muhammad bagi mengajak orang Madinah memeluk Islam.

Kedatangan Mushab ke Madinah disambut baik oleh penduduk Madinah. Hampir seluruh keluarga Hindun turut memeluk Islam kecuali suaminya. Suaminya tidak suka ahli keluarganya memeluk Islam. Bagi suaminya kedatangan Mushab ke Madinah adalah salah dan mengacau-bilau agama nenek moyang mereka.

Bagi memastikan isteri dan anak-anaknya tidak memeluk agama Islam, Amru telah menasihati mereka.

Amru berkata kepada Hindun, "Saya dapat tahu Mushab sudah mula menyebarkan agama Islam kepada penduduk Madinah".

"Saya tidak mahu awak dan anak-anak terpengaruh dengan kata-kata Mushab," sambung Amru lagi.

Agama yang baik dan benar

Hindun diam mendengar penjelasan suaminya. Kemudian Hindun berkata, "Awak sepatutnya mendengar dahulu ajaran Islam yang disampaikan oleh Mushab".

Amru pun berkata, "Tidak ada faedahnya saya mendengar ajaran Islam yang disampaikan oleh Myshab. Sudah terbukti agama nenek moyang kita lebih baik daripada agama Islam".

Amru menyentuh patung berhala yang diberi nama Manat yang terdapat di rumahnya. Patung berhala itu diperbuat daripada kayu. Hindun cuba memujuk suaminya supaya menerima ajaran Islam.

Hindun berkata, "Agama Islam adalah agama yang baik dan benar. Cuba awak dengar dahulu penjelasan dari anak awak. Anak kita sudah mendengar ajaran yang disampaikan oleh Mushab".

"Rupa-rupanya dalam diam anak kita sudah memeluk agama Islam. Anak tidak kenang budi!" kata Amru dengan nada tinggi.

"Dia mencari kebenaran dan petunjuk hidupnya," kata Hindun.

Setelah puas dipujuk oleh Hindun akhirnya Amru dengan rela hati mendengar keindahan ayat-ayat al-Quran yang dibacakan oleh anaknya. Berkat doa Hindun pintu hati suaminya terbuka dan menerima agama Islam.

Selepas Amru memeluk Islam bermakna seluruh keluarganya sudah memeluk agama Islam. Hindun adalah isteri yang tabah dalam menghadapi cabaran hidup.

Semasa Perang Uhud, suaminya yang berkaki pincang itu bersemangat ingin mengikuti Nabi Muhammad berperang di Bukit Uhud.

Anak-anaknya melarangnya kerana keadaan dirinya yang tidak mengizinkan. Namun Amru bersemangat dan berjumpa dengan Nabi Muhammad.

Amru berkata kepada Nabi Muhammad, "Wahai tuan, anak-anak saya tidak mengizinkan saya berperang d bukit Uhud. Saya ingin ikut bersama tuan. Saya ingin berjihad di jalan Allah".

Lantas Nabi Muhammad berjumpa dengan anak-anak Amru lalu berkata, "Awak semua tidak berhak melarang ayah awak ikut berperang di bukit Uhud. Semoga Allah memberikan dia syahid dalam perang Uhud ini".

Akhirnya, Amru bin al-Jamuh antara pasukan tentera Islam yang awal terkorban. Selain daripada itu anaknya yang bernama Khallad dan saudara kandungnya iaitu Abdullah bin Amru juga turut terbunuh.

Berita kematian suami, anak dan saudara kandungnya itu diterima dengan hati yang reda dan tenang. Jenazah mereka akhirnya dikebumikan di Uhud.

Sifat berani Hindun terserlah apabila dia sendiri berjihad di medan perang Khaibar. Dia telah ikut serta bersama angkatan tentera Islam bagi menentang musuh.

Hindun adalah pahlawan wanita yang sanggup bertarung nyawa demi tuhannya Yang Maha Esa. Dia pernah meminta Nabi Muhammad mendoakan dirinya.

Hindun berkata, "Wahai Nabi Muhammad, tolong doakan semoga saya dapat di tempatkan di syurga kelak".

Sepanjang hidupnya Hindun sering melakukan amal ibadah dengan ikhlas kepada Allah.
-Bicara Agama Utusan Malaysia,Selasa 17 November 2009,29 Zulkaedah 1430 Hijrah.

Monday, November 16, 2009

Amaran Allah Kepada Penentang UU Allah Khususnya UU Pusaka Islam.

Sister In Islam(SIS),sebuah pertubuhan yang ditubuhkan pada 1988. Didokongi oleh sekumpulan wanita profesional beragama Islam yang kononnya memperjuangkan hak-hak wanita dalam kerangka Islam. SIS menekankan pentingnya untuk mentafsir semula Qur'an dan hadith mengikut konteks sejarah dan budaya. Kumpulan ini kerap menimbulkan pandangan yang melawan arus dan acap kali membelakangi hukum syarak.Mereka sungguh biadap mempersoalkan sama ada poligami patut terus dibenarkan di bawah Undang-Undang Keluarga Islam(Rujuk Kenyataan Akhbar SIS-Kontroversi Dalam Poligami 8 Januarai 2002).
Selain itu,kelancangan mereka lebih terserah apabila mendakwa undang-undang pusaka Islam bersifat diskriminasi terhadap wanita kerana mengamalkan pemberian doktrin 2:1 kepada lelaki dan perempuan. Persoalannya,benar begitu seperti yang dicanangkan golongan jahil ini?. Jawapannya,sama sekali tidak benar dan satu bentuk pendustaan yang besar dan hina serta bersikap berburuk sangka dan kurang ajar(biadap)kepada Maha Bijaksana yakni Allah.Isu ini akan diperjelaskan secara lanjut dalam post yang akan datang,betulkan pengamalan doktrin للذكر حظ مثل الأنثيين
Maksudnya: Bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan.(An-Nisa ayat 11) berdasarkan wahyu Ilahi menindaskan kaum Hawa?.

Lantaran itu,ke hadapan penentang undang-undang pusaka Islam yang thabit dari Al-Quran,hadith,ijmak dan ijtihad para ulama,jika kamu berpendapat pandangan kamu lebih baik,sebenarnya kamu silap besar dan bahawasanya undang-undang Allah yang terbaik. Firman Allah s.w.t:
"Segala hukum tersebut adalah batas-batas(syariat)Allah. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya akan dimasukkan oleh Allah ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai,mereka kekal di dalamnya dan itulah kejayaan yang sangat besar. Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya serta melampaui batas-btas syariatNya,akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka,kekallah ia di dalamnya dan baginya azab seksa yang amat menghina". (Surah An-Nisa ayat 13-14)

"Dan tidak harus bagi orang-orang yang beriman,lelaki dan perempuan apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara,akan ada bagi mereka pilihan(yang lain) mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Al-Quran dan RasulNya,maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata"
(Surah Al-Ahzab ayat 36).
Intipati dua ayat di atas ini,Allah memberi satu amaran dan tamparan kepada golongan penentang, penderhaka,pelampau batas syariat,dan tidak taat kepada Allah dan RasulNya bahawa mereka dijanjikan neraka sebagai tempat bagi mereka dan mereka digolongkan sebagai golongan yang sesat. Sesungguhnya janji Allah adalah sesuatu benar dan pasti akan dikotakan serta dilaksanakan. Wallahual'am.

Sunday, November 15, 2009

MENGAPA TAUHID TIGA SERANGKAI?

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN

SEJAK kemasukan Islam ke Tanah Melayu, umat Islam di negara ini kuat berpegang dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) yang disusun atau diformulasikan oleh dua tokoh terbesar dalam bidang ilmu tauhid iaitu Imam Abu al Hasan al Asy’ari r.a

dan Imam Abu Mansur al Maturidi r.a. Perkara ini telah ditegaskan oleh ulama ulung Tanah Melayu, al Allamah Sheikh Abdullah Fahim.

Beliau juga menyatakan bahawa ia telah menjadi ijmak ulama di Tanah Melayu.

Antara kenyataannya berbunyi: “Tuan-tuan sedia maklum beratus-ratus tahun bahawa orang bangsa Melayu seMelaya ini dari peringkat ke bawah hingga peringkat ke atas; awam-awam, kadi-kadi, ulama-ulama, menteri-menteri, hingga Raja-raja sekalian mereka itu bermazhab dengan mazhab al Imam al Syafi’e r.a ijma’an (ijmak), tiada seorang pun yang bermazhab lain daripada mazhab Syafi’e. Usuluddin atas perjalanan Abi al Hasan al Asy’ari r.a. Diambilkan dari Syuruh dan Hawasyi Ummu al Barahin dan Jauharah dan sebagainya daripada kitab-kitab Melayu”.

Di dalam kitab ini, pendekatan Sifat 20 digunakan bagi memahami permasalahan ketuhanan. Pendekatan ini juga diguna pakai di kebanyakan negara-negara Islam yang berpegang dengan akidah ASWJ seperti di Mesir, Syria dan Morocco.

Ia juga menjadi silibus di kebanyakan universiti di dunia Islam termasuklah universiti Islam terulung di dunia, Universiti al Azhar al Syarif.

Sejak doktrin ini diguna pakai di negara kita, kita berupaya mengecapi nikmat keamanan beragama dan ketamadunan negara. Tidak seperti negara-negara Islam lain yang memakai acuan yang bercanggah dengannya seperti aliran fahaman Syiah, Muktazilah, Musyabbihah dan sebagainya.

Tidak timbul di dalam doktrin Sifat 20 ini soal-soal kepincangan dan percanggahannya dengan akidah ASWJ yang tulen.

Namun, setelah ratusan tahun pendekatan ini digunakan tanpa sebarang masalah dalam menjaga kemurnian tauhid dan akidah umat Islam, timbul desas-desus yang mengatakan bahawa ia diambil dari Falsafah Greek.

Malah, tidak lagi sesuai dijadikan sebagai pendekatan dalam pembelajaran ilmu Tauhid. Sementelahan itu juga, pendekatan tauhid tiga serangkai yang dirumuskan oleh Ibnu Taimiyyah menjadi pengganti Doktrin Sifat 20.

Usaha-usaha untuk menukar pendekatan tauhid tiga serangkai ini dalam kurikulum pendidikan negara juga nampaknya begitu pantas dilakukan.

Persoalannya, kenapakah tiba-tiba pendekatan ini pula yang perlu dipilih sebagai pengajaran ilmu tauhid di negara kita? Adakah pendekatan Sifat 20 mengandungi unsur-unsur yang mengelirukan atau terseleweng dari iktikad ASWJ?

Adakah pembahagian tauhid tiga serangkai ini telah dinaskan oleh syarak dan terdapat dalil-dalil yang menunjukkan ke atasnya? Apakah kita pasrah sahaja dengan pendapat yang mengatakan doktrin Sifat 20 yang kita pegang dan pakai selama ini bukan tauhid yang benar tetapi diambil dari fahaman falsafah Greek.

Jika begitu, semua orang yang berpegang dengan Tauhid 20 mengikut ajaran yang salah dan sesat. Apakah boleh kita terima penyesatan ini yang melibatkan nenek moyang kita, para ulama kita dan majoriti umat Islam di seluruh dunia?

Dibawa Rasullulah SAW

Kita telah sedia maklum, bahawa akidah ASWJ yang diketahui secara umum ialah akidah yang dibawa oleh Rasulullah SAW dan diikuti oleh sahabat-sahabat baginda.

Tidak kedapatan langsung, perkataan yang terkeluar daripada Rasulullah SAW dan sahabat baginda yang menyebut tentang tauhid yang digembar-gemburkan oleh pengikut Ibnu Taimiyyah dan Wahhabi ini.

Begitu juga dalam metodologi ASWJ yang telah disusun oleh pelopornya, Imam Abu al Hasan al Asy’ari r.a dan Imam Abu Mansur al Maturidi r.a, tidak pernah menggariskan tauhid ini dalam ruang lingkup akidah ASWJ.

Apa yang kita dapati tauhid ini telah ditimbulkan dan direka oleh Ibnu Taimiyyah dan dikembang biakkan pula oleh anak-anak muridnya sehingga ke generasi Muhammad ibn Abdul Wahhab. Dalam erti kata lain, tauhid inilah yang menjadi pegangan golongan Wahhabi secara khusus.

Sejak dahulu lagi hinggalah ke hari ini, telah terdapat banyak penentangan dan penolakan yang diutarakan oleh ulama terhadap Tauhid 3 Serangkai ini.

Oleh yang demikian, kita melihat di dalam kitab-kitab penulisan ulama ASWJ, terdapat banyak butiran lanjut mengenai penolakan mereka terhadap tauhid yang direka cipta ini.

Jika kita menyoroti dari perspektif ulama tersebut, kita mendapati ulama al Azhar telah bersetuju mengeluarkan kenyataan tentang kesalahan tauhid ini yang sebenarnya telah direka dan dicipta oleh orang-orang yang terkeliru dengan maksud sebenar ayat al-Quran dan hadis.

Justeru, kenapa pula kita perlu memakai pendekatan Tauhid 3 Serangkai yang mengandungi kepincangan dan telah ditolak oleh ulama kecuali Ibnu Taimiyyah dan pengikut-pengikutnya?

Untuk lebih jelas lagi, di bawah ini disenaraikan beberapa cendekiawan dan sarjana Islam dan kitab penulisan mereka yang mengandungi penolakan terhadap ajaran tauhid rekaan ini:

*Al ‘Allamah al Mufassir al Muhaddith Sheikh Yusof al Dijwi RA, Ahli Lembaga Majlis Ulama Besar al Azhar.

Beliau mengeluarkan fatwa penolakan al Azhar terhadap tauhid rububiah dan uluhiah. Kenyataannya ini dipaparkan dalam Majalah Nur al Islam edisi tahun 1933 yang merupakan lidah rasmi al Azhar pada masa itu.

Fatwa yang dikeluarkannya ini, turut dipersetujui oleh ulama al Azhar yang lain tanpa adanya sebarang bangkangan. Sehingga hari ini, fatwa tersebut masih lagi segar. Ini dapat dilihat dalam beberapa majalah yang diiktiraf oleh al Azhar. Antaranya, di dalam majalah al Muslim. Al Muhaddith al ‘Allamah Sheikh Muhammad Zaki Ibrahim r.a telah mengeluarkan kembali fatwa ini dalam majalah tersebut.

*Al Muhaddith al ‘Allamah Sheikh Salamah al Qudha’i al ‘Azzami al Syafi’i r.a dalam kitabnya al Barahin al Sati’ah fi Raddi b’ad al bida’ al Syai’ah.

Kitab ini telah mendapat pengiktirafan dan pujian daripada muhaddith pada zaman tersebut iaitu al ‘Allamah Sheikh Muhammad Zahid al Kauthari r.a.

*Al Allamah al Muhaddith Prof. Dr. Sayyid Muhammad ibn Alawi al Maliki al Hasani, ulama besar di Mekah al Mukarramah dan bekas tenaga pengajar Masjid al Haram yang diakui ilmunya oleh ulama pada zaman ini.

Beliau telah menulis penolakannya terhadap tauhid ini dalam kitabnya Huwallah. Bahkan beliau menyarankan kerajaan Arab Saudi supaya mengkaji semula pengajaran tauhid ini di institusi pengajian rendah, menengah dan Tinggi di dalam Muktamar Hiwar al Watoni di Mekah yang diadakan pada 5/11/1424 hingga 9/11/1424. Ia disebut di dalam kertas kerja beliau yang bertajuk al Ghuluw.

*Mufti Besar Mesir, Prof. Dr. Ali Jumu’ah.

Beliau turut menyentuh masalah ini di dalam laman web beliau ketika menjawab soalan yang dikemukakan kepadanya. Iaitu, tentang seorang pemuda yang mengkafirkan seluruh penduduk kampung kerana bertawassul dengan mendakwa orang yang bertawassul tergolong dalam golongan musyrikin yang beriman dengan tauhid rububiah tetapi tidak beriman dengan tauhid uluhiah.

Beliau menolak sekeras-kerasnya pembahagian tauhid ini dengan mengatakan bahawa pembahagian tauhid ini adalah perkara rekaan yang tidak pernah datang dari Salafussoleh tetapi orang pertama yang menciptanya ialah Sheikh Ibnu Taimiyyah.

Beliau juga menyatakan bahawa pendapat yang menyatakan bahawa tauhid rububiah sahaja tidak mencukupi bagi keimanan seseorang adalah pendapat yang diadakan-diadakan dan bercanggah dengan ijmak kaum Muslimin sebelum Ibnu Taimiyyah.

*Prof. Dr. Muhammad Sa’id al Ramadhan Bouti, Ulama Kontemporari Dunia Islam dari Syria.

Beliau menyatakan dengan tegas bahawa pembahagian tauhid ini adalah bidaah dalam Seminar Pengurusan Fatwa Negara-negara Asean anjuran Universiti Sains Islam Malaysia pada pada 16 hingga 17 April 2005 di Hotel Nikko Kuala Lumpur.

*Prof. Dr. Isa ibn Abdullah Mani’ al Himyari - Mantan Pengarah Jabatan Waqaf dan Hal Ehwal Islam Dubai.

Beliau telah menulis mengenai kepincangan pembahagian tauhid ini di dalam kitabnya yang bertajuk ‘al Fath al Mubin fi Bara’at al Muwahhidin min ‘Aqaid al Musyabbihin.

*Al ‘Allamah Abu Abdullah ‘Alawi al Yamani dalam kitabnya Intabih Dinuka fi Khatorin.

Kitab ini telah mendapat pujian dari lima ulama besar Yaman.

*Al ‘Allamah Abu al Hasanain Abdullah ibn Abdur Rahman al Makki al Syafi’i, ulama besar Mekah.

Beliau juga telah membahaskan masalah ini di dalam kitabnya al Qaul al Wajih fi Tanzih Allah Taala ‘an al Tasybih.

*Dr. Sheikh Yusof al Bakhur al Hasani salah seorang ahli fatwa di Kanada juga telah menulis risalah mengenainya.

*Sheikh Sirajuddin Abbas seorang ulama unggul Indonesia, juga menghuraikan masalah ini yang ditulis dalam versi Melayu dalam kitabnya Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah.

Beliau dengan tegas menyatakan bahawa tauhid ini merupakan iktikad rekaan puak Wahhabi dan bukannya iktikad ASWJ.

Dalam satu petikan, beliau menyatakan: Kaum Wahhabi mencipta pengajian baru ini bertujuan untuk menggolongkan orang-orang yang datang menziarahi Makam Nabi SAW di Madinah, orang-orang yang berdoa dengan bertawassul dan orang yang meminta syafaat Nabi SAW serupa dengan orang kafir yang dikatakan bertauhid rububiah itu.

*Al ‘Allamah Muhammad al ‘Arabi ibn al Tabbani al Hasani, Tenaga Pengajar di Masjid al Haram.

Beliau juga turut menulis kepincangan tauhid ini di dalam kitabnya Bara’ah al Asy’ariyyin min ‘Aqaid al Mukhalifin.

*Dr. Umar Abdullah Kamil, sarjana dan pakar ekonomi Arab Saudi serta ahli eksekutif Universiti al Azhar.

Beliau pernah membentangkan kebatilan konsep Tauhid 3 Serangkai ini di dalam Seminar Perpaduan Ummah dan Pemurniaan Akidah anjuran Kerajaan Negeri Pahang pada 25-26 Ogos 2006 dan di Multaqa 3 Ulama Mekah al Mukarramah yang dianjurkan oleh Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Johor pada 20 Februari 2008.

Kertas kerja tersebut telah diterbitkan oleh Sekretariat Penjelasan Hukum Berkenaan Isu-isu Aqidah dan Syariah Majlis Agama Islam Johor.

Beliau turut membahaskan kepincangan pembahagian tauhid ini di dalam kitabnya yang bertajuk Kalimah Hadi’ah fi Bayan Khata’ al Taqsim al Thulasi li al Tauhid (Perkataan yang tenang dalam menjelaskan kesalahan pembahagian yang tiga bagi ilmu Tauhid).

*Al Allamah Abdur Rahman Hasan Habannakah al Maidani.

Beliau juga telah menulis masalah ini secara khusus di dalam kitabnya yang bertajuk Tauhid al Rububiah wa Tauhid al Ilahiyyah wa Mazahib al nas bi al Nisbah Ilaihima.

Ulama-ulama ini telah lama melakukan pengkajian dan penelitian rapi terhadap tauhid tiga serangkai ini.

Kepada pembaca yang prihatin dan bijaksana sebaik-baiknya mendapatkan keterangan lanjut dari kitab-kitab ini terlebih dahulu sebelum berani membuat kesimpulan dan melontarkan pendapat di khalayak ramai.

Asas sahih

Perkara agama apatah lagi berkaitan dengan akidah tidak boleh dibuat kesimpulan sebarangan tetapi perlu merujuk kepada asas yang sahih.

Untuk mempertahankan agama tidak cukup bermodalkan semangat juang dan sijil menjela-jela semata-mata sehingga kita terpekik dan terlolong tidak kena pada tempatnya tetapi memerlukan kemantapan ilmu, kecemburuan terhadap penodaan yang dilakukan ke atas agama dan umatnya, keikhlasan kepada Allah dan hati yang disinari cahaya oleh Allah.

Ibnu Taimiyyah dan pengikut-pengikutnya didapati telah menjadikan konsep pembahagian tauhid ini sebagai batu loncatan untuk mengkafirkan umat Islam.

Mereka telah mengkafirkan orang-orang yang bertawassul dengan Rasulullah SAW dan wali-wali, orang-orang yang menziarahi kubur dan sebagainya dengan dakwaan orang yang melakukan pekerjaan tersebut bertauhid dengan tauhid rububiah sahaja tetapi tidak tidak bertauhid dengan tauhid uluhiah.

Mereka menyamakan tauhid yang dimiliki oleh orang-orang yang melakukan pekerjaan ini sama dengan orang musyrikin yang menjadikan berhala sebagai sampingan mereka dengan Allah.

Apakah pernah ketika Rasulullah SAW berdakwah, Baginda SAW mengatakan kepada orang yang memeluk Islam kamu telah mempunyai tauhid rububiah tetapi masih belum memiliki tauhid uluhiah?

Apakah boleh kita katakan orang bukan Islam juga mempunyai tauhid seperti orang Islam atau ahli tauhid?

Objektif tauhid Asma’ dan Sifat digembar-gemburkan untuk menyandarkan kepada Allah SAW makna perkataan tangan, mata, bersemayam, ketawa, turun dan sifat penyerupaan yang lain kepada makna yang hakiki yang dikenali di sisi makhluk.

Maha Suci Allah daripada apa yang mereka sifatkan kerana yang demikian itu menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya.

Sehubungan dengan ini, umat Islam diseru agar sama-sama berfikir dan meneliti dengan hati yang lapang dan dada yang terbuka rasional perkara ini.

Kita seharusnya berbangga dengan ramainya bilangan umat Islam dan berusaha menambah bilangan umat Islam tetapi sebaliknya kita sendiri yang mengecilkan lagi kuantiti umat Islam yang semakin hilang kualitinya hanya kerana permasalahan uluhiah dan rububiah yang sengaja ditimbulkan.

Tidak ada suatu perkara yang lebih buruk daripada mengkafirkan orang Islam yang menyebut kalimah tauhid Laa ilaaha illallah dan mentasdiqkannya di dalam hati.

Banyak kemusnahan yang berlaku di negara-negara Islam disebabkan oleh perkara ini. Kita sendiri telah menyaksikan dengan mata kepala kita bagaimana persengketaan umat Islam telah mencetuskan kelemahan dan kemusnahan terhadap negara-negara Islam seperti di Afghanistan, Yaman, Lebanon, Syria, Mesir dan sebagainya.

Semoga persengketaan dan kehancuran ini tidak terjadi di negara kita Malaysia yang tercinta ini. Justeru, sewajarnya pembahagian ini dibentangkan di atas meja perbincangan secara ilmiah dan profesional serta berlandaskan kepada usul kitab dan sunnah.

Ini hanyalah lontaran awal dari hasil penelitian kami yang dirujuk kepada sumber-sumber yang sahih dan tokoh-tokoh ulama yang berkeahlian. Insya-Allah, penerangan lanjut mengenai tauhid ini akan dikeluarkan pada keluaran akan datang.

Bahan-bahan yang bakal dipersembahkan banyak merujuk kepada kitab penulisan Imam al Haramain al ‘Allamah Ibnu al ‘Arabi al Tabbani bertajuk Bara’ah al Asy’ariyyin. Ia telah diringkaskan oleh al Allamah Prof. Dr. Isa ibn Abdullah Mani’ al Himyari, Mantan Pengarah Jabatan Waqaf dan Hal Ehwal Islam Dubai di dalam kitabnya yang bertajuk ‘al Fath al Mubin fi Bara’at al Muwahhidin min ‘Aqaid al Musyabbihin.